Home Blog Page 64

Penyewa Flat DBKL Hutang Lebih RM57juta

1

Tentunya seronok kalau boleh tinggal di rumah percuma tanpa perlu membayar sewa bukan? Tetapi jika sewa tersebut hakikatnya dibayar oleh orang lain atau pembayar cukai tentunya sesuatu perlu dilakukan jika penyewa-penyewa tegar ini berterusan tidak mahu membayar sewa dan bil air yang kini melebihi RM57 juta.

Inilah yang dihadapi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada masa ini.  Jumlah tersebut juga sebenarnya tidak termasuk sejumlah RM25 juta lagi yang telah dilupuskan selepas penyewa-penyewanya melarikan diri tanpa membayar tunggakan sewa dan bil air.

Sumber: StarMetro

Menurut laporan Star Metro, hutang tertinggi yang tertunggak adalah sebanyak RM35,581 oleh seorang penyewa di PPR Kg Limau yang mana tertunggak sejak tahun 1980an lagi sementara satu lagi tunggakan sebanyak RM36,171 di PPR Desa Tun Razak.

Sebanyak 2,000 penyewa di perumahan kos rendah Desa Rejang pula  mempunyai tunggakan hutang sewa dan air tertinggi iaitu sebanyak RM4.5juta.

Menurut Datuk Bandar KL, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, 70% dari penyewa tersebut adalah mereka yang tegar dalam membayar sewa walaupun sebenarnya mereka mampu berbuat demikian.  Sejumlah 52,851 rumah kos rendah disewakan dan 36,995 penyewa mempunyai tunggakan sewa.  Menurut beliau lagi, kebanyakan dari penyewa ini adalah terdahulunya dari perumahan setinggan dan mendapat keutamaan untuk memperolehi rumah sewa ini pada kadar serendah RM90-RM124 sebulan.  Oleh itu tidak hairan jika golongan yang majoritinya mahukan segalanya percuma ini tidak mahu membayar sewa tersebut dan akhirnya kerajaan (dibaca sebagai pembayar cukai) terpaksa membayar tunggakan berjuta-juta ringgit ini sedangkan lebih baik jika ianya dapat digunakan untuk tujuan yang lebih baik seperti membina sekolah, jalan raya dan sebagainya.

Secara umumnya saya serta ramai diluar sana boleh memahami jika golongan yang tidak membayar ini benar-benar dari kalangan mereka yang tidak mampu serta berada dibawah paras kemiskinan tegar – seperti ibu tunggal, OKU dan sebagainya.  Tetapi hakikatnya hasil dari tinjauan mendapati majoriti mereka adalah mereka yang sangan mampu untuk membayar sewa tersebut – kerana didapati kereta-kereta yang boleh dikatakan mahal dimiliki oleh penghuni tersebut termasuklah seperti Honda Civic dan Mercedes Benz.  Selain itu penghuni ini juga dikatakan mampu untuk melanggan TV satelit dan juga beberapa penyaman udara dirumah mereka disamping melakukan ‘renovation’ ke atas rumah mereka.

Kereta Mewah Sewa Tak Bayar. Sumber: StarMetro

Temuramah yang dilakukan oleh Star Metro juga menemui seorang penyewa yang tanpa risau dan segan silu menyatakan beliau berhutang RM7,000 dan DBKL tak akan menghalau mereka keluar dari rumah tersebut.   Seorang lagi penyewa yang menerima tawaran untuk membeli rumah yang didiami beliau dari DBKL menyatakan “DBKL menawarkan satu unit kepada saya dengan syarat saya membayar semua tunggakan sewa.  Mengapa saya perlu bayar?.  Sedangkan ianya percuma sekian lama dan mengapa saya perlu beli dan bayarnya sekarang?” – huhhhh…. teruknya mentaliti!

