Home Blog Page 16

Rumah mampu milik RM70,000-RM80,000 di bandar tidak mustahil

0

PETALING JAYA: Rumah mampu milik berharga dalam lingkungan RM70,000 hingga RM80,000 di kawasan bandar mampu dibina menerusi konsep subsidi silang, demikian menurut Tokoh Hartanah Bumiputera, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.

Beliau yang juga Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan EMKAY menegaskan, walaupun kedengaran tidak masuk akal, cadangan itu boleh dipertimbangkan oleh kerajaan pusat, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemaju lain kerana ia mampu dilaksanakan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai konsep berkenaan, Mustapha berkata pemaju boleh membangunkan sebuah projek yang merangkumi pembinaan beberapa jenis rumah dan juga lot kedai.

“Katakan dalam satu projek pembangunan bercampur, 10 peratus daripada pembinaan rumah dikhaskan untuk rumah mampu milik berharga sekurang-kurangnya RM70,000 dengan keluasan 600 kaki persegi (atau lebih luas), dilengkapi dengan tiga bilik dan dua bilik air.

“Manakala 40 peratus lagi masing-masing dikhaskan untuk pembinaan rumah dalam lingkungan RM300,000 dan pembinaan rumah yang tidak dikawal harganya (lebih mahal) dan baki 10 peratus lagi dikhaskan untuk pembinaan lot kedai.

“Margin yang diperoleh daripada ketiga-tiga komponen ini boleh digunakan untuk membiayai rumah yang berharga RM70,000 itu. Ini adalah yang disebut sebagai berfikir di luar kotak,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Menara Mustapha Kamal sempena sambutan ulangtahun ke-35 tahun Kumpulan EMKAY, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, walaupun rumah mampu milik idamannya itu dijual pada harga ‘rugi’, lokasi pembinaan masih menjadi aspek yang penting.

“Jika projek ini dapat direalisasikan di bandar, kos untuk membina infrastruktur akan menjadi semakin kurang kerana sudah ada rangkaian jalan raya dan bekalan elektrik sedia ada.

“Kos penjimatan ini dapat diserap untuk pembinaan rumah mampu milik. Selalunya, kos penjimatan ini akan kembali semula kepada pemaju sebagai untung tetapi saya hendak memulangkannya semula kepada pembeli,” katanya.

Beliau berpegang kepada pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ dan menyifatkan cadangannya itu sebagai sesuatu yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh kerajaan.

“Cadangan ini perlu mendapat kerjasama baik daripada empat pihak terbabit, yang utama iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, PBT dan pemaju.

“Ini kerana, jika ia berjaya direalisasikan, majoriti rakyat di negara ini boleh memiliki rumah. Saya meletakkan harga dalam lingkungan RM70,000 kerana inilah tahap kemampuan bagi mereka yang bergaji antara RM1,800 hingga RM2,000.

“Cadangan ini juga tidak hanya terhad kepada pihak kami tetapi ia juga terbuka kepada mana-mana pemaju.

“Ini hanyalah idea, jika ada pihak yang mahu melaksanakannya, beri mereka peluang. Tetapi rumah mampu milik itu mesti dijual pada harga RM70,000, bukan RM300,000,” katanya.

Broker hartanah haram bakal berdepan tindakan tegas – Zuraida

0

KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana broker hartanah yang menjalankan kegiatan haram di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata ia berikutan semakin ramai broker hartanah yang tidak berdaftar, terutamanya dengan Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

Jelasnya, situasi itu menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penipuan terhadap pembeli dan penjual dalam sektor perumahan.

“Saya agak kesal kerana sehingga kini tidak ada satu tangkapan pernah dibuat dan ini menjadi satu isu penguatkuasaan dalam sektor perumahan.

“Maka kementerian dengan kerjasama pelbagai pihak akan segera menguatkuasakan undang-undang di bawah peruntukan Akta di bawah Subseksyen 30A untuk mengambil tindakan tegas terhadap broker-broker haram ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan MIEA dan Penyampaian Anugerah Hartanah Kebangsaan 2018 anjuran MIEA di sini, hari ini.

