JOHOR BAHRU 4 MAC – PROJEK Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) akan diperluaskan ke seluruh daerah di negeri ini dengan pembinaannya akan dibuat di Mersing dan Batu Pahat, pelancaran akan dibuat tidak lama lagi.
Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, itu adalah titah dan kehendak Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menurutnya, RIBJ yang merupakan cetusan idea baginda yang prihatin terhadap permintaan rakyat dan bangsa Johor untuk mendapatkan rumah kediaman yang selesa serta mampu dimiliki.
“Memandangkan ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan, selain projek RIBJ di Mersing yang telah diumum pada November lalu, satu lagi projek RIBJ di Batu Pahat akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu di Taman Mutiara Gading, melibatkan pembinaan 210 unit rumah teres setingkat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Sijil Tawaran RIBJ Bandar Dato’ Onn dan Bandar Baru Majidee kepada 808 penerima peringkat kedua yang disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Kompleks Mutiara Johor Land, di sini semalam.
Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad.
Kamaruzzaman berkata, penyerahan sijil tawaran RIBJ bagi kedua-dua projek itu dibuat berdasarkan kuota 50 peratus Melayu, 30 peratus kaum Cina dan 20 peratus kaum India dan lain-lain mengikut kriteria dan juga pilihan pemohon.
“Pada masa ini, pembinaan 488 unit RIBJ di Bandar Dato’ Onn dijangka disiapkan sepenuhnya dan pemilikan kosong diserahkan kepada bakal pembeli pada penghujung tahun 2020 manakala Bandar Baru Majidee pula, pembinaan membabitkan 320 unit pangsapuri dan dijangka dapat diserahkan kepada pembeli pada hujung tahun ini,” katanya.
KUALA LUMPUR 4 Mac – Kerajaan Negeri Johor tidak sepatutnya tunduk dengan sebarang desakan untuk mengurangkan kuota bumiputera bagi lot industri di negeri itu.
KUALA LUMPUR – Secara dasarnya harga rumah mampu milik harus di bawah RM300,000, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui anak syarikatnya, SPNB Aspirasi Sdn. Bhd. berjaya menyiapkan 979 rumah di Taman Sutera Wangi yang terletak di Batu Berendam, Melaka.
JOHOR BAHRU – Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) bakal melancarkan pelan strategik 10 tahun dengan mengekalkan teras perniagaan dalam bidang pembinaan dan pembangunan hartanah yang akan terus memacu pertumbuhan syarikat.
JOHOR BAHRU 24 Feb. – Semua penerima rumah Skim Sewa Beli (RTO) Jauhar Prihatin diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan membuat keuntungan dengan menyewakan kediaman mereka kepada pihak lain atau ‘makan atas angin’.
HULU LANGAT 20 Feb. – Beberapa pembangunan Pojek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) terpaksa dihentikan pembinaannya ekoran kerajaan perlu meneliti semula termasuk berkaitan aspek kewangan.
KUALA LUMPUR: Harga hartanah kediaman dijangka akan terus susut dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang berikutan lambakan unit rumah tidak terjual di Malaysia yang kini mencecah nilai sebanyak RM29.47 bilion.