Rumah Mesra Rakyat (RMR) Mula Dibina Pada 2012

7
1104

Sebagaimana yang dimaklumkan semasa Bajet 2012 yang lepas, sebanyak 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang berasaskan teknologi hijau akan mula dibina pada tahun hadapan.

Sumber: SPNB

Skim RMR yang diperkenalkan pada 2008 dengan tujuan membantu rakyat berpendapatan kurang RM1,500 ini juga akan ditambahbaik dengan meningkatkan keluasan dari 866 kp kepada 1,000 kp supaya lebih selesa kepada penduduk.  Selain itu teknologi hijau juga akan digunakan dimana bahan binaan yang mampu menyerap haba akan digunakan untuk mengurangkan suasana hangat di dalam rumah tersebut disamping ciri tambahan yang membolehkan tadahan air hujan supaya boleh digunakan untuk tujuan seperti menyiram pokok.

Menurut Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) – syarikat yang bertanggungjawab membina RMR, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh, Rumah Mesra Rakyat akan ditawarkan dalam 4 rekabentuk  baru akan ditawarkan dengan kos sebuah unit kira-kira RM65,000 yang RM20,000 daripadanya akan diberi subsidi oleh kerajaan. Kerajaan akan menanggung jumlah keseluruhan subsidi itu sebanyak RM200 juta.

Sumber: SPNB

Kamarul Rashdan berkata, bagi mengurangkan beban rakyat untuk memiliki rumah tersebut, tempoh pembayaran baliknya akan dipanjangkan kepada 25 tahun yang pemilik hanya perlu membayar sekitar RM150 bulan sepanjang tempoh itu.

Bagi yang masih tidak mengetahui tentang syarat-syarat untuk memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini, berikut adalah syarat-syarat yang dinyatakan di laman web SPNB:-

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 (dinaikkan kepada RM3,000 sebulan : update 24 Feb 2012).
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
  • Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
Tidak dinyatakan dengan jelas di mana boleh didapati Borang Permohonan untuk Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini tetapi berdasarkan beberapa maklumbalas yang saya ketahui, terdapat mereka yang menyatakan bahawa Borang Permohonan perlu diperoleh dari pejabat wakil rakyat UMNO kawasan (??)…  Saya tidak mahu komen lanjut tentang perkara ini malah komen-komen di Blog 1Malaysia juga menunjukkan ramai diantara mereka yang menyatakan komen negatif terhadap proses permohonan skim ini yang saya fikir tidak effisien dan tidak telus.
[UPDATE:  Borang Permohonan RMR booleh diperolehi melalui Pejabat Wakil Rakyat kawasan masing-masing.  Ianya akan dicetak secara online dan mempunyai no. permohonan unik dan setiap wakil rakyat mempunyai kuota tertentu]
Apa yang saya harapkan SPNB dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik untuk peruntukan sejumlah 10,000 unit RMR ini di tahun hadapan dan menyatakan dengan jelas di laman web mereka tentang proses permohonan untuk Rumah Mesra Rakyat ini supaya mereka yang layak tidak tertanya-tanya atau ditolak ke sana sini untuk memohon skim yang diwujudkan untuk membantu mereka.

7 COMMENTS

  1. Saya mewakil kepada empat beradek perempuan… mereka ada sebidang tanah di kampung dalam satu geran dan kesemua mereka adalah pemilik dan penama atau pewaris tanah tersebut. Mereka ini sepakat untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan di kampung setelah sekian lama meninggalkan kampung halaman. Soalanya bolehkah kesemua mereka memohon untuk rumah mesra rakyat di atas sebidang tanah yang sama. Jika tidak maka tanah tersebut akan kosong sepertimana hampir atau lebih 10 tahun lalu dan akan terus kosong tanpa penghuni lagi. Harap pihak yang berkaitan dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam perkara ini. Terima kasih.

  2. Mohd Zairi,
    Sekiranya mereka adalah pemilik berdaftar tanah berkenaan dan menepati syarat2 yg dinyatakan di atas saya fikir mereka boleh memohon untuk skim ini.

    khairizam,
    boleh mohon di semua pejabat wakil rakyat.

  3. Sdr :Saya ada membeli sebidang tanah lot.Untuk membeli tanah itu saya telah membuat pinjaman dari kerajaan kerana saya bekerja sebagai kakitangan awam.Cara pembayaran balik melalui Biro Angkasa iaitu potongan gaji sebanyak RM350 sebulan.Harga tanah itu ialah RM35,000.00.Mengikut perjanjian saya dikehendaki membayar semua pinjaman dalam tempoh 12 tahun.Jadi selagi bayaran pinjaman belum dilunaskan sepenuhnya layakkah saya memohon (RMR)ini.

  4. ayah saya telah lama mohon rumah mesra rakyat sekitar 5 tahun…sampai sekarang tidak dapat lagi…semua syarat telah lengkap di beri..bila di call spnb semua dalam proses tapi tak kan selama 5 tahun dalam proses…tak tahu lagi apa yang kurang untuk dapat rumah mesra rakyat ini….

  5. salam..
    saya ingin memohon RMR ini untuk ayah saya. saya ingin bertanya adakan RMR ini boleh didirikan diatas tanah yg telah mempunyai rumah.(saya bercadang ingin merobohkan rumah lama yg telah usang dan ingin memohon RMR ini bagi rumah yg lebih selesa)

    adakah saya layak membuat permohonan ini?

  6. Assalamualaikum,
    Saya sekarang tinggal diKL berkerja kilang,Saya seorg ibu tunggal serta menaggong 2 org anak masih belajar lagi pendapatan saya rm 1500 sebulan.
    Ibu saya ada bagi/tukar nama tanahnya sebahagian kepada saya dlm geran tanah di kg Perlis,saya pun berhajat nak bk duduk kg Perlis dekat Ibu ,saya ingin tahu layak ke saya memohon pprt ini?Terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here