Home Blog Page 31

Perkasa mahu kuota Bumi bagi hartanah komersial

0
Naib Presiden Perkasa Datuk Ruhanie Ahmad menggesa kerajaan untuk menubuhkan sebuah badan atau institusi khas untuk membeli rumah dan lot kedai di bawah kuota Bumiputera yang gagal dijual.

Perkasa menggesa kerajaan untuk memperuntukkan kuota untuk Bumiputera dalam hartanah komersial.

Beliau turut berkata statistik Unit Perancang Ekonomi 2012 menunjukkan bahawa Bumiputera hanya dimiliki 4.5 peratus hartanah industri dan 5.4 peratus daripada ruang pejabat, berbanding dengan bukan Bumiputera.

“Kerajaan perlu mengambil serius dan mencadangkan dasar-dasar tindakan dan menyediakan kewangan segera untuk menyelesaikannya,” kata Naib Presiden Perkasa Datuk Ruhanie Ahmad dalam satu kenyataan.

Beliau juga menggesa kerajaan untuk menubuhkan sebuah badan atau institusi khas untuk membeli rumah dan lot kedai di bawah kuota Bumiputera untuk yang gagal dijual.

“Ini akan menghalang daripada dijual kepada bukan Bumiputera seperti yang banyak yang berlaku sekarang,” kata Ruhanie.

Beliau mendakwa pemaju memberi alasan bahawa tidak ada pembeli Bumiputera supaya unit itu boleh dijual kepada bukan Bumiputera pada harga yang lebih tinggi.

Satu kes rasuah Johor baru-baru ini juga telah berlaku dimana status rumah Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera.

Perjanjian Bandar Malaysia Dibatalkan

0

Projek terbesar hartanah di Malaysia, “Bandar Malaysia” nampaknya tertangguh lagi selepas perjanjian dengan konsortium yang berjaya dalam bidaan iaitu konsortium ICSB yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Cooperation (CREC) dibatalkan oleh pemilik iaitu TRX City Sdn Bhd semalam.

Menurut TRX City, sebuah entiti di bawah Kementerian Kewangan, Perjanjian Penjualan Syer yang melibatkan pembangunan tanah seluas 486 ekar itu dibatalkan selepas ICSB gagal membuat pembayaran yang ditetapkan dalam tempoh yang dipersetujui walaupun selepas beberapa lanjutan diberikan.

Berikutan pembatalan ini, Kementerian Kewangan yang memiliki 100% TRX City kini memiliki 100% Bandar Malaysia.  Mungkinkan ini suatu kelebihan dan kebaikan untuk negara amnya dan rakyat Malaysia khususnya selepas isu hangat mengenai penjualan aset negara sebelum ini?

TRX City dalam satu kenyataan akan membuka tawaran minat (expression of interest) dengan seberapa segera untuk melantik Kontraktor Utama dalam memastikan rakyat Malaysia mendapat manfaat dari pembangunan Bandar Malaysia ini kelak.

Dalam pada itu, ICSB mengambil serius perkembangan ini dan akan mendapatkan nasihat perundangan berkaitan pembatalan perjanjian ini.  Difahamkan ICSB telah membayar sejumlah RM150 juta sebagai pembida berjaya pada tahun 2015.  Di bawah perjanjian, ICSB akan memiliki sejumlah 60% daripada Bandar Malaysia dengan nilai sejumlah RM7.41 billion, dimana ia telah menilaikan projek Bandar Malaysia seluas 486 ekar tersebut sebanyak RM12.35 billion.

Bandar Malaysia merupakan projek hartanah terbesar di Malaysia dan dijangkakan bakal membentuk sebahagian dari bandar Kuala Lumpur dan akan menjadi nukleus sistem pengangkutan awam Malaysia yang menyambungkan tren laju KL-Singapura, MRT, KTM Komuter, ERL dan beberapa lebuhraya.