Teks beliau dibacakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad.

Turut hadir, Presiden MIEA, Eric Lim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Lim Boon Ping.

Menurutnya Zuraida, penyampaian sebanyak 17 kategori anugerah pada majlis berkenaan merupakan pencapaian penting kepada setiap ejen hartanah dan jururunding hartanah.

Terdahulu, jelasnya, 60 peratus atau sebanyak RM90 bilion daripada RM139 bilion nilai transaksi di negara ini pada tahun lalu adalah daripada ejen-ejen hartanah.

“Ini jelas menunjukkan industri hartanah ini mampu memberikan sumbangan yang besar bagi menjana pendapatan negara.

“Kini kita mempunyai seramai 20,000 jururunding hartanah, 1,375 buah firma hartanah dengan seramai 1,964 ejen hartanah yang berdaftar,” katanya.

Eric sebelum ini dilaporkan berkata pasaran hartanah Malaysia diunjur bertambah baik dan beransur pulih menjelang 2020 didorong pertumbuhan keyakinan di bawah kerajaan baharu.

Jelasnya, pelaksanaan dasar-dasar baharu oleh kerajaan akan meningkatkan lagi sentimen pembelian dalam pasaran hartanah.

Tiga kategori rumah mampu milik

0

KUALA LUMPUR: Harga rumah mampu milik di Malaysia akan diletakkan dalam tiga kategori iaitu RM150,000 dan ke bawah; RM150,000 hingga RM300,000 dan RM300,000 hingga RM500,000.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata penetapan harga berkenaan adalah salah satu dasar yang akan ditetapkan dalam Dasar Perumahan Negara.

“Cadangan itu sudah dikemukakan ke peringkat kementerian dan akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada pertengahan November ini.

Penetapan itu adalah antara cara untuk menyeragamkan semua peranan membabitkan lima entiti perumahan rumah mampu milik yang diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2018 anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), di sini, hari ini.

Sebelum ini, KPKT memuktamadkan lima agensi perumahan mampu milik diletakkan di bawah kementerian selewat-lewatnya, Disember ini.

Agensi beroperasi secara persendirian itu membabitkan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA); Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB); Uda Holdings Bhd, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Mengulas lanjut, Zuraida berkata penyeragaman agensi berkenaan adalah bagi membolehkan kerajaan menyelaras dan memantau projek perumahan mampu milik pada masa depan.

“Kelima-lima entiti itu akan menyelaraskan projek perumahan mampu milik di negara dalam satu program (sistem) iaitu penyeragaman dalam reka bentuk, harga dan pengurusan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai unit kuota Bumiputera, beliau berkata kerajaan akan meneliti dan mengkaji semula mengenai perkara itu.

“Saya perlu memerlukan masa untuk mengkaji semula dan lihat maklum balas daripada industri serta pembeli rumah. Pada dasarnya kerajaan akan menilai rakyat berdasarkan kemampuan mereka dari segi pendapatan, bukan bangsa.

“Jika kita tetapkan rumah mampu milik itu adalah untuk mereka berpendapatan tiga ribu ke bawah, maka kita akan menggunakan garis panduan berkenaan tanpa mengira bangsa dan negara,” katanya yang turut menambah ada keperluan untuk menyeragamkan dasar berkenaan.

Kuota Bumiputera Rumah Mampu Milik Dikaji

0

KUALA LUMPUR – Kuota bumiputera bagi pembelian rumah mampu milik akan dikaji semula, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, kajian dan semakan semula dasar itu akan merangkumi penyeragaman harga rumah standard bagi semua lapisan masyarakat.

“Kementerian perlu masa untuk kaji semula dan mendapatkan maklum balas daripada pihak industri dan pembeli rumah. Kita perlu tahu sebabnya, mungkin sebab faktor demografik yang berbeza di sesuatu negeri. Kita lihat ada keperluan untuk seragamkan polisi.

