PUTRAJAYA 28 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memutuskan satu jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan menyemak semula projek unit kediaman Forest City di Johor.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri hari ini.
“Setakat ini jawatankuasa itu akan dianggotai oleh kementerian ini, Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Kewangan.
“Pada masa ini kita lebih suka pemaju dan pihak berkaitan untuk tampil dan memberi penjelasan secara menyeluruh kepada kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara di Pejabat Perdana Menteri di sini.
MALAYSIA tidak akan membenarkan rakyat asing membeli unit kediaman yang dibina di projek Forest City di Johor, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kemajuan projek berkenaan menjadi tanda tanya selepas Pakatan Harapan yang diterajui Mahathir memenangi Pilihanraya Umum ke-14 pada Mei lalu, sementara pemaju Country Garden Holdings Co dijangka menyemak semula rancangannya untuk membina bandar raya yang akan menjadi penempatan bagi 700,000 penduduk.
“Satu perkara yang pasti, bandar yang akan dibina tidak boleh dijual kepada orang asing. Kami tidak akan memberikan visa untuk orang datang dan tinggal di sini.
“Bantahan kami adalah ia dibina untuk orang asing, bukan untuk rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat tempatan tidak mampu membeli rumah berkenaan,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, jurucakap di Country Garden berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang komen mengenai keputusan kerajaan ketika ini.
Bantahan terhadap projek itu membantu kempen pilihan raya Dr Mahathir, di mana beliau menyatakan, ia sebagai bukti kerajaan terdahulu menjual Malaysia kepada China.
Rakyat Malaysia yang tinggal di Johor membuat aduan bahawa sebahagian besar rakyat Cina merampas hartanah di Forest City, selain kebimbangan terhadap kerosakan alam sekitar, kemerosotan dalam pasaran hartanah dan kesan penambakan tanah terhadap industri perikanan.
Country Garden telah membangunkan sebahagian kecil daripada penambakan yang dirancang sebanyak 20 kilometer persegi, di mana warga China menyumbang kira-kira 70 peratus pembeli apartmen tahun lalu.
KUALA LUMPUR (Reuters) – Malaysia will not allow foreigners to buy residential units built at the $100 billion Forest City project in Johor, Prime Minister Mahathir Mohamad said on Monday.
The project has been wracked by uncertainty since Mahathir’s coalition scored a shock victory at a May general election, as developer Country Garden Holdings Co looks to revive faltering demand for its plans to build a city that would be home to 700,000 people.“One thing is certain, that city that is going to be built cannot be sold to foreigners. We are not going to give visas for people to come and live here,” Mahathir told reporters at a press conference.
“Our objection is because it was built for foreigners, not built for Malaysians. Most Malaysians are unable to buy those flats.” – Reuters
Kuala Lumpur: Harga rumah mampu milik perlu ditawarkan pada kadar
maksimum RM282,000 bagi pendapatan isi rumah berjumlah RM5,228, demikian
menurut Buletin Suku Kedua 2018 oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Bagaimanapun, bank pusat itu berkata, harga rumah mampu milik sebenar
dalam pasaran adalah 11 peratus lebih tinggi iaitu pada harga RM313,000.
Katanya, pemilikan rumah yang menjadi aspirasi dan impian setiap rakyat
Malaysia dilihat semakin sukar untuk dicapai berikutan harga rumah
terlalu tinggi di kebanyakan bahagian utama dalam negara.
“Situasi ini jelas memperlihatkan rumah kini sukar untuk dimiliki kerana ditawarkan pada kadar yang kurang mampu milik.
“Pada 2016, rumah di Malaysia secara purata berharga sekitar lima kali
median tahunan pendapatan isi rumah menjadikannya lebih serius dan sukar
untuk dimiliki.
“Ia adalah berbeza berbanding piawaian mampu milik antarabangsa iaitu tiga kali median tahunan saja,” katanya.
Bank pusat berkata, kemerosotan dalam pemilikan rumah mampu milik itu
sebahagian besarnya disumbangkan ketidakpadanan dalam penawaran dan
permintaan serta pertumbuhan pendapatan yang lebih perlahan.
Dari segi bekalan rumah, katanya, pembinaan rumah jatuh secara konsisten berbanding permintaan isi rumah.
“Antara 2014 hingga 2016, secara purata terdapat 114,000 bekalan rumah
baru, yang mana ia jauh lebih rendah daripada pembentukan 154,000 isi
rumah yang baru.