Pembangunan asal Bandar Malaysia pada awalnya di bawah 1MDB, di mana ICSB terpilih sebagai pembida berjaya selepas melalui proses pemilihan yang kompetitif.  Namun demikian, selaras dengan penstrukturan semula 1MDB, tanah berkenaan telah dipulangkan semula kepada Kementerian Kewangan.

Diharapkan dengan pembatalan penjualan Bandar Malaysia kepada konsortium China ini akan dapat memanfaatkan rakyat Malaysia dan Bandar Malaysia kekal menjadi milik Malaysia.

Berita lain berkaitan pembatalan perjanjian penjualan Bandar Malaysia di bawah.

Perjanjian RM7.41b Bandar Malaysia tak jadi kenyataan

Perjanjian usahasama RM7.41 bilion yang bakal menyaksikan sebuah konsortium antara Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang berpangkalan di Johor dan China Railway Engineering Cooperation (CREC) bagi memiiliki kepentingan 60 peratus dalam Bandar Malaysia gagal menjadi kenyataan.

TRX City Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata Perjanjian Jualan Saham yang dimeterai pada 31 Disember 2015 dengan konsortium itu kini telah luput.

“Ini adalah kerana, walaupun lanjutan berulang kali diberikan, IWH-CREC gagal untuk membuat pembayaran.

 

“Hasilnya, perjanjian penjualan saham antara kedua-dua pihak adalah terbatal dan tidak lagi sah berkuatkuasa serta merta,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dijadualkan melawat tapak Bandar Malaysia pada jam 5 petang tadi tetapi secara tiba-tiba dibatalkan.

Sebaliknya, kenyataan TRX City dikeluarkan tidak lama kemudian.

Perjanjian Bandar Malaysia sebelum ini disebut-sebut sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB bagi tujuan mengurangkan hutang firma pelaburan negara itu.
Tanah prima atau utama seluas 486 ekar di Sungai Besi, atau Bandar Malaysia, telah pun dipindahkan dan diletakkan di bawah kementerian kewangan.

TRX City berkata kerajaan kini memutuskan untuk membatalkan rancangan untuk menjual tanah berkenaan.

Baca artikel asal : MalaysiaKini

 

Lambakan hartanah strata punca rumah tak laku

0

PETALING JAYA: Kecenderungan pemaju membina projek perumahan strata mewah adalah antara punca peningkatan mendadak unit kediaman siap yang tidak terjual tahun lalu.

Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Khuzaimah Abdullah, berkata trend terkini menyaksikan rata-rata pemaju gemar membangunkan projek rumah bertingkat mewah sehingga menyebabkan lambakan rumah sedemikian dalam pasaran.

“Projek sedemikian menyaksikan satu blok bangunan mengandungi beberapa ratus unit kediaman, berbanding rumah bertanah yang biasanya tidak banyak unit rumah yang dibina oleh pemaju.

 

“Itulah sebabnya angka terkumpul bagi unit rumah siap yang tidak terjual semakin besar kerana begitu banyak pembinaan rumah strata,” katanya ketika ditemui pada Bengkel Strategi Pemasaran dan Jualan anjuran Institut Pemaju Rumah dan Hartanah Malaysia (Institut REHDA), hari ini.

Berdasarkan Laporan Pasaran Hartanah 2016 JPPH yang dikeluarkan NAPIC baru-baru ini, sebanyak 14,792 unit rumah kediaman siap yang tidak dijual di negara ini tahun lalu yang keseluruhannya berjumlah RM8.56 bilion. Jumlah itu meningkat 43.8 peratus dari segi jumlah dan 70.7 peratus dari segi nilai, berbanding tahun sebelumnya.

Angka itu jauh mengatasi unit hartanah industri siap yang tidak terjual pada tahun lalu yang berjumlah 842 unit bernilai RM1.12 bilion manakala unit kedai siap tidak terjual pula berjumlah 5,069 unit bernilai RM2.83 bilion.

