Kadar Pembiayaan Rumah Kekal 90%

0
456

Berita yang baik untuk semua orang… selepas mendapatkan feedback dari semua pihak, Bank Negara telah membuat keputusan untuk mengekalkan kadar pembiayaan kekal pada 90% untuk pembelian rumah pertama DAN KEDUA.

Walaubagaimanapun seperti yang pernah saya bincangkan sebelum ini di topik Pembiayaan 80% Dalam Kajian Bank Negara bank Negara akan mempertimbangkan untuk mengurangkan pinjaman kepada mungkin 80% bagi pembelian rumah ketiga dan seterusnya sebagaimana yang dicadangkan.  Walaupun sedikit berbeza dari apa yang saya syorkan (hanya 90% pembelian pertama dan berkurangan untuk pembelian seterusnya), ini adalah langkah yang baik dari Bank Negara dalam mengawal pasaran hartanah dari dikuasai oleh pasaran spekulasi yang akhirnya membawa kepada kenaikan harga hartanah yang tidak terkawal.

Bagi anda yang merancang untuk membeli rumah kedua bolehlah menarik nafas lega kerana tidak perlu untuk membayar lebih dari 10% seperti biasa untuk downpayment.  Jangan tunggu lama2 untuk mendapatkan rumah kedua anda sebagai pelaburan kerana polisi ini mungkin berubah pada masa akan datang..

Baca laporan lanjut di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here