“Pada dasarnya, dalam kerajaan baharu ini, rakyat akan dinilai dari segi kemampuan pendapatan dan tidaklah mengenai bangsa, kalau kita tetapkan rumah mampu milik itu untuk mereka yang berpendapatan bawah RM3,000, maka kita akan gunakan garis panduan itu tidak mengira agama dan bangsa. Begitu juga dengan rumah yang berharga RM500,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex 2018) di Pusat Pameran Mid Valley anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) di sini hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Rehda Datuk Ir Soam Heng Choon mencadangkan agar kerajaan menyemak semula dasar kuota Bumiputera untuk lebih telus dan menjadikannya satu mekanisme pelepasan secara automatik jika ia tidak terjual.

Sementara itu, mengulas pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap bahan binaan perumahan, Zuraida berkata selain harga rumah yang dijangka akan diturunkan, rumah mampu milik juga boleh diberi nilai tambah bagi memastikan pulangan berbaloi kepada pembeli rumah. – Bernama

Cukai baharu beri impak kepada hartanah

0

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Sebarang pengenalan cukai baharu seperti cukai warisan dan cukai keuntungan modal (CGT) bakal memberi impak kepada pembeli rumah dan sentimen pelabur hartanah.

Penganalisis TA Securities, Thiam Chiann Wen berkata, ia akan mengganggu sektor harta yang sememangnya telah berdepan dengan isu pinjaman yang ketat dan tekanan harga mampu milik.

Katanya, meskipun bajet akan datang mungkin menjadikan pemilikan rumah dan pembiayaan lebih mudah bagi orang awam tetapi langkah penyejukan (cooling measures) ke atas pasaran hartanah dilihat bukan dalam masa terdekat.

Jelas beliau, pihaknya tidak mengharapkan apa-apa langkah penyejukan yang akan diumumkan dalam bajet akan datang kerana inisiatif sebelum ini telah memperlahankan pertumbuhan harga hartanah di negara ini.

“Langkah penyejukan tidak dilihat sebagai ‘mesra rakyat’, kerana ia boleh menarik kembali spekulator dan pembeli rumah tulen.

“Walau bagaimanapun, pengenalan cukai baharu yang tiada implikasi langsung kepada pasaran hartanah tempatan masih boleh mempengaruhi sentimen pembeli rumah dan pelabur,” katanya dalam nota penyelidikan di sini hari ini.

Kerajaan ketika ini sudah mempertimbangkan cukai baharu seperti cukai digital, cukai soda dan cukai warisan bertujuan bagi menjana pendapatan tambahan negara.

Jawatankuasa Pembaharuan Cukai di bawah Kementerian Kewangan dilaporkan ketika ini sedang meneliti serta merangka mekanisme yang sesuai buat cukai baharu yang bakal diper­kenalkan.

Chiann Wen menjangkakan cukai baharu disasarkan kepada pembeli asing dalam bentuk duti setem pembeli lebih tinggi untuk warga asing membeli hartanah di Malaysia dan bukan ditujukan kepada pasaran hartanah yang sudah lemah.

Disifatkan sebagai ‘bajet sukar’ oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, TA Securities telah menurunkan penilaian kepada saham-saham hartanah di bawah liputannya dan menurunkan harga sasaran untuk semua kaunter.

Jumlah rumah siap tidak terjual meningkat

0

KAJANG: Kediaman siap dibina tidak terjual di Malaysia bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini meningkat 18.1 peratus kepada 29,227 unit yang bernilai RM17.24 bilion, disebabkan oleh serapan pasaran yang perlahan.