Khuzaimah berkata, peningkatan mendadak unit rumah siap yang tidak dijual pada tahun lalu adalah perkembangan agak membimbangkan dalam pasaran hartanah tempatan.

“Keadaan itu bermakna ada unit rumah sudah disiapkan namun tidak laku dijual. Ia menunjukkan pemaju sudah membelanjakan sejumlah wang yang besar tetapi tiada pembeli dan bilangannya semakin bertambah,” katanya.

Polis Buru Lelaki Tipu Penjualan Rumah

0

Polis memberi amaran kepada orang awam supaya berhati-hati jika didatangi lelaki yang menawarkan penjualan rumah untuk projek baharu dan kemudian diminta membayar deposit kerana anda mungkin tertipu.

Menurut Polis daerah Klang Utara, sehingga kini polis sudah menerima lima aduan membabitkan lima mangsa penipuan lelaki terbabit yang membabitkan wang tunai ratusan ribu ringgit yang dibayar sebagai deposit pembelian hartanah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, berkata mangsa terbabit membuat aduan terhadap lelaki berkenaan yang beralamat di Kampung Jawa. Katanya, polis masih memburu suspek yang berusia 37 tahun itu dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati. Beliau berkata mangsa terdiri daripada pelbagai latar pekerjaan termasuk golongan profesional.

Siasatan awal mendapati modus operandi suspek ialah memperkenalkan diri sebagai kontraktor, broker atau pemilik sesebuah projek. “Suspek menawarkan rumah untuk dijual atau projek baharu yang kononnya akan dijalankannya. “Mangsa yang berminat kemudian diminta menyerahkan wang sebagai deposit pembayaran sama ada secara tunai atau mendepositkannya ke akaun suspek,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Selepas menerima deposit, suspek memberi pelbagai alasan kononnya projek itu belum selesai jika dipersoalkan mangsa. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membabitkan penipuan.

Bakal pembeli perlulah lebih berhati-hati dan boleh mengambil langkah awal sebelum membuat sebarang pembayaran deposit untuk membeli rumah.

Antara langkah yang boleh dilakukan adalah menyemak profil atau latar belakang individu berkenaan. Jika anda membuat bayaran kepada 2 pihak berkenaan, sila lakukan semakan terlebih dahulu:-
1- Ejen Hartanah – Semua ejen hartanah atau perunding hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia. Anda boleh membuat semakan nama atau syarikat berkenaan di laman web LPPEH di www.lppeh.gov.my

2- Pemaju Hartanah – Sekiranya anda membuat bayaran kepada pemaju, anda boleh menyemak status pemaju di laman web Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (www.kpkt.gov.my) atau terus klik di sini untuk pertanyaan terus kepada KPKT berkenaan status pemaju.

Bank perlu lebih tolak ansur beri pinjaman

0

PERSATUAN Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA) mencadangkan bank supaya lebih bertolak ansur memberikan pinjaman kepada pembeli rumah baharu dengan menimbangkan pendapatan isi rumah tambahan yang dijana.

Bekas Presidennya, Datuk Ng Seing Liong, berkata beberapa perniagaan yang dijalankan secara persendirian tidak mempunyai penyata gaji.

“Guru memberikan perkhidmatan tuisyen, namun apa yang mereka peroleh tidak dinyatakan di dalam penyata gaji. Jika guru memberitahu mereka ada memberikan perkhidmatan tuisyen, bank sewajarnya memberi pertimbangan.

“Contoh lain, suami memperoleh RM3,000 sebulan manakala isterinya mengambil upah menjaga dua orang bayi di rumah. Seorang bayi dicaj RM800 dan ini bermakna keluarga berkenaan mempunyai pendapatan isi rumah RM4,600 sebulan.”

