KUALA LUMPUR: Golongan muda yang semakin terdesak mencari kediaman mampu milik kini dikesan menjadi sasaran mudah sindiket hartanah di seluruh negara.
Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Datuk Nazri Mustafa, berkata sindiket yang semakin berleluasa menggunakan modus operandi mengutip wang tempahan itu berpunca daripada pelbagai faktor.
Paling utama adalah sikap terburu-buru pembeli yang senang ‘dipancing’ ejen hartanah apabila menawarkan kediaman mampu milik dengan harga tidak munasabah.
Ejen pula akan cuba mengaburi mata pembeli, kononnya kediaman itu dijual pada harga murah kerana pemilik ingin berhijrah ke luar, sekali gus menyebabkan mereka tersepit.
Selain itu, ada yang cuba menjerat orang ramai dengan mengatakan unit kediaman berkenaan mungkin menjadi ‘rezeki’ orang lain jika tidak dibeli secepat mungkin.
Tanpa merujuk kepada pihak lain, pembeli yang dalam keadaan terburu-buru dan menyimpan cita-cita memiliki kediaman akhirnya membayar wang tempahan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Terdahulu, beliau hadir sebagai penceramah di Seminar Pameran Hartanah MyRumah 2017, siri keempat, anjuran The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad yang berlangsung selama tiga hari, di sini, mulai Jumaat lalu.
Nazri yang berpengalaman selama 23 tahun dalam bidang guaman hartanah berkata, sindiket didalangi syarikat pemaju tidak berlesan pula lazimnya mengupah pihak ketiga untuk mengutip wang tempahan bagi meyakinkan pembeli.
Peguam pun ada yang dimanipulasi untuk menjadi ‘orang tengah’ bagi menjalankan kerja mengutip wang tempahan mewakili syarikat pemaju tidak berlesen sehingga mencapai jumlah jutaan ringgit.
Peguam terbabit mungkin bersekongkol dengan pemaju tidak berlesan atau turut menjadi mangsa penipuan sindiket mengutip wang tempahan.
Sehubungan itu, katanya, jalan terbaik adalah pembeli sewajarnya meminta khidmat nasihat daripada pihak ketiga sebelum membuat sebarang bayaran wang tempahan yang akhirnya menjerat diri mereka sendiri.
Beliau berkata, pembeli boleh mengesan syarikat pemaju ‘haram’ dengan menyemak nombor pendaftaran lesen mereka dengan pangkalan maklumat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Kementerian Kewangan akan membincangkan kemungkinan mewujudkan undang-undang sewaan kediaman dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
PUTRAJAYA: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang meletakkan caj pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata ke dalam cukai taksiran bagi mengelak tunggakan bayaran oleh penghuni.
PETALING JAYA: Organisasi media wajar memberi pertimbangan untuk hanya mengiklankan pemaju hartanah yang memperoleh Permit Iklan dan Lesen Pemaju (APDL).
Sungai Petani: Pesara kerajaan dan kakitangan badan berkanun kini layak membeli rumah melalui program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang sebelum ini hanya dikhususkan kepada penjawat awam yang masih dalam perkhidmatan saja.
Cyberjaya: Setia Haruman Sdn Bhd (Setia Haruman) pemaju induk Cyberjaya akan memperuntukkan tanah seluas 121 hektar bagi pelaksanaan lebih banyak projek pembangunan rumah mampu milik dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong menggesa pelabur asing melabur dalam hartanah Malaysia memandangkan nilai harta tanah yang rendah sekarang ini.