Sekiranya mentaliti seperti ini tidak diatasi dengan segera maka saya lihat Skim perumahan yang berniat murni ini akan hanya memudaratkan lagi dan merugikan negara.  Berjuta-juta ringgit duit pembayar cukai akan terpaksa digunakan untuk membayar tunggakan-tunggakan ini.  Menurut DBKL, hasil dari sewaan pada tahun lepas adalah RM78.6 juta tetapi kos penyelenggaraan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM158.5 juta – ianya memerlukan DBKL kos yang lebih untuk penyelenggaraan unit-unit kos rendah ini kerana sewa seunit hanya RM124 tetapi kos penyelenggaraan adalah RM250.

"Sewa Jangan Bayar Tapi Astro, Air-cond mesti ada." Sumber: StarMetro

Semoga DBKL dapat melaksanakan sesuatu dalam menangani masalah ini dan mereka yang terlibat terutamanya yang sememangnya mampu untuk membayar sewa supaya melaksanakan tanggungjawab mereka dan sepatutnya rasa bersyukur dapat menyewa rumah serendah RM124 sebulan di masa orang lain yang terpaksa membanting tulang untuk membayar sewa RM350-RM600 sebulan untuk rumah yang sama.

Lelongan Hartanah Selangor dan Port Dickson

0

Lelongan Hartanah di KL & Selangor
Lelongan akan datang untuk hartanah di Selangor & KL akan diadakan pada 30 Jun 2011 (Khamis, 2.30pm). Sebanyak 17 hartanah akan dilelong dengan kebanyakannya adalah flat di Rawang dengan Harga Rezab serendah RM6,171.  Sila klik ikon berikut untuk senarai penuh hartanah yang akan dilelong.

Klik Untuk Download

Klik untuk senarai hartanah lelong (Selangor)

 

 

Lelongan hartanah di Port Dickson, Negeri Sembilan
Terdapat 18 hartanah yang akan dilelong di Port Dickson (apartment & condominium) yang mungkin sesuai untuk dijadikan ‘resort home’ peribadi anda pada harga rezab serendah RM19,800.  Antara apartment yang akan dilelong adalah terletak di Cocobay, Kemang Indah Resorts, Ocean View, Laguna Resorts, Bay View, Straits Villa dll.  Gambar-gambar resort berkenaan boleh dilihat dalam posting terdahulu DI SINI. Lelongan akan diadakan pada 22 Julai 2011 pada jam 10.30am di Hotel Seri Malaysia, Seremban .  Lihat senarai penuh di bawah untuk maklumat lanjut.

Klik Untuk Download



Klik untuk senarai hartanah lelong (Port Dickson)

Sekiranya anda berminat untuk membida mana-mana unit tersebut, sila hubungi Tipshartanah.

Kadar Pinjaman Asas (BLR) kini 6.60%

3

Bagi mereka yang masih tidak mengetahui, kadar pinjaman asas (BLR) oleh kebanyakan bank kini telahpun dinaikkan secara efektifnya kepada 6.60% bermula pada 16 Mei 2011 yang lepas.

Bagi anda yang mempunyai pinjaman berdasarkan BLR, seperti BLR-2.0%, BLR+0% dan sebagainya, bank biasanya akan memaklumkan kepada anda jumlah pembayaran baru yang perlu anda lakukan.   Bagi anda yang mengambil pinjaman kadar tetap (seperti saya), anda hanya terus membuat pembayaran bulanan seperti biasa kerana kenaikan ini tidak memberikan sebarang kesan kepada pembayaran bulanan anda.

Sekian.

Kadar Dasar Semalam Naik 3%

0

Setelah ditangguhkan sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) akhirnya menaikkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas atau 3% dalam mesyuarat terbaru dalam usaha untuk mengawal inflasi.  Seperti yang dijangkakan sebelum ini, kemungkinan akan terdapat lagi peningkatan OPR menjelang akhir tahun ini dalam mengawal kenaikan ringgit dan pertumbuhan ekonomi.

Bagi mereka yang merancang untuk membeli hartanah, kenaikan ini sudah pastinya akan menyebabkan bajet pembayaran bulanan anda meningkat dan mungkin menyebabkan anda perlu membuat sedikit pengiraan semula berdasarkan bajet anda.  Walau apapun, jika anda merancang untuk membeli rumah untuk kediaman sendiri, saya fikir anda tidaklah perlu untuk menangguhkannya jika anda sudah menemui rumah idaman anda.  Apa yang perlu dilakukan adalah lakukan semakan dengan beberapa bank untuk mendapatkan pakej pinjaman terbaik yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Sebagai contoh, anda mungkin mahukan pakej pinjaman yang memberikan bayaran beberapa tahun pertama (seperti 3-5 tahun) terendah supaya anda boleh mengawal bajet anda semasa tempoh awal anda membuat pembelian rumah anda yang mana pastinya akan memberikan impak kepada perbelanjaan dan ekonomi anda.

Walau apapun, lakukan semakan sebelum membuat sebarang pembelian supaya anda tidak membayar lebih untuk hartanah anda dan mendapat pakej pembiayaan yang paling sesuai untuk anda…

Untuk berita penuh, sila baca di bawah.

KUALA LUMPUR 6 MEI : Bank Negara menaikkan 25 mata asas dalam kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3 peratus dengan harapan tindakan itu mampu memastikan kadar inflasi terkawal serta memperlahankan kenaikan ringgit.

Agensi Berita Antarabangsa, Reuters meramalkan, tindakan itu juga dikatakan bakal menyaksikan kenaikkan kadar yang lain.

Bank Negara yang bermesyuarat enam kali setahun bagi menentukan kadar itu berkata penanda aras OPR dinaikkan 3 peratus daripada 2.75 peratus, naik 25 mata asas manakala paras keperluan rizab berkanun (SRR) akan dinaikkan kepada 3 peratus daripada 2 peratus, naik 100 mata asas berkuat kuasa 16 Mei.

Ketua Ahli Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Anthony Dass berkata bankpusat mengambil langkah menaikkan OPR memandangkan ia tidak mahu ketinggalan setelah kadar faedah bank pusat serantau meningkat.

“Yang mengejutkan ialah kenaikan dalam OPR. Kami melihat tindakan itu sebagai langkah BNM untuk tidak mahu ketinggalan di belakang.

“Kebanyakan negara telah menaikkan kadar faedah dan Malaysia masih di belakang. Jika kita kekal di paras lama dan hanya menaikkan kemudiannya apabila inflasi berterusan meningkat, ia akan menghasilkan kadar dinaikkan pada kadar yang lebih tinggi,” kata beliau.

Bank pusat telah menaikkan OPR tiga kali tahun ini daripada dua peratus dan secara beransur-ansur mengurangkan SRR sejak Disember 2008 daripada empat peratus kepada satu peratus pada Mac 2009.

Data terkini oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan indeks harga pengguna (IHP) bagi Mac meningkat sebanyak tiga peratus kepada 102.4 berbanding setahun dulu.

Sementara itu, ketua penyelidikan runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata kenaikan dalam SRR adalah dalam jangkaan pasaran.

“Kenaikan dalam OPR mencerminkan bahawa BNM memberi lebih wajaran kepada inflasi berbanding pertumbuhan ekonomi dan mereka mahu mengimbangi kenaikan ringgit pada kadar perlahan,” katanya.

Mengenai institusi kewangan, Nazri berkata bank-bank akan membuat penyelarasan seiring dengan kenakan kadar, bagaimanapun disebabkan oleh persaingan pasaran, pelarasan akan perlahan.

“Bank- bank akan mengikutinya tetapi kemungkinan mereka tidak akan menyaurkan jumlah sepenuhnya kepada pelanggan mereka sekali gus,” katanya.

[Ulasan] Harga Hartanah Akan Meningkat 10 Hingga 20 Peratus…

0

Saya nak buat ulasan dan pendapat sendiri terhadap berita/artikel yang disiarkan beberapa hari yang lepas selepas mendapat beberapa pertanyaan dari mereka yang ingin mengetahui pendapat saya mengenainya.

Buat pertama kali juga transaksi hartanah mencecah RM100 Billion yang merupakan rekod untuk pasaran hartanah Malaysia.  Adakah ini merupakan petanda baik atau sebenarnya berlaku perkara yang tidak diingini oleh majoriti rakyat yang puratanya berpendapatan di bawah RM5,000 dan sebahagian mereka masih tidak memiliki rumah akibat harga yang mahal?

Adakah kita perlu menarik pembeli asing untuk membeli hartanah di negara ini yang seterusnya melonjakkan harga hartanah akibat kegiatan spekulasi yang mana juga dilakukan oleh ramai pembeli tempatan juga pada masa ini.

Ingin saya tekankan bahawa ini bukanlah pendapat rasmi berdasarkan sebarang kajian atau analisis tetapi hanya pendapat peribadai berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri dan tidak seharusnya menjadi panduan semata-mata oleh sesiapa.  Untuk ulasan saya mengenai apa yang dinyatakan, sila baca di bawah.

Harga Hartanah Akan Meningkat 10 Hingga 20 Peratus Pada 2011

Harga hartanah dijangka meningkat pada purata 10 hingga 20 peratus tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata peningkatan itu akan dipacu oleh permintaan daripada belian asing dan juga unjuran ekonomi negara yang lebih cergas dalam menarik lebih banyak pelaburan.

[TH]  Pendapat saya ini adalah unjuran rasional (10%) terutamanya untuk hartanah kediaman biasa (bukan high end).  Tetapi berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Datuk Timbalan Menteri, peningkatan akibat permintaan yang dipacu oleh belian asing merupakan suatu perkara yang perlu dipantau secara serius oleh kerajaan kerana faktor ini akan menyebabkan peningkatan harga yang sangat signifikan dan bukan hanya peningkatan 10%-20% malah boleh menjadi lebih dari itu seperti yang berlaku pada tahun 2010.  Saya yakin rakyat (terutamanya golongan pertengahan) tidak mahu hanya menjadi pemerhati kepada harga hartanah (kediaman) yang semakin meningkat tanpa kawalan dan jawapan bahawa ianya berdasarkan pemintaan pasaran semata-mata tidak boleh diterima di mana ianya sebenarnya dipacu oleh permintaan pembeli spekulasi yang melonjakkan harga kepada paras rekod tertinggi setakat ini.

“Saya menjangkakan hartanah sederhana dan mewah mungkin meningkat lebih tinggi memandangkan hartanah mewah masih dianggap murah oleh rakyat asing berbanding harga hartanah di negara-negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Pasaran Hartanah 2010 di sini.

[TH]  Itu sudah tentu…  dan dengan senario yang berlaku ini, majoriti rakyat akan terus melihat lebih banyak pemaju-pemaju tamak terus membina projek-projek baru untuk golongan ini dengan harga melebihi RM500K untuk rumah teres, RM1juta untuk Semi-D dan berjuta-juta untuk banglo.

Laporan itu diteritkan oleh Jabatan Perkhidmatan Hartanah dan Penilaian Kementrian Kewangan.

Lim berkata negara ini menarik lebih ramai rakyat asing menerusi program transformasi kerajaan serta unjuran bahawa lebih banyak syarikat asing akan disenarai di Bursa Malaysia.

“Kami berjaya menarik nilai pelaburan yang adil tahun lepas dengan pelaburan langsung asing meningkat empat kali ganda berbanding angka yang dicatatkan pada 2009.

“Kami berharap rakyat asing ini akan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan kedua atau ibu pejabat dan melihat Asean sebagai pasaran yang berpotensi,” katanya.

[TH]  Teruslah tarik lebih ramai rakyat asing!.. Memang tidak dinafikan pelaburan asing adalah penting tetapi jangan sampai hak rakyat yang utama diletak tepi.   Harap kerajaan dapat menghadkan pembelian rumah untuk warga asing kepada RM1juta ke atas sahaja (atau memerlukan kelulusan jika kurang – untuk kawasan tertentu).  Dalam masa yang sama, perlunya ada kawalan yang lebih ketat terhadap projek perumahan – komposisi rumah dan harga kerana pada masa sekarang seolah-olah pemaju sesuka hati meletakkan harga yang akhirnya pihak pembiaya juga dengan rela hati memberikan pinjaman berdasarkan harga tersebut disebabkan tiada kawalan (penilaian harga) yang betul-betul ketat dan telus untuk hartanah baru – biasanya bank akan mengambil harga jualan hartanah baru sebagai nilai pasaran walaupun kadangkala harga tak masuk akal.

Beliau berkata walaupun harga hartanah akan meningkat, kerajaan akan memastikan gelombang hartanah tidak berlaku.

“Kami memandangkan berat disebabkan hampir 26 peratus daripada pinjaman bank diberikan untuk tujuan perumahan iaitu sebanyak RM240 bilion.

“Usaha sedang dilakukan untuk menyediakan 70 peratus nilai pinjaman untuk pembeli hartanah ketiga serta inisiatif untuk menyediakan pinjaman 100 peratus untuk pembeli rumah kali pertama,” katanya.

Beliau berkata tumpuan utama kerajaan ialah memastikan golongan muda Malaysia disediakan dengan peluang untuk memberli hartanah mengikut kemampuan mereka.

[TH]  Tahniah atas usaha yang dijalankan… tetapi tak nampak betul2 serius untuk mengawal spekulasi.  Seharusnya pembelian ketiga hanya pada margin 50%.  Lihat negara lain seperti Singapura dan China… Skim Rumah Pertamaku (SRP) juga memang dipuji… cuma buat masa ni perlaksanaan amat lemah.. ramai pembeli yang tanya pihak bank pun masih ‘blur’ dan masih memerlukan sedikit imrpovement pada syarat yang ditetapkan.

Menurut laporan itu, pasaran hartanah tempatan merekodkan 376,583 transaksi bernilai RM107.44 bilion, dengan jumlah dan nilai pertumbuhan transaksi masing-masing pada 11.4 peratus dan 32.6 peratus berbanding 2009.

– BERNAMA

Agihan AHB diumumkan – RM2.17

1

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) telahpun mengumumkan agihan pendapatan untuk tempoh 4 bulan yang berakhir 31 Mac 2011.  Sebelum ini pelbagai spekulasi dan perbincangan yang berlegar-legar.  Bermula dari anggaran pulangan yang diunjurkan disekitar 6% sehinggalah kepada 9% berbanding REIT dan juga serendah 2%-3% sebagai perbandingan dengan pelaburan am 12 bulan dalam Maybank Islamic Account-i.

Agihan yang diumumkan sebanyak RM2.17 ini boleh dikira sederhana memandangkan tempoh 4 bulan perkiraan dan jika diunjurkan kepada 6 bulan dan setahun, saya fikir pulangan disekitar 5-6% bolehlah dijangkakan oleh pelabur – tidak semenarik ASB kan?.. tapi bagi saya ini hanyalah alternatif kepada mereka yang sudah penuh akaun ASB dan mungkin lebih berbentuk jangka panjang.

Selain itu, memandangkan unit-unit AHB ini telah habis dijual pada masa ini, PHB merancang untuk menawarkan 500 juta unit lagi menjelang akhir tahun ini.  Bagi anda yang tidak sempat mendapatkannya sebelum ini, bolehlah bersiap sedia untuk mendapatkannya nanti.

Ikuti berita lanjut di bawah.

PHB Umum Agihan Pendapatan 2.17 Sen

KUALA LUMPUR, 14 April – Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), unit Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, mengumumkan agihan pendapatan pertamanya sebanyak 2.17 sen seunit bagi Amanah Hartanah Bumiputera Unit Trust Fund (AHB) bagi tempoh kira-kira empat bulan yang berakhir pada 31 Mac, 2011.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mayban Investment Management Sdn Bhd (MIM), Nor’ Azamin Salleh berkata agihan pendapatan itu melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM19 juta.

“Agihan pendapatan yang dikecualikan cukai akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit Isnin depan,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Tahun kewangan AHB berakhir pada 30 Sept. Agihan pendapatannya, jika ada, akan dibuat atas dasar enam bulan bagi tempoh yang berakhir pada 31 Mac dan 30 Sept setiap tahun.

Sementara itu, Pengarah Urusan/CEO PHB Datuk Kamalul Arifin Othman berkata daripada 60,000 pemegang unit AHB, hampir 40,000 merupakan pelabur kecil yang melabur antara RM500 dan RM1,000.

“Ini menunjukkan dana ini diterima baik oleh kumpulan Bumiputera pendapatan rendah hingga sederhana yang seiring dengan objektif PHB untuk mencapai rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata PHB merancang untuk menawarkan 500 juta lagi unit AHB menjelang akhir tahun dengan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Kamalul berkata PHB berhasrat membeli lebih banyak aset siap dan yang mendatangkan hasil, menambah simpanan tanahnya dan meneroka kepada lebih banyak projek pembangunan hartanah.

Pada masa ini PHB mempunyai 60 hektar tanah di Lembah Klang dan Pulau Pinang dengan nilai pembangunan kasar dijangka bernilai lebih RM2 bilion, katanya.

Beliau berkata pasaran hartanah akan sentiasa dalam aliran menaik dan akan kekal positif dalam negara.

AHB, dana unit amanah hartanah yang mematuhi syariah berharga tetap, dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Nov tahun lepas.

Ia bertujuan membolehkan pelabur Bumiputera mengambil bahagian dalam pemilikan benefisial hartanah dengan pelaburan permulaan minimum RM500.

Ia diuruskan oleh MIM dan pemegang amanah ialah AmanahRaya Trustees Bhd.

— BERNAMA

Jangan Beli Tanah TOL!

0

Tiiba-tiba rasa nak tulis satu artikel pasal tanah ‘TOL’ atau dalam englishnya dipanggil ‘Temporary Occupancy License’.. dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai Tanah “Lesen Pendudukan Sementara” (TPS) atau juga dikenali sebagai “Lesen Menduduki Sementara” (LMS) – saje saya letak dua2 term supaya senang nak search lebih banyak info pasal tanah ni.

Sebenarnya sembang2 pasal tanah TOL ni dengan seorang sahabat…  katanya ada orang urusniagakan tanah TOL dan ada jugak lawyer yang turut membuat perjanjian untuk jual beli tanah TOL tersebut…   sebelum ni pun saya ada dengar kes-kes orang nak jual tanah TOL ni.. ada yang sampai bapak dia punya tanah TOL pun dia nak jualkan..

Jadi apa sebenarnya isu tanah TOL ni?  isu yg nak saya kongsikan di sini adalah tiada sebenarnya istilah “Tanah TOL” yang ada hanyalah TOL ataupun “Lesen Pendudukan Sementara” atas tanah tersebut… untuk lebih mudah difahami.. orang yang ada lesen TOL ni TIADA HAK pun untuk menjual, memajak, menyewa dan memindahmilik termasuklah mewasiatkan ke atas tanah tersebut kepada orang lain… lesen tersebut hanya sah untuk mereka yang diberi hak sementara sahaja.. Hak SEMENTARA di sini yang bermaksud tamat pada 31 Disember tahun kalendar berkenaan..

Oleh itu… kalau dah namanya LESEN… tanah tersebut dengan jelasnya bukanlah milik mereka yang memiliki lesen TOL tersebut.. dan TIADA JAMINAN tanah tersebut juga akan diberikan kepada pemegang TOL walaupun mereka telah lama menduduki tanah tersebut.  Yang menjadi masalah dan isu sekarang ni ada sesetengah pemegang TOL ini ingin menjual kononnya “tanah mereka” kepada orang lain dengan ‘membuat cerita’ atau andaian bahawa geran hakmilik akan dikeluarkan ke atas tanah tersebut dan ingin menjualnya pada harga yang rendah.. tapi sebenarnya tak rendah pun.. ada yang menawarkan harga puluhan atau ratusan ribu ringgit.

Satu sahaja nasihat saya… jangan mudah tertipu dengan penjualan Tanah TOL a.k.a Tanah yang hanya ada ‘Lesen Pendudukan