Maka, bank wajar mempertimbangkan kes sedemikian. Buat masa ini, bank bergantung kepada penyata gaji bagi menentukan jumlah pinjaman rumah pemohon,” katanya pada ceramah bertajuk ‘Kemampuan dan Kesalinghubungan’ semasa Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX 2017) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seing Liong, yang juga Pengerusi Penganjur MAPEX berkata, bank sepatutnya tidak terlalu mengenakan syarat ketat kepada pemilik berpotensi yang mampu menyediakan sehingga 30 peratus deposit untuk pembelian rumah.

“Jika mereka mampu membayar 30 peratus daripada jumlah keseluruhan, pembeli ini mampu untuk membayar pinjaman rumah,” katanya. Beliau juga menasihatkan pembeli supaya tidak memilih rumah yang memerlukan mereka memandu lebih daripada sejam sehari untuk berulang alik ke tempat kerja. Pembeli juga, katanya, tidak sewajarnya menggunakan pengangkutan awam lebih daripada dua jam sehari untuk ke tempat kerja.

88,000 unit hartanah bumiputera di Johor tidak terjual

0

Kerajaan negeri akan mengusahakan satu kaedah yang sesuai untuk membantu pemaju hartanah menjual unit mereka yang berstatuskan bumiputera di seluruh Johor.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha itu susulan terdapat 88,000 unit hartanah bumiputera tidak terjual sehingga kini di seluruh negeri.

Semua hartanah ini, menurutnya, terdiri daripada rumah banglo, rumah kedai, kilang, pangsapuri servis dan lain-lain.

“Ia tidak terjual kerana harga yang mahal tetapi kita akan cari jalan untuk membantu pemaju,” kata beliau kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Penempatan Semula Kampung Senibong di Johor Bahru, hari ini.

Mohamed Khaled memberitahu demikian sebagai mengulas isu rumah strata bumiputera yang dikatakan kurang mendapat sambutan khususnya di Johor Bahru.

Menurut beliau, dalam dasar perumahan yang ditetapkan, setiap pemaju perlu memperuntukkan sejumlah unit daripada keseluruhan hartanah yang dibangunkan kepada kaum bumiputera.

Contohnya, kalau buat 10 unit rumah berharga RM10 juta, empat peratus daripadanya mesti dijual kepada bumiputera dan kita tahu ia memang sukar tetapi pemaju boleh meminta pelepasan dan di situ, dia kena bayar (denda).

Kita pula ambil duit itu (denda) untuk membina rumah bumiputera di tempat-tempat lain, katanya.

Berhubung isu kematian pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, beliau meminta semua pihak memberikan ruang untuk siasatan dijalankan dan tidak perlu ditokok tambah dengan perkara lain.

Berilah ruang kepada siasatan dibuat, tidak payah hendak ditambah, campur aduk dan sebagainya. Ia tidak akan menyelesaikan masalah sedangkan kita memang perlu memberikan keadilan kepada semua, katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled memberitahu kira-kira 100 penduduk Kampung Senibong akan mendapat seunit rumah teres dua tingkat di sebuah kawasan penempatan baharu, bermula akhir tahun depan.

Katanya, rumah tersebut yang ditawarkan pada harga istimewa iaitu hanya RM25,000 berbanding harga pembinaan RM300,000, adalah sebagai ganti kepada tanah mereka yang diambil pemaju untuk membangunkan beberapa projek perumahan di kawasan terbabit.

Kampung ini sudah berusia lebih 100 tahun dan daripada dahulu penduduknya telah memohon untuk mendapatkan geran hak milik tanah tetapi tanah telah bertukar tangan kepada pemaju.

 

Jadi, kerajaan telah berunding balik kepada pemaju dan mendapat satu penyelesaian iaitu mereka (penduduk) bersetuju berpindah ke kawasan yang dibangunkan semula. Kerajaan mengalakkan penyelesaian sebegitu kerana khuatir penduduk berhadapan dengan pelbagai masalah ekoran pembangunan pesat di sekeliling mereka,” katanya.

Fasa pertama projek berkenaan yang melibatkan lebih 50 unit rumah akan bermula Oktober tahun ini dan siap akhir tahun depan, manakala fasa kedua melibatkan 40 unit lagi dijadualkan siap pada 2019. Kedua-dua fasa dibangunkan oleh Iskandar Waterfront Holdings.

Dalam pada itu, bagi membolehkan sejumlah penduduk meneruskan perniagaan restoran makanan laut mereka yang telah lama diusahakan di kawasan itu, kerajaan negeri akan menyediakan lot-lot perniagaan di penempatan baharu dengan ia dimiliki dan dikelolakan oleh Koperasi Kampung Senibong.

Pada masa sama, sebanyak 2,010 unit rumah pangsa berkeluasan 1,000 kaki persegi turut disediakan kepada generasi kedua kampung berkenaan. –Bernama

Malaysia di tangga ke-27 catat kenaikan harga rumah tertinggi

0

HARGA rumah di seluruh dunia meningkat secara purata enam peratus tahun lalu, berbanding kenaikan 4.1 peratus pada 2015, demikian menurut kaji selidik Indeks Harga Rumah Global.

Indeks itu yang diperoleh hasil kaji selidik perunding hartanah global bebas, Knight Frank, memantau dan membandingkan prestasi pasaran kediaman di 55 negara seluruh dunia, 11 daripadanya adalah negara Asia Pasifik, termasuk Malaysia.

Kenaikan yang dicatatkan tahun lalu itu juga adalah kadar peningkatan tahunan tertinggi sejak suku pertama 2014. Pengarah Eksekutif Penyelidikan dan Perundingan Knight Frank Malaysia, Judy Ong Mei Chen, berkata di Malaysia, harga rumah meningkat 5.3 peratus pada suku keempat 2016, berbanding setahun sebelumnya.

Ini meletakkan Malaysia di tempat ke-27 mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi dalam kalangan 55 negara yang dikaji dalam indeks berkenaan. Beliau berkata, indeks harga rumah di Malaysia terus berkembang, namun kadar pertumbuhannya menjadi perlahan disebabkan pelbagai langkah meredakan pasaran hartanah yang diperkenalkan kerajaan bagi membendung spekulasi.

“Malaysia masih kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik di rantau ini berikutan pasaran hartanah yang stabil dan harga rumah pembeli pertama lebih rendah, yang terus menawarkan pulangan munasabah,” katanya.

Ketua Penyelidik Asia Pasifik Knight Frank Asia Pasifik, Nicholas Holt, berkata New Zealand yang juga pasaran paling mencatatkan kenaikan tertinggi di rantau ini pula menyaksikan pertumbuhan harga sederhana selepas beberapa suku tahunan mencatatkan momentum peningkatan. Bagaimanapun, katanya, dengan pasaran masih berhadapan kekurangan bekalan, pihaknya percaya pertumbuhan keseluruhan di rantau Asia Pasifik akan kekal positif sepanjang tahun.

“Di Asia, pasaran paling menyerlah adalah Singapura, yang mana sedikit pelonggaran mengejutkan ke atas beberapa langkah meredakan pasaran hartanah dijangka membangkitkan minat terhadap pasaran.

 

“Walaupun berada hampir di tempat terakhir carta, ramai pembeli di Singapura masih lagi dibebankan oleh duti setem tambahan pembeli dan beberapa sekatan pinjaman lain,” katanya.

Iceland menduduki tempat teratas ranking buat kali pertama sejak indeks berkenaan dibuat pada tahun 2006. Harga rumah di negara itu meningkat sebanyak 14.7 peratus secara purata tahun lalu. Antara faktornya ialah pengukuhan ekonomi, dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu berkembang 4.9 peratus pada 2016, penurunan kadar faedah dua kali tahun lalu dan peningkatan minat pembeli asing membolehkan harga rumah meningkat mendadak berbanding hanya sembilan peratus pada 2015.

China pula melonjak daripada kedudukan ke-43 dalam kepada ketujuh pada 2016, dengan purata harga rumah meningkat 10.8 peratus, demikian menurut Biro Perangkaan Negara China. Walaupun inflasi harga yang kukuh tahun lalu, arah alirannya jauh daripada seragam dan banyak bandar rayanya yang mengalami kenaikan kini menyaksikan pengenalan sekatan pinjaman baharu.

Indeks Harga Rumah Global diperkenalkan pada 2006 bagi membolehkan pelabur dan pemaju memantau serta membandingkan harga hartanah kediaman seluruh dunia. Indeks itu dikumpulkan setiap suku tahun menggunakan statistik rasmi kerajaan atau data bank pusat, jika ada.

Prestasi keseluruhan indeks diukur dengan KDNK menggunakan asas nisbah kuasa beli (PPP) dan data suku semasa bergantung kepada angka awalan sesebuah negara. Walaupun 10 negara teratas berubah secara radikal tahun lalu, tempat terbawah ranking masih kelihatan sama.

Ukraine, Taiwan, Singapura dan Cyprus terus mencatatkan pertumbuhan harga rumah yang lemah sama ada disebabkan krisis geopolitik, kelemahan ekonomi atau langkah meredakan pasaran yang menjejaskan pertumbuhan.

Ramai Pembeli Bimbang Reputasi pemaju

0
Sama ada pemaju berskala kecil atau yang besar, kualiti pembinaan adalah perkara yang paling penting dalam pembelian rumah.

Tammy Low berkata selain lokasi yang baik dan kemampuan, pemaju yang ternama juga merupakan satu daripada pertimbangan mereka suami-isteri apabila membeli hartana untuk pelaburan.

Beliau berkata abangnya mempunyai satu pengalaman yang tidak menyenangkan di mana pemaju melarikan diri, menyebabkan banyak masalah.

“Anda perlu berhati-hati semasa membeli hartanah kerana bayaran pinjaman dan faedah masih perlu dibayar jika pemaju melarikan diri semasa pertengahan projek,” katanya.

Walau bagaimanapun, pemaju yang bereputasi baik adalah satu kelebihan, manakala ada yang berpendapat pemaju yang kurang dikenali juga boleh menjadi pertaruhan yang baik.

Quin Low, 45, berkata ketika dia terpilih dalam pelaburan hartanah, yang merangkumi penilaian yang mengendalikan projek-projek pemaju, beliau percaya pemaju kecil boleh memberikan projek-projek yang berkualiti yang melebihi piawaian beberapa saham berwajaran tinggi yang lebih mantap.

“Bekerja dalam industri pengiklanan memberi peluang kepada saya untuk melihat beberapa projek pada jarak dekat dan keyakinan untuk melabur dalam pembangunan yang lebih kecil,” kata beliau pada majlis Anugerah StarProperty.my 2017 showcase di The Curve.

“Harga dan lokasi adalah kriteria utama saya apabila membeli rumah. Saya lebih suka pembangunan pegangan bebas di lokasi yang strategik, “kata Muhammad Salmizi Jaafar.

Bagaimanapun, beliau berkata memburu rumah telah mencabar kerana kekurangan lokasi strategik pada harga yang berpatutan.

“Hari ini, walaupun hartanah bersaiz kecil berharga sehingga lebih RM500 sekaki persegi, yang ianya terlalu mahal, terutamanya pada graduan baru berpendapatan di bawah RM4,000,” tambah Salmizi.

 

Satu lagi pengunjung ke pameran itu, pekerja Permodalan Nasional Bhd (PNB) Syahrom Jumali, berkata,

 

“Keupayaan kewangan adalah cabaran apabila membeli harta, kerana ramai pekerja mendapat hanya cukup untuk menampung perbelanjaan mereka pada setiap bulan.”

Beliau berkata, kebanyakan orang tidak mampu untuk wang pendahuluan yang besar dan mereka perlu bekerja keras untuk membeli hartanah, manakala pemberi pinjaman harus melonggarkan syarat.