“Kekurangan bekalan rumah mampu milik juga
menjadi semakin parah berikutan pelancaran projek rumah segmen berkenaan
merosot dan lebih terarah kepada segmen hartanah mewah,” katanya.
Selain itu, BNM berkata, ketidakseimbangan dalam penawaran dan
permintaan bersama dengan keutamaan rakyat untuk memiliki rumah
berbanding menyewa turut menjadi faktor terhadap tekanan ke atas harga
rumah.
Malah, katanya, secara dasarnya pertumbuhan pendapatan isi rumah turut tidak selari dengan kenaikan harga rumah.
Antara 2007 hingga 2016, harga rumah purata meningkat 10 peratus, namun pendapatan hanya tumbuh sekitar lapan peratus.
Jurang besar antara pendapatan dan harga rumah menjadi semakin buruk
bersama persepsi peningkatan kos sara hidup memandangkan memiliki rumah
dianggap sebagai suku perbelanjaan isi rumah.
KUALA LUMPUR: Harga rumah dijangka turun
antara lima hingga 10 peratus susulan langkah kerajaan mengecualikan
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap bahan binaan khususnya
simen dan batu bata apabila cukai itu diperkenalkan bulan hadapan.
Timbalan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah
Raja Ahmad, berkata dua barang utama pembinaan itu turut dikenakan
cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan terdahulu, antara
faktor menyebabkan kenaikan harga rumah dan bangunan.
“Andaian
kasar untuk sesebuah harga rumah kurang antara lima dan 10 peratus itu
mungkin dapat dicapai berdasarkan keperluan bahan binaan asas simen dan
batu dikecualikan SST.
“Bagaimanapun
harus diingat, harga tanah di sesebuah kawasan juga adalah faktor yang
mempengaruhi harga rumah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan
pembukaan Kompleks Wan Kien di sini malam ini.
Hadir sama Pengerusi Eksekutif Kumpulan City Motors, Datuk Foo Wan Kien.
Mengulas
lanjut, Raja Kamarul berkata, faktor harga rumah juga ditentukan di
bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri.
“Justeru
kita berharap kerajaan negeri akan lebih bekerjasama dengan menurunkan
harga premium tanah dan caj pembangunan untuk mengawal keseluruhan harga
rumah.
“Jika
ini tidak dapat dilakukan, adalah sukar untuk kerajaan bersendirian
membuat keputusan bagi mengurangkan harga rumah,” katanya.
Menteri
Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini berkata,
perkhidmatan pembinaan dan kos bahan binaan akan dikecualikan daripada
SST sekali gus meringankan tekanan ke atas harga rumah, bangunan
industri dan bangunan komersial.
Katanya, antara contoh bahan pembinaan yang tidak dikenakan SST adalah simen, pasir dan besi.
“Dengan
cadangan pengecualian barang berkenaan daripada dikenakan SST dan
kaedah implementasi cukai SST yang lebih baik berbanding GST, pihak
pemaju dan pembeli harus mendapat faedah daripada pengurangan beban
cukai ini,” kata Guan Eng.
Keputusan
kerajaan itu turut disambut baik Presiden Persatuan Kontraktor Melayu
Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad, yang menyifatkan ia adalah satu
langkah bijak dalam usaha kerajaan membantu mengurangkan beban rakyat
termasuk pemaju perumahan.
Petaling Jaya: Dasar perumahan baharu yang
diperkenalkan kerajaan akan membolehkan pasaran hartanah Malaysia
dijangka kembali rancak tahun depan.
Timbalan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah
Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, pasaran hartanah Malaysia pada masa
ini agak mencabar namun masih berpotensi.
“Hasil
penyelidikan dan jangkaan daripada badan perundingan yang boleh
dipercayai menunjukkan pasaran secara rawak akan meningkat secara
perlahan selepas ada peningkatan keyakinan serta kewujudan sentimen
baharu dalam pasaran.
“Pasaran
hartanah kini tidak terlalu teruk dan masih positif meskipun sedikit
perlahan. Ia dijangka akan lebih baik pada tahun depan kerana kerajaan
akan mengumumkan beberapa dasar perumahan baharu dalam tempoh satu atau
dua bulan akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan ekspo hartanah The People’s Property Expo 2018 di sini, semalam.
Mengulas
lanjut, Raja Kamarul Bahrin berkata, pihaknya yakin menerusi pengumuman
dasar perumahan baharu oleh kerajaan akan merangsang pertumbuhan
pasaran dan memberikan dimensi berbeza dalam semua peringkat perumahan
negara.
Selain itu, katanya Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga sedang meneliti dan
mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak merangkumi semua peringkat
perumahan dalam usaha untuk menjadikan sektor hartanah tempatan lebih
dinamik.
“Dalam hal ini, sekali lagi
saya tegaskan mengenai kepentingan mewujudkan pangkalan data yang
mengandungi pelbagai maklumat pemilikan rumah bagi memastikan pengagihan
menepati sasaran serta keperluan mereka yang layak,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, rumah mampu milik dan perumahan rakyat miskin akan terus menjadi keutamaan kerajaan.
Katanya,
ia satu cabaran untuk pemaju swasta dan badan kerajaan kerana sistem
itu perlu diperkemaskan terutama dari segi pengagihan rumah mampu milik
kepada golongan yang layak serta memerlukan.
KUALA LUMPUR – Portal hartanah, PropertyGuru Malaysia memperkenalkan sebuah inovasi teknologi hartanah, Mortgage Pre-Qualifier dengan sasaran membantu seramai 100,000 rakyat Malaysia memiliki rumah mereka sendiri menjelang 2020.
Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia,
Sheldon Fernandez berkata, program itu menawarkan orang ramai dengan
pemeriksaan kelayakan pinjaman, memberikan ramalan tertinggi terhadap
jumlah pinjaman rumah yang bank sedia luluskan.
“Apa yang membezakan Mortgage Pre-Qualifier adalah
platform berkenaan memberikan ramalan yang sangat tepat, hanya mengambil
masa lima minit dan disediakan secara percuma menerusi propertyguru.com.my/mortgageprequalifier/.
“Ini bermakna, pembeli rumah boleh segera mengenal
pasti jika mereka layak atau tidak untuk menerima pinjaman dari bank dan
dapat mengambil langkah yang betul untuk meningkatkan peluang memiliki
rumah,” katanya pada acara pelancaran program itu, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Pemasaran
PropertyGuru, Bjorn Sprengers dan Ketua Pemasaran Pengguna PropertyGuru
Malaysia, Ryan Thoo.
Mortgage Pre-Qualifier merupakan inovasi pertama
seumpamanya di Asia Tenggara yang dimajukan PropertyGuru dengan
kerjasama platform teknologi kewangan hartanah, MHub dan agensi
pelaporan kredit, CTOS.
Menurut Fernandez, sebanyak 92 peratus rakyat
Malaysia menyatakan hasrat untuk memiliki rumah sendiri, namun lebih
satu daripada dua atau sekitar 60 peratus daripada mereka berdepan
masalah penolakan permohonan pinjaman.
Katanya, walaupun hanya menumpu kepada segmen rumah
mampu milik antara RM300,000 hingga RM500,000 sebuah, 71 peratus
daripada generasi milenial berusia 22 hingga 37 tahun masih tidak mampu
untuk membeli rumah.
“Secara keseluruhannya, sebahagian besar golongan isi
rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) masih tidak mampu
memiliki rumah, sementara harga hartanah di Malaysia kekal di paras 4.4
kali ganda pendapatan median.
“Disebabkan kesulitan ini, kami memperkenalkan Mortgage Pre-Qualifier yang bukan sahaja memberi maklumat tentang jumlah pinjaman, tetapi juga pandangan praktikal mengenai apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kelayakan pinjaman,” jelasnya.
PASARAN hartanah Malaysia dijangka
meningkat perlahan-lahan pada tahun akan datang sehingga 2020, kata
Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).
Presidennya,
Eric Lim Chin Heng dalam satu kenyataan hari ini berkata, pasaran
hartanah kemungkinan telah mencecah paras terendahnya lalu dengan jumlah
urus niaga berada di tahap terendah sejak 2012 sebanyak 311,824.
Beliau
berkata pelabur hartanah yang memainkan peranan penting dalam
pertumbuhan pasaran hartanah kini mula berhasrat untuk memasuki semula
pasaran.
Lim membayangkan pasaran akan terus
mengalami ‘pertumbuhan keyakinan’ apabila asas semakin bertambah baik di
bawah pentadbiran kerajaan baharu dan menjangkakan kerajaan akan
melaksanakan dasar baharu bagi meningkatkan pasaran hartanah.
“Dua
pelan utama termasuklah rancangan untuk memperkenalkan dan menguruskan
bekalan rumah mampu milik dan belanjawan akan datang akan menjadi ujian
bagi kerajaan baharu untuk menangani masalah industri hartanah,”
katanya.
Bagi membantu
merangsangkan lagi keyakinan, MIEA akan menumpukan kepada kandungan
Program Pembangunan Berterusan (CDP) mereka untuk memperkasakan 18,000
ahli aktif industri hartanah dengan pengetahuan baharu dan menambah baik
kemahiran dengan penekanan kepada profesionalisme dan integriti.
CDP diakreditasikan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah Malaysia.
“Kami
mahu menyediakan peluang kepada Perunding Hartanah kami untuk terus
bertahan dalam pasaran yang mencabar dan bersiap sedia meraih manfaat
apabila pasaran dijangka meningkat semula pada 2019,” katanya.
JOHOR BAHRU (August 8): Due to a population boom, Iskandar Malaysia requires between 600,000 and 700,000 residential units from now until 2025.
“As of this year, the figure has gone up to 1.95 million and by 2025, we are expecting to have about three million people living within Iskandar Malaysia.
Iskandar Regional Development Authority (Irda) chief executive
officer Datuk Ismail Ibrahim said that the population of Iskandar
Malaysia had been about 1.49 million in late 2006, when the first
economic corridor was launched there.
“Demand for affordable residential properties in Iskandar Malaysia is
encouraging as of now and developers should build more houses in this
category,” he said, as quoted by The Star.
Ismail said the outlook for property in Iskandar Malaysia will remain
buoyant in the coming years, due to the influx of domestic and foreign
workers which would push demand for property in the region.
Ismail, quoted by the daily, said the economic growth corridor has
RM263.95 billion in committed accumulated investment from 2006 until
June 30, 2018.
RM154.14 billion or 58% has been realised, while RM161 billion or 61%
was from domestic investors. Foreign investors have contributed RM102.9
billion or 39%.
“Both domestic and foreign investors continued to show interest in
Iskandar Malaysia despite challenges in the global economic situation,”
he said, quoted The Star.
Valuation and Property Services Deparment director-general Nordin
Daharom quoted statistics which showed 40% of residential properties
sold in Malaysia averaged between RM200,000 and RM300,000.
“Based on the transactions done, developers should build more of such
residential properties to cater for demand from house buyers,” Nordin
said.
Shah Alam: Harga hartanah komersial secara keseluruhannya dijangka menurun sekitar satu atau dua peratus susulan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula September ini.
Presiden yang juga Ketua Eksekutif S P Setia Bhd (S P Setia) Datuk Khor Chap Jen berkata, ia berikutan beberapa bahan binaan yang sebelum ini dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dikenakan SST.
“Sehubungan itu, kami menjangkakan kos keseluruhan untuk pembangunan hartanah komersial akan menjadi lebih rendah berbanding sebelum ini”.
“Perincian mengenai mekanisme penetapan harga itu hanya akan diketahui tidak lama lagi.
“Bagaimanapun, ia tidak akan begitu memberi kesan kepada pasaran rumah mampu milik memandangkan situasi hartanah yang lembap pada masa ini. Banyak pemaju yang mengambil inisiatif sendiri mengurangkan harga jualan tanpa perlu menunggu pengenalan semula SST,” katanya pada sidang media selepas memeterai perjanjian dengan ONYX Hospitality Group (ONYX) di sini, semalam.
Perjanjian berkenaan bertujuan melantik ONYX sebagai pengendali rasmi bagi dua hotel baru Amari milik S P Setia di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Presiden dan Ketua Eksekutif ONYX Douglas Martell.
Hotel Amari di Pulau Pinang dijangka dibuka pada lewat 2020 dan Amari Kuala Lumpur pula dijangka dibuka pada awal 2021.
Mengulas lanjut, Khor berkata, pihaknya menjangkakan cabang perhotelan akan menyumbang sebanyak kurang lima peratus kepada perolehan kumpulan dalam tempoh lima tahun.
“Kami mempunyai pelan strategik lima tahun yang mana satu daripadanya adalah untuk membina aset hartanah pelaburan dengan hotel menjadi satu daripada tumpuan kami.
“Kami akan berkembang secara perlahan-lahan berdasarkan pelan strategik yang dirangka itu,” katanya.