Walaupun bank akan melelong rumah anda… tidak bermakna anda biarkan begitu sahaja

0
540

Selagi peminjam/pemilik rumah mempunyai pekerjaan… selagi itu bayaran rumah boleh dibayar.
.
Bila banyak syarikat dan perniagaan ditutup… maka ramai akan hilang pekerjaan.. dan seterusnya ramai juga yang akan mempunyai masalah utk membuat pembayaran ansuran rumah.

Jika 3 bulan tiada pembayaran bank akan menghantar notis tuntutan dan kemudian diikuti proses pembatalan pinjaman dan lelongan.
.
Apabila ini berlaku… pemilik biasanya hanya membiarkan bank melelong hartanah mereka dan mengharapkan jualan pada harga tertinggi.
.
Jika terjual pada lelongan pertama.. maka pemilik masih beruntung kerana harga rezab adalah bersamaan nilai pasaran semasa.
.
Jika tiada pembeli pada lelongan pertama maka harga rezab akan dikurangkan pada setiap lelongan berikutnya…. dan pemilik berisiko mengalami kerugian.
.
Antara pilihan yang anda ada…

1) Jika rumah anda bakal dilelong utk kali pertama.. pastikan harga rezab adalah bersamaan dengan nilai pasaran. Boleh semak dgn beberapa penilai utk kepastian.

2) Jika tidak terjual pada lelongan pertama, cuba dapatkan bantuan ejen hartanah utk menjualkannya pada harga terbaik berbanding harga rezab lelongan seterusnya yg biasanya 10% lebih rendah dari harga rezab sebelumnya.

Saya pernah membantu seorang klien di mana harga rezab utk lelongan berikutnya adalah RM455,000 selepas beberapa lelongan.. tetapi saya berjaya menjual pada harga RM550,000.
Alhamdulillah.. klien selamat dr mengalami kerugian hampir RM100,000.
.
Walaupun bank akan melelong rumah anda… tidak bermakna anda biarkan begitu sahaja.. anda masih berhak utk ambil tahu apa yg berlaku.

https://web.facebook.com/mk.tipshartanah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here