Serapan pasaran dalam sektor hartanah merujuk kepada jumlah bulan yang diambil untuk menjual rumah yang sedia ada dalam pasaran.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Nordin Daharom, berkata rumah kediaman bertingkat iaitu kondominium dan pangsapuri adalah penyumbang terbesar kepada jumlah rumah siap tidak terjual, dengan merekodkan sebanyak 11,602 unit atau mewakili 39.7 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Kondominium dan pangsapuri adalah unit siap dibina paling banyak tidak terjual, berharga antara RM500,000 hingga RM1 juta. Meskipun situasi harta kediaman tidak terjual kurang menggalakkan, aktiviti pembinaan merangkumi unit siap dibina, mula dibina dan penawaran baharu dirancang menunjukkan prestasi bercampur-campur,” katanya pada Majlis Pelancaran Laporan Harta Tanah Mengikut Wilayah dan Taklimat Pasaran Amalan Harta Tanah 2018, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Md Badrul Hisham Awang.

Pasaran hartanah tempatan terus perlahan pada separuh pertama tahun ini.

Terdapat lebih 149,889 jumlah transaksi bernilai RM67.74 bilion, penurunan transaksi sebanyak 2.4 peratus dan nilai berjumlah 0.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu (153,526 transaksi bernilai RM67.83 bilion).

Mengulas lanjut, Nordin berkata, isu kediaman siap dibina tidak terjual dan ruang komersial tidak dihuni adalah isu penting yang perlu ditangani semua pihak terutama pihak berkuasa tempatan dan pemaju hartanah.

“Kedua-dua pihak berkenaan mesti melaksanakan kajian sewajarnya sebelum membuat keputusan untuk sesuatu pembangunan bagi mengelakkan berlakunya situasi lebihan penawaran.

“Justeru, data yang terkini dan tepat adalah sangat penting,” katanya.

Sementara itu, data Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menunjukkan sektor pejabat merekodkan kadar penghunian melebihi 82.8 peratus.

Manakala kadar penghunian bagi sektor ruang niaga adalah stabil dengan 79.9 peratus.

Pada akhir Jun 2018, sebanyak 21.62 juta meter persegi ruang pejabat sedia ada daripada 2,502 bangunan.

Sebanyak 68 bangunan lagi sedang dalam penawaran manakala 30 bangunan sedang dirancang.

Mengulas mengenai prospek akan datang, Nordin berkata, pasaran harta tanah kekal stabil tetapi perlahan dalam beberapa tahun akan datang, disokong oleh pelbagai insentif berkaitan dengan harta serta dasar kewangan yang akomodatif.

Dasar baharu pemilikan aset oleh warga asing

0

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan pemilikan tanah dan aset oleh warga asing di negeri ini mesti melebihi nilaian RM2 juta, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata dasar baharu itu dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertujuan mengawal pemilikan tanah dalam kalangan warga asing.

Katanya, bagi kawasan Seremban, Port Dickson dan Jempol, kadar minimum yang dibolehkan adalah RM2 juta manakala lain-lain kawasan, RM1 juta.

“Kita sedar ada rumah dijual antara RM300,000 hingga RM500,000. Ia memudahkan warga asing untuk membelinya, ditambah pula dengan nilai mata wang negara ini yang rendah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, penetapan oleh kerajaan negeri itu bukan bertujuan menghalang warga asing membeli aset, sebaliknya mengawal pemilikan tanah oleh mereka.

“Warga asing hanya dibenarkan membeli tanah secara pajakan bukannya free hold (pemilikan tetap),” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan bahawa warga asing dibenarkan memiliki hartanah di Malaysia, asalkan syarat tertentu dipenuhi.

JPM menyatakan orang asing boleh memilih untuk menjadikan Malaysia sebagai tempat mastautin tetap menerusi program Malaysia My Second Home (MM2H).

Kenyataan itu bagaimanapun menjelaskan bahawa pembelian hartanah itu tidak secara automatik menjamin mastautin di negara ini.

Affordable homes pipeline expands, deals in property market flat

0

PETALING JAYA: Malaysian property developers are launching more residential units that are priced RM500,000 and below, but judging from the Real Estate and Housing Developers’ Association Malaysia’s (Rehda) Property Industry Survey 1H 2018, it has done little to move transaction numbers.

The survey revealed that 65% of residential units launched in 1H 2018 were priced at RM500,000 and below, which is a steady increase from 52% in 2H 2017 and 44% in 1H 2017.

