Permintaan Untuk Hartanah Lebih Besar Dengan 3 Bilik Atau Lebih Meningkat

0
325

Permintaan semakin meningkat untuk hartanah lebih besar dengan tiga bilik atau lebih di Malaysia, kata iProperty Group, pemilik/pengendali laman web hartanah, iProperty.com.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, iProperty.com berkata, datanya mendedahkan yang rumah di negara ini makin besar.

 

Penemuan terbaru mendedahkan yang rumah yang dibeli dan dijual hari ni mempunyai saiz purata 1,900 kaki persegi.

Pada tahun 1990-an, ketika penduduk berjumlah 18 juta, purata keluasan rumah lazimnya 1,150 kaki persegi. Dalam tempoh hanya 26 tahun, saiz hartanah telah bertambah sebanyak 750 kaki persegi.

Walaupun kemampuan untuk membeli terus kekal menjadi kebimbangan utama, rakyat Malaysia mencari rumah lebih besar dan penemuan itu juga mendapati rumah teres menjadi semakin popular.

Di samping rumah semakin besar dan permintaan untuk rumah teres bertambah, data itu juga mendedahkan yang sejak 2001, rumah dengan empat bilik atau lebih telah meningkat berbanding rumah dengan dua bilik atau kurang.

Sumber : Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here