Alex Tee, berusia, 29, berkata kerana ia adalah sukar untuk graduan untuk membeli harta,

Pembeli muda perlu bergantung kepada bantuan ibu bapa mereka membayar wang pendahuluan.

 

5 Isu Penting Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Lelong

0

Pada masa ini lelongan hartanah menjadi semakin hangat berikutan bilangan hartanah yang dilelong semakin meningkat.

Ramai juga semakin berminat untuk membeli hartanah lelong kerana sesetengahnya dilelong pada harga lebih rendah dari nilai pasaran.

Tetapi sebelum anda membuat keputusan untuk membeli hartanah lelong, berikut adalah beberapa isu utama berkaitan hartanah lelong yang perlu anda ketahui:-

No.1 Tunggakan Bil & Cukai

Kebiasaannya bank yang melelong akan membayar tunggakan bil yuran pengurusan, cukai-cukai dan lain-lain tunggakan terhadap rumah lelong. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian kadangkala terdapat bank atau sesetengah lelongan di mana sebahagian tunggakan perlu dibayar oleh pembeli.  Sekiranya anda perlu membayar sebahagian dari tunggakan bil, sila semak terlebih dahulu tunggakan semasa di pejabat berkaitan. Baca Syarat-syarat Jualan Lelong untuk mendapatkan kepastian.

Contoh tunggakan bil penyelenggaraan yang melampau tinggi.

No.2 Harga Rezab dan Nilai Pasaran

Adalah sangat penting untuk bakal pembida/penawar mengetahui adakah Harga Rezab menyamai Nilai Pasaran atau lebih rendah.  Untuk lelongan pertama, biasanya Harga Rezab ditetapkan pada Nilai Pasaran dan harganya akan berkurangan sebanyak 10% bagi setiap lelongan berikutnya.  Namun ini TIDAK SEMESTINYA berlaku terutamanya untuk lelongan Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.  Ada kemungkinan harga rezab yang ditetapkan kembali kepada nilai pasaran walaupun ianya bukan lelongan pertama.  Jika anda membuat andaian sebaliknya (harga rezab lebih rendah dari nilai pasaran), maka anda berisiko membeli lebih tinggi dari nilai pasaran jika membida lebih tinggi dari nilai pasaran.  Pinjaman yang akan diberikan nanti akan berdasarkan Nilai Pasaran dan bukannya harga akhir yang anda beli di dalam Kontrak Jualan.

No.3 Deposit Hangus

Untuk pembelian lelongan, deposit yang telah anda bayar (biasanya 10%) akan ‘hangus’ sekiranya anda membatalkan pembelian atau gagal menyempurnakan pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan (90 hari / 120 hari) di dalam Syarat Jualan.  Oleh itu, untuk pembelian lelong, faktor masa adalah sangat kritikal melainkan terdapat faktor di luar kawalan yang membolehkan bank memberi kebenaran lanjutan masa seperti perlu mendapatkan kebenaran Pihak Berkusa Negeri untuk masalah tertentu dan sebagainya.   Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat untuk mematuhi tempoh berkenaan, sila buat rayuan kepada bank untuk tempoh lanjutan. Lanjutan tertakluk kepada budi bicara dan faktor kelewatan.

No.4 Pastikan Pinjaman Tiada Masalah

Jika anda bercadang untuk mendapatkan pinjaman untuk pembelian, pastikan anda telah menyemak kelayakan mendapatkan pinjaman sebelum memasuki lelongan.  Ini kerana jika anda gagal untuk mendapatkan pinjaman maka deposit yang telah dibayar akan ‘hangus’ dan tidak dikembalikan.

No.5 Adakah sesiapa mendiami rumah tersebut

Perkara ini perlu diketahui kerana ia boleh menjadi masalah lebih rumit selepas pembelian.  Sila lawat periksa rumah sebelum membida.  Jika terdapat tanda-tanda rumah didiami seseorang, cuba untuk bertanya dan pastikan sama ada mereka adalah pemilik atau penyewa.  Tanya juga sama ada mereka mengetahui rumah berkenaan akan dilelong dan sama ada mereka bersedia untuk keluar atau sebaliknya jika telah dilelong.  Ada sesetengah pemilik yang mungkin tidak memberikan kerjasama atau kelihatan agresif.  Jika demikian, cuba elakkan untuk membida hartanah sebegini kerana ia mungkin mengambil masa yang panjang dan tambahan kos untuk mendapatkan perintah mahkamah melainkan tidak menjadi masalah kepada anda.

Pembelian hartanah lelong memang biasanya sinonim dengan pelbagai masalah, namun jika anda mengetahui masalah-masalah yang mungkin terlibat dan mengetahui penyelesaiannya maka tiada masalah untuk meneruskan pembelian.

5 perkara di atas merupakan antara isu utama yang biasa menjadi permasalahan kepada pembeli.  Antara perkara lain yang perlu juga anda ketahui ialah sama ada pemaju masih wujud atau bankrap dan sama ada hartanah berkenaan adalah bumiputera atau rezab melayu jika penawar/pembida bukan bumi/melayu.

Selamat Membida!

Panduan Dan Tips Ringkas Beli Rumah Lelong

0

 

✅ Dapatkan salinan Pengistiharan Jualan/POS (Proclamation of Sale) dan Syarat Jualan/COS (Condition of Sale) dari pelelong/ejen hartanah berdaftar

✅ Semak maklumat hartanah yang akan dilelong di dalam POS. Antara maklumat penting ialah alamat hartanah, no. Hakmilik, tarikh jualan, tempat jualan, harga rezab dll

✅ Baca kandungan COS.. dapatkan kepastian siapa yang membayat tunggakan seperti yuran pengurusan, cukai pintu, cukai tanah dan sebagainya. Tidak semua bank membayar bagi pihak pembeli. Oleh itu dapatkan kepastian sebelum membeli

✅ Lawat periksa hartanah tersebut sebelum lelongan. Jangan terkejut jika anda melìhat rumah yg rosak teruk, didiami seseorang dan sebagainya. Itulah tujuan anda membuat lawatperiksa supaya anda mendapatkan maklumat dan gambaran tepat tentang hartanah dan membuat keputusan yg betul

✅ Jika anda berpuashati dengan hartanah berkenaan, sediakan bank draf utk pembayaran deposit sebanyak 10% daripada Harga Rezab

✅ Datang awal pada hari lelongan untuk pendaftaran. Pastikan anda datang di tempat yang betul. Biasanya tempat lelongan adalah di Mahkamah Tinggi, Pejabat Tanah atau dipejabat pelelong. Lihat maklumat di dalam POS.

✅ Sediakan wang tambahan utk bayaran baki deposit jika anda bercadang untuk membida lebih tinggi dari harga rezab

✅ Anda akan diberi pedal/no. bidaan yang digunakan untuk membuat bidaan semasa lelongan.

✅ Jangan bercakap dengan orang yg tak dikenali berkenaan lelongan dsb. Akan wujud geng2 sindiket yg kadangkala cuba mempengaruhi anda atau cuba membuat anda tidak meneruskan bidaan.

✅ Sekiranya anda memenangi bidaan, anda dikehendaki tandatangan Kontrak Jualan

✅ Mohon pinjaman secepat mungkin jika anda bercadang demikian kerana anda diberi tempoh hanya 90 hari ( lelongan LACA – tanpa geran individu) atau 120 hari unttk hartanah dengan hakmilik individu.

✅Lantik peguam untuk menguruskan pindahmilik dan pinjaman anda. Dapatkan penyata tunggakan bayaran cukai tanah, cukai pintu, pengurusan dan lain-lain utk diserahkan kepada bank jika bank membuat pembayaran berdasarkan COS.