For the property market as a whole, however, transactions for the period hardly budged despite fewer units on offer, with only 6,764 units sold, compared with 6,760 units in 2H 2017. Some 13,233 units (residential and commercial) were launched in the first half of the year, compared with 15,082 units in 2H 2017.

Of the 6,764 units sold, two- and three-storey terraces were the most popular with 2,858 units sold compared with 2,779 units sold in 2H 2017. The second most popular type of property sold was apartment/condominium with 2,047 units sold in 1H 2018, compared with 753 units sold in 2H 2017.

Rehda president Datuk Soam Heng Choon said the 12,522 units of homes launched in 1H 2018 were priced from RM100,001 to RM700,000, as developers are adjusting the type of properties they plan to launch.

“We hope the worst is over. If you look at the government’s call for us to launch affordable houses, you can see that the units going up are below RM500,000. We are aligning our business to what the buyer wants and what they can afford,” Soam told reporters at a briefing today.

According to the survey, 47% of the 152 respondents had affordable housing (houses priced between RM100,000 and RM500,000) components in their developments in 1H 2018 while the bulk of future launches in 2H 2018 were priced at RM500,000 and below, with launches priced up to RM700,000 in Penang and Selangor.

For 2H 2018, 47% of respondents plan to launch 15,852 units comprising 8,991 strata units, 6,433 landed homes and 428 commercial units. About 66% of respondents anticipate take-up rates of 50% or less, for the first six months after launching.

Meanwhile on the overhang in the market, the survey revealed that in 1H 2018, 75% of respondents reported having unsold stock, with the majority having up to 30% unsold stock.

Soam said the unsold units are a result of loan rejection, buyers being offered lower margin of financing and unreleased bumiputra units.

“For unsold bumiputra units, Penang and Selangor have an auto-release mechanism. We appeal to all other states to seriously look at this,” he said, adding that the condition of unsold units will deteriorate over time, making them harder to sell later.

Soam said compliance cost, which can be 15% to 20% of total cost, remained a significant factor affecting developers’ cash flow. He said lower compliance cost would directly reduce house prices.

Soam said lower compliance cost would have a much bigger impact on house prices than the sales and service tax exemption on construction services.

Rehda members said the top three incentives to encourage provision of affordable housing are lower development charges, lower land conversion premium and exemption of capital contribution.

On Maybank Kim Eng Research senior economist Chua Hak Bin’s suggestion to raise property stamp duty on foreigners, Soam questioned the impact of such a move as they make up only 3% of property buyers in Malaysia.

Lebih banyak rumah mampu milik akan dibina

0

PETALING JAYA: Jumlah rumah kediaman berharga RM500,000 dan ke bawah merangkumi 65 peratus daripada pelancaran baharu pada separuh pertama tahun ini, berbanding hanya 52 peratus pada 2017, demikian menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Presidennya, Datuk Ir Soam Heng Choon, berkata lebih banyak rumah mampu milik berharga RM500,000 ke bawah akan dibina pada separuh kedua ini bagi memenuhi permintaan bagi segmen pasaran hartanah sedemikian.

Malah, katanya kebanyakan negeri akan melancarkan projek hartanah mereka yang berharga antara RM100,001 hingga RM500,000, manakala bagi Pulau Pinang dan Selangor dalam lingkungan harga RM500,001 hingga RM700,000.

“Bagi Kemaman, Terengganu dan Pasir Mas, Kelantan nilai hartanah yang dilancarkan dianggarkan RM100,001 hingga RM250,000, manakala Kedah/Perlis (Pendang/Chuping); Ayer Keroh, Melaka; Karak, Penor (Pahang); Seremban, Seremban 2 (Negeri Sembilan), Kerinchi (Kuala Lumpur); Kuala Kangsar, Kamunting (Perak) dan Kulai, Tebrau di Johor bernilai RM250,001 hingga RM500,000.

