Pelaburan Dalam Hartanah (Bhg. 1)

0
296

Apabila kita menyebut pelaburan, bagi sesetengah orang perkara biasa yang terlintas adalah unit amanah… iaitu pelaburan di dalam Unit Amanah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), ASW, ASN dan pelbagai lagi. Bagi sesetengah yang lain pula, mereka membayangkan bahawa pelaburan biasanya sinonim dengan perniagaan, iaitu dengan melaburkan sesuatu jumlah modal di dalam sesuatu perniagaan dan memperolehi semula hasil keuntungan pelaburan daripada perniagaan tersebut sebagaimana yang telah dinyatakan terlebih dahulu.

Bagaimana pula dengan Pelaburan di dalam bidang hartanah (Real Estate Investment)? Memang tidak dinafikan, ada diantara anda sudahpun mengenali apakah itu Pelaburan Hartanah, dan saya yakin sesetengah anda juga telahpun melabur di dalam bidang hartanah (sama ada secara langsung ataupun tidak langsung) dan saya juga pasti ramai di antara anda pernah mendengar REIT (Real Estate Investment Trust) yang biasa diperkatakan sekarang.

Baiklah.. sekarang apa yang ingin saya kongsi di sini adalah mengenai pelaburan hartanah.. membuat pelaburan di dalam bidang hartanah… sama ada kediaman, komersil, industri, tanah pembangunan mahupun pertanian.

Jadi… Mengapa Hartanah?.. Mengapa pelaburan di dalam hartanah? Mengapa bukan Unit Amanah Saham?… Mengapa bukan pasaran saham dan mengapa bukan pelaburan di dalam perniagaan atau lain-lain?

Hmmm… pertamanya tentulah kerana Blog ini memperbincangkan mengenai hartanah, betul tak? Kedua.. memanglah itupun yang saya ketahui lebih.. oleh itu jika anda ingin mengetahui mengenai pelaburan saham atau yang lain-lain, anda bolehlah cari dari sumber-sumber lain. Dan sebenarnya alasan yang utama adalah…. sememangnya Pelaburan Hartanah merupakan suatu pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang AMAT LUMAYAN.. (hanya jika anda mengetahui bagaimana).. Betul ke?

Betul atau tidak… terpulang kepada anda untuk mempercayainya. Kerana saya tahu, ada diantara anda yang tidakpun memperolehi keuntungan daripada pelaburan yang anda lakukan di dalam bidang hartanah. Walau bagaimanapun, ingin saya anda fikirkan dan lihat persamaan di antara tokoh-tokoh berikut.. Tan Sri Mustapha Kamal (MK Land), Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Robert Kuok (Asean’ Richest Man – Forbes) dan juga orang popular – Donald Trump :-). Apa yang jelas persamaan mereka di sini adalah mereka terlibat di dalam pelaburan hartanah dan bidang tersebut sememangnya merupakan antara penyumbang utama kepada aset mereka.

Tetapi itu bukanlah apa yang saya ingin tekankan di sini.. apa yang saya lebih fokuskan di sini adalah kepentingan untuk melabur di dalam hartanah jika anda benar-benar merancang untuk mencapai kebebasan kewangan dan mempunyai nilai aset yang tinggi (terpulang kepada anda). Selain itu, anda juga harus tahu pentingnya bermula dengan betul kerana pelaburan hartanah melibatkan jumlah yang bukan sedikit tetapi ratusan ribu dan boleh mencapai jutaan ringgit dan boleh membawa malapetaka jika anda gagal memahaminya sejak awal lagi. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda perlu mempunyai wang ratusan ribu atau jutaan ringgit untuk mencapai matlamat tersebut. Gunakan kelebihan yang ada (apa dia??)… dan jika anda mengetahuinya… anda boleh terus melabur di dalam hartanah tanpa perlu modal atau hanya dengan modal yang amat rendah untuk memulakan pelaburan hartanah anda.

Ingin tahu bagaimana?… teruskan mengikuti Siri seterusnya Pelaburan Dalam Hartanah (Bhg. 2). Pastikan anda tidak tertinggal mengikuti Siri Selanjut Pelaburan Dalam Hartanah. Daftarkan e-mail anda di sini untuk menerima ‘Update’ Blog TipsHartanah terus ke email anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here