Konsep Penyelenggaraan PPR dikaji..

2
488

Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar sentiasa responsif dan memahami masalah serta kesusahan warga kota terutama yang tinggal di perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR).  Beliau juga telah mengarahkan DBKL untuk mengkaji konsep penyelenggaraan PPR yang sebelum ini manjadi isu berikutan kegagalan sistem sedia ada.

Selain itu, DBKL juga diminta mengkaji semula soal penyelenggaraan kemudahan seperti lif, landskap dan kawasan rekreasi agar penduduk PPR sentiasa hidup selesa.

“Kemudahan tersedia di kawasan PPR perlu ditingkatkan dan jika melibatkan penggunaan ramai, ia perlu diselenggara dengan baik.

“Contohnya lif yang diibaratkan seperti jaringan lebuh raya kepada penghuni. Sekiranya ia rosak, ia bukan melibatkan seorang individu tetapi keseluruhan penghuni PPR itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Hari Potensi Tabika Kemas di Lembah Pantai di sini semalam.

flat-sentulutamaWalau bagaimanapun, menurut beliau perumahan kos rendah yang terletak di bawah pengurusan pemaju swasta sebagaimana rumah flat kos rendah di Sentul Murni yang mengalami kerosakan lif masih tertakluk kepada tanggungjawab pemaju itu sendiri mengikut undang-undang.

Saya berpendapat, jika kerajaan hanya melaksanakan undang-undang baru yang hanya melindungi PPR, ianya sudah pasti akan menimbulkan ketidakpuashatian kepada mereka yang tinggal di perumahan bukan PPR seprti di Flat Sentul Murni.  Walaupun difahami bahawa Menteri tersebut hanya bertanggungjawab terhadap PPR di kawasan Wilayah Persekutuan, kementerian lain yang berkaitan seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Jabatan Perdana Menteri seharusnya mengambilkira keadaan semua mereka yang tinggal di kawasan seperti ini dan bukan sahaja PPR.

Apa yang disarankan adalah penggubalan undang-undang yang menyeluruh untuk memastikan penyelenggaraan dilakukan dengan sempurna.  Walau bagaimanapun sebagaimana di dalam posting saya terdahulu, ianya memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuklah penduduk di kawasan itu sendiri dengan membayar yuran penyelenggaraan sebagaimana yang ditetapkan kerana sekiranya semua kos penyelenggaraan diserahkan kepada kerajaan maka ia tentunya melibatkan berjuta-juta ringgit wang rakyat yang boleh digunakan untuk banyak lagi projek lain untuk faedah majoriti.

nuffnang_bid = “ee9573879a3469a88fe3286228d8a6d8”;

2 COMMENTS

  1. selagi penduduk tidak mempunyai kesedaran untuk bayar yuran pengurusan.. selagi tu masalah tak akan selesai..
    kos untuk maintain lif dan lain-lain bukan murah.. siapa yang perlu bayar untuk penduduk kalau bukan penduduk itu sendiri! Kerajaan??

  2. yuran pengurusan memang perlu dilunaskan oleh penduduk itu sendiri. sbg cadangan, pihak pengurusan/kerajaan boleh membuat potongan berkala kepada penduduk-penduduk yang berdaftar agar tidak timbul masalah. cuma satunya, rumah-rumah bantuan ni mmg kurang diselenggara dengan baik. sbg perbandingan kita lihat rumah2 flat atau rumah-rumah PPR di Singapura sentiasa kelihatan kemas,cantik dan bersih.barulah penduduk sudi nak membayar jika penyelenggaraan dibuat dengan baik.satu komuniti, satu isolusi…

Leave a Reply to Zali Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here