“Sementara di Seberang Prai dan Jelutong di Pulau Pinang serta Shah Alam dan Petaling Jaya di Selangor bernilai RM500,001 hingga RM700,000,” katanya pada taklimat media mengenai Tinjauan Industri Hartanah Separuh Pertama 2018 dan Unjuran Pasaran bagi Separuh Kedua 2018 dan Separuh Pertama 2019, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada separuh kedua tahun ini, pemaju merancang untuk melancarkan 15,852 unit kediaman terdiri daripada 8,991 unit strata, 6,433 kediaman bertanah dan 428 unit komersial.

“Meskipun dua pertiga daripada responden menjangkakan prestasi jualan mereka akan merosot kira-kira 50 peratus dan ke bawah, namun majoriti menjangkakan prospek pasaran optimis bagi sektor hartanah pada tahun depan,” katanya.

Pada separuh pertama 2018, sejumlah 65 peratus daripada pelancaran hartanah terdiri daripada rumah mampu milik berharga RM500,000 dan ke bawah, berbanding 52 peratus pada separuh kedua 2017 dan 44 peratus pada separuh pertama 2017.

Kebanyakan pembeli juga terdiri daripada 97 peratus warga tempatan, manakala bakinya daripada rakyat luar negara.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, REHDA mencadangkan unit perumahan kuota Bumiputera perlu dijual ke pasaran bebas bagi mengelak daripada berlaku lambakan unit kediaman tidak terjual di negara ini,

Katanya, penjualan itu boleh dibuat selepas tempoh enam bulan jika unit kuota berkenaan tidak terjual kepada Bumiputera.

“Mekanisme pelepasan unit perumahan kuota Bumiputera perlu diseragamkan di seluruh negeri. Setakat ini, Selangor dan Pulau Pinang menjalankan pelepasan unit Bumiputera ke pasaran terbuka selepas tempoh enam bulan.

“Oleh itu, mekanisme atau proses sama boleh dicontohi oleh negeri lain yang mana dilihat lebih telus serta membantu mengurangkan lebihan unit kediaman tidak terjual,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya kerajaan perlu menyemak semula polisi kuota Bumiputera untuk lebih telus dan menjadikannya satu mekanisme pelepasan secara automatik jika ia tidak terjual.

Johor hilang pendapatan jika hapus polisi hartanah bumiputera

0

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyifatkan cadangan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) negeri Johor untuk menghapuskan polisi kerajaan negeri berhubung kuota dan diskaun bumiputera bagi penjualan hartanah bernilai RM1 juta ke atas sebagai tindakan yang bakal mendatangkan kesan ekonomi kepada kerajaan negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman berkata, REHDA Johor dilihat hanya memikirkan kepentingan ahli-ahlinya sahaja di mana matlamat sebenar disebalik perkara itu adalah bertujuan untuk menghapuskan bayaran yang dikenakan oleh kerajaan negeri apabila pemaju memohon untuk menukar status tanah bumiputera.

Beliau berkata, apa yang pasti, kerajaan negeri Johor akan berdepan dengan kehilangan sumber pendapatan.

“Syarat-syarat ini dikenakan kepada hartanah jenis kediaman, komersial dan industri. Polisi ini diperkenalkan untuk membantu meningkatkan tahap hak milik bumiputera ke atas aset bernilah lebih RM1 juta.

 

“Namun, untuk unit-unit bumiputera yang tidak terjual, pemaju boleh merayu kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan perlepasan membenarkan hartanah itu untuk dijual kepada kaum-kaum lain. Sebanyak 7.5 peratus daripada harga jualan perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebagai yuran untuk setiap unit yang ditukar status,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Melalui polisi itu, pembeli bumiputera wajib diberikan diskaun sebanyak 15 peratus.

Kerajaan negeri Johor telah memperoleh kira-kira RM600 juta pendapatan daripada penguatkuasaan polisi terbabit dan ia telah digunakan untuk membina lebih 6,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang dijangka siap pada penghujung tahun hadapan. – UTUSAN ONLINE