Home Blog Page 25

Mohon rumah baru

0

KIRA-KIRA 80 penduduk daripada 12 keluarga di Kampung Low Piak Baharu, Batu Pahat, memohon pihak berkenaan memberikan rumah baru selepas kediaman yang dihuni sejak beberapa generasi bakal dirobohkan bagi memberi laluan projek pembinaan pusat perniagaan.

Seorang penduduk, Rasidah Rahmat, 56, berkata, dia yang tinggal di rumah yang diwarisi oleh orang tuanya tidak mempunyai rumah lain dan kediaman yang dihuni sekarang itu satu-satunya harta yang dimiliki.

Katanya, kawasan perkampungan berkenaan wujud 100 tahun lalu, di mana ketika itu mereka yang tinggal di situ adalah pekerja kilang kayu, pemilik asal tanah yang mereka duduki sekarang ini.

 “Namun beberapa tahun lalu, tanah berkenaan dijual kepada syarikat hartanah dan kemudian ianya dijual tanpa perbincangan dengan penduduk setempat yang masih tinggal di sini.

“Kami hanya mendapat tahu tanah ini bakal dimajukan pada penghujung bulan Ogos lalu dan pada hujung bulan ini kami diarah untuk mengosongkan rumah kami untuk tujuan pembinaan kompleks niaga berkenaan.

“Manakala, pampasan untuk kami diberikan sebanyak RM12,500 untuk rumah papan dan RM25,000 untuk rumah batu tetapi kami tidak bersetuju dan mengharapkan rumah sebagai ganti kediaman kami, kerana kami tidak mempunyai kediaman lain,” katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu, seorang lagi penduduk Ibrahim Rahmat, 53, mengharapkan pihak pemaju dapat menangguhkan urusan untuk merobohkan kediaman mereka, sekurang-kurangnya dalam masa enam bulan.

Katanya, ada dalam kalangan mereka yang bakal mengadakan kenduri kahwin pada Disember dan awal tahun depan, dan sekiranya dirobohkan, majlis berkenaan akan terganggu.

“Saya bersependapat dengan penduduk yang lain, yang mahukan kediaman dan bukannya wang pampasan seperti yang dicadangkan oleh pihak pemaju peremis perniagaan yang dirancang untuk dibina di sini.

 

“Kami semua tidak menghalang projek pembangunan, termasuklah di sini, cuma kami mengharapkan ihsan dan pembelaan daripada pemaju dengan menggantikan kediaman untuk kami.

 

“Kami juga mengharapkan pemaju dapat mencontohi tindakan yang dilakukan kepada penduduk di Kampung Low Piak Lama, yang sekitar 100 keluarga yang diberikan rumah setelah kawasan perkampungan dimajukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Kebajikan Umno Bahagian Batu Pahat, Mohd Hamidi Mad Tap berkata, pihaknya akan berhubung dengan pamaju, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat untuk membantu keluarga berkenaan.

Pengecualian had 60% untuk potongan pembelian rumah bagi kakitangan awam

0

Berita baik (mungkin..) bagi kakitangan rumah  yang terkesan dengan arahan had maksimum potongan gaji 60% yanng dikuatkuasakan sebelum ini.

Kerajaan telah mengumumkan pada 13 November 2017 bahawa arahan tersebut dikecualikan untuk pengiraan bagi pembelian rumah dan ini pastinya melegakan beribu kakitangan awam yang terkesan sejak ia dikuatkuasakan.

Bagi mereka yang terkesan kini bolehlah mencari semula rumah idaman anda tetapi dalam masa yang sama perlu cuba mengurangkan komitmen lain terutamanya berkaitan pinjaman peribadi yang banyak memberi kesan kepada kelayakan sebelum ini.

Harga rumah dijangka turun?

0

PUTRAJAYA 13 Nov. – Kerajaan tidak menolak kemungkinan harga rumah bakal turun ekoran berlakunya trend unit kediaman siap dibina tidak terjual atau overhang yang meningkat sebanyak 40 peratus.

Timbalan Mente­ri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong berkata, sebanyak 20,807 unit kediaman bersamaan nilai RM12.26 bilion tidak terjual manakala kon­dominium berharga melebihi RM500,000 mendominasi overhang.

“Namun, itu terpulang kepada pihak pemaju sendiri yang perlu mengambil kira permintaan dan penawaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Taklimat Pasaran Awalan Harta Tanah 2017 di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pe­ngarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Nordin Daharom.Chee Leong berkata, pasaran hartanah tahun ini menunjukkan perkembangan yang baik walaupun berhadapan ketidaktentuan politik global dan persekitaran ekonomi mencabar.

Katanya, prestasi pasaran hartanah semasa mencatatkan penurunan pada kadar lebih kecil berbanding tahun sebelumnya.

“Untuk separuh tahun pertama 2017, jumlah bilangan transaksi direkodkan melebihi 150,000 iaitu penurunan enam peratus berbanding 12.3 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

 

“Jumlah nilai transaksi pula direkodkan RM67 bilion iaitu meningkat 5 peratus berban­ding penurunan 12 peratus dalam tempoh sama,” katanya.

Jenis Lelongan Hartanah

0

Perkara yang mungkin ada ramai lagi yang belum tahu atau tak jelas tentang jenis lelongan hartanah khususnya yang baru nak belajar-belajar beli hartanah lelong.

1) Loan Agreement Cum Assignment – atau dalam panggilan biasanya LACA. Merupakan lelongan utk hartanah yang dilelong berdasarkan Deed of Assignment. Biasanya hakmilik individu belum dikeluarkan dan bank hanya memiliki hak sebagai ‘Assignee’. Lelongan biasanya dijalankan di pejabat pelelong atau jika acara lelongan lebih besar seperti Mega Auction, kadangkala dijalankan di hotel.
Tempoh penyelesaian baki harga belian : 120 hari.

2) Lelongan Mahkamah Tinggi – diadakan di mahkamah tinggi di negeri berkenaan. Khusus untuk hartanah yang mana hakmmilik individu telah dikeluarkan dan didaftarkan di bawah hakmilik pendaftaran Negeri.
Tempoh penyelesaian baki harga belian : 90 hari.

3) Lelongan Pejabat Tanah – diadakan di Pejabat Tanah daerah diberkenaan. Khusus untuk hartanah yang mana hakmilik individu telah dikeluarkan didaftarkan di bawah hakmilik Pejabat Tanah daerah.
Tempoh penyelesaian baki harga belian : 90 hari.

Inilah 3 tempat yang biasanya lelong diadakan. Deposit yang perlu disediakan adalah 10% dan pastikan anda tiada masalah untuk mendapatkan pinjaman jika bercadang sedemikian kerana deposit ini akan hangus jika anda gagal meneruskan pembelian/gagal mendapatkan pinjaman.

Ingin membeli hartanah lelong? Lihat senarai hartanah lelong di http://listing.ziyadproperty.com/for-auction/

Sila hubungi Ziyad Property Consultants untuk lelongan negeri-negeri lain yang tiada di dalam senaraian atau mempunyai pertanyaan lanjut.

Desa Damai,Bentong Single Storey Terrace for Sale

0

[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]

Cyber Heights Villa Condominium for Rent

0

[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]

Pengecualian cukai 50% pendapatan sewaan rumah kediaman

0

KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya, Kerajaan hari ini mengumumkan pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50 peratus bagi pendapatan sewa sehingga RM2,000 sebulan kepada individu rakyat Malaysia yang bermastautin di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini berkata pengecualian ini diberi bermula dari tahun taksiran 2018 hingga 2020, bertujuan  menggalakkan pasaran sewaan rumah kediaman.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan juga akan menggubal Akta Sewaan Rumah Kediaman untuk melindungi penyewa dan pemilik rumah.

Perdana Menteri berkata dalam hal perumahan dan kediaman, Kerajaan juga  akan merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan RM2.2 bilion meliputi pelbagai projek perumahaman.

Najib berkata peruntukan itu meliputi 17,300 unit rumah Projek Perumahan Rakyat, 3,000 unit rumah program Rumah Mesra Rakyat di Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan 210, 000 unit rumah di bawah program  Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang berharga RM250,000 ke bawah.

“Untuk  ini, RM1.5 bilion  diperuntukkan bagi tempoh dua tahun untuk projek tersebut,” kata Najib dalam Bajet 2018 bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju  Aspirasi  Transformasi  Nasional 2050 (TN50)’  itu.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 25,000 unit rumah akan disiapkan pada tahun depan di bawah Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan 128,000 unit lagi di bawah pelbagai peringkat pelaksanaan.

Perdana Menteri berkata turut disentuh adalah pembinaan 600 unit rumah di bawah program My Beautiful New Homes (MyBNHomes) untuk isi rumah golongan berpendapatan rendah (B40) antaranya di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan kawasan orang asli.

Najib turut memaklumkan, sebanyak 2,000 unit rumah akan dibina di bawah program MyDeposit untuk membantu pembayaran  deposit, dan program MyHomes untuk pemaju menyediakan lebih banyak rumah mampu milik.

“Selain itu, sebanyak RM200 juta akan disediakan untuk penyelenggaraan dan pembaikan rumah, termasuk Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia,” katanya.

Najib  berkata bagi menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah mampu milik, skim ‘step-up  financing’  yang diperkenalkan PRIMA akan dipanjangkan  kepada  pemaju  perumahan  swasta,  berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan.

Berkaitan rumah terbengkalai pula, Perdana Menteri berkata pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik dicadang diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai berkuat kuasa 1 Jan 2018 sehingga 31 Dis 2020.

Najib berkata bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah idaman, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan membenarkan  pembiayaan  LPPSA  ke atas hartanah yang dibangunkan di atas tanah wakaf  mulai 1 Januari 2018.

Selain itu, beliau berkata yuran guaman berkaitan penyediaan perjanjian pembiayaan perumahan akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA.

Najib berkata turut dilaksanakan adalah kebenaran pembiayaan perumahan bersama daripada LPPSA, antara suami-isteri atau anak-anak, dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.

Perdana Menteri menarik perhatian, pembiayaan perumahan bersama antara suami-isteri atau anak-anak turut dibenarkan dengan syarat, sekurang-kurangnya  seorang pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.

“Manakala  pemohon bersama bukan penjawat awam perlu menggunakan pembiayaan institusi kewangan  atau  agensi yang mempunyai  skim pembiayaan perumahan sendiri, yang bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua,” katanya. – Bernama

Lonjak sektor hartanah: BDB

0

KUALA LUMPUR: Skim Pembiayaan Fleksibel yang diperkenalkan kepada pemaju perumahan swasta dalam Bajet 2018 mampu memudahkan pembeli mendapatkan pembiayaan bagi pembelian rumah pertama.

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Datuk Izham Yusoff, berkata pihaknya menyambut baik peruntukan RM2.2 bilion untuk merancakkan sektor hartanah, khususnya pemilikan kediaman.

“Kami mengalu-alukan usaha kerajaan melanjutkan Skim Pembiayaan Fleksibel yang diperkenalkan kepada Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dilanjutkan kepada pemaju sektor swasta.

 

“BDB turut menyambut baik program MyHomes, insentif untuk pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik, selain RM200 juta bagi dana penyelenggaraan, pengecualian duti setem untuk pembeli rumah dan pengecualian cukai ke atas sewa rumah di bawah RM2,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fahami hak pembeli rumah elak penipuan

0

KISAH penipuan membabitkan penjualan banglo harga murah bukanlah satu perkara yang baharu.

Beberapa syarikat berpayungkan hartanah dilaporkan pernah menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

Terkini kerugian awam sebanyak RM6.10 juta melalui penjualan banglo pada harga murah, baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa sehingga kini tahap pengetahuan masyarakat mengenai asas pemilikan dan hak-hak sebagai pembeli hartanah kediaman masih rendah.

Masalah ini tidak akan wujud jika rakyat Malaysia maklum bahawa mana-mana pemaju tidak boleh menjual projek kediaman hartanah mereka selagi masih belum memohon atau mendapat kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan Baru daripada Bahagian Pelesenan Pemajuan Perumahan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Selain daripada itu, pemaju hendaklah mempamerkan nombor rujukan kelulusan permit di brosur atau apa-apa risalah pemasaran mereka, manakala pembeli pula memiliki hak untuk memastikan bahawa projek terbabit mendapat kelulusan permit jualan sebelum apa-apa bayaran deposit dibuat.

Penipu hartanah kaut untung atas angin

Sama ada kita sedar atau tidak, penipuan berkaitan hartanah ini sering berlaku secara berterusan dan berleluasa dengan pelbagai ‘scammer’ atau penipu hartanah melalui pelbagai aktiviti pelaburan dan pendidikan hartanah demi mengaut keuntungan atas angin dan yang sering menjadi mangsa ialah masyarakat umum.

Ini belum lagi menyentuh kisah penyelewengan wang di dalam transaksi hartanah pasaran sekunder ataupun lelong yang sebenarnya sering dipaparkan oleh media.

Apa yang penting di sini untuk bakal pembeli amat perlu meneliti brosur jualan atau iklan berkaitan dengan projek hartanah yang hendak dibeli.

Sama ada pemaju menjual sendiri kediaman atau Syarikat Ejen Berdaftar yang dilantik, mereka perlu mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak KPKT iaitu hendaklah mencatatkan butiran penting.

Perkara itu termasuk nombor lesen pemaju dan tempoh sah laku, nombor permit iklan dan jualan dan tempoh sah laku, nama pemaju, nombor telefon, jenis pegangan hartanah yang dijual, spesifikasi rumah, petak aksesori, tarikh pemajuan perumahan dijangka siap yang dinyatakan bulan dan tahunnya, harga jualan minimum dan maksimum bagi setiap jenis rumah yang dijual berserta nama pihak berkuasa tempatan yang meluluskan pelan bangunan dan nombor rujukannya di dalam brosur jualan atau apa-apa cadangan iklan bagi memasarkan projek mereka.

Profesional ditauliah layak jadi perunding hartanah

Kebiasaannya, pemaju mencetak maklumat butiran penting ini dengan tulisan yang sangat kecil hingga tidak disedari oleh bakal pembeli.

Selain itu juga, masih ramai antara kita yang tidak sedar mengenai fungsi Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPH) yang mengawal selia profesion hartanah di Malaysia. Lembaga ini mentauliah seseorang yang disahkan layak dari aspek akademik dan pengalaman profesional ditauliah Lesen Penilai Berdaftar, Ejen Hartanah Berdaftar dan Pengurus Harta Berdaftar.

Profesional yang ditauliah lesen daripada Lembaga Penilai ini layak di sisi undang-undang untuk menjalankan aktiviti perundingan hartanah seperti penilaian, jual beli, pengurusan hartanah, seminar atau kelas latihan berkaitan hartanah.

Kini, rakyat Malaysia boleh terus menyemak laman sesawang rasmi LPPH untuk mengenalpasti mereka yang diberi pentauliahan atau lesen syarikat perundingan hartanah di Malaysia.

Bagi bakal pembeli yang ingin membeli rumah kediaman di pasaran sekunder (sub-sale) pula dinasihatkan berurusan dengan Perunding Hartanah yang sah di sisi undang-undang dan syarikat yang bernaung di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia.

Apa yang semua pihak perlu sedar adalah sangat berisiko untuk berunding dengan mana-mana pihak yang tidak berdaftar kerana wang deposit belian tidak dijamin di sisi undang-undang.

Kontrak penyewaan penting supaya tidak ditipu

Seseorang pembeli boleh membuat panggilan telefon ke Pejabat Syarikat Perunding terbabit bagi mengesahkan status Perunding Hartanah yang berurusan dengan pihaknya atau menyemak laman sesawang LPPH bagi memastikan status kewujudan syarikat yang dilantik.

Kes penipuan bukan sahaja berlaku dalam urusan jual beli kediaman malah di dalam transaksi penyewaan juga sering berlaku penyelewengan.

Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai kontrak penyewaan dan tidak melihat kepentingan kontrak penyewaan yang sah di sisi undang-undang menyebabkan ada pihak yang ditipu atau menipu dalam tempoh kontrak penyewaan ataupun selepas habis kontrak penyewaan.

Menyedari keadaan itu, pihak kerajaan, baru-baru ini mencadangkan untuk mewujudkan Undang-Undang Sewaan Kediaman bagi membolehkan penyewa dan pemilik kediaman melindungi wang deposit.

Langkah ini sangat baik dan kena pada masanya kerana undangundang ini bukan sahaja melindungi kedua-dua belah pihak malah dapat mengurangkan dan menyelesaikan masalah berkaitan penyewaan sehingga ke peringkat tribunal dan mahkamah selain mengambil kira trend penyewaan yang semakin berkembang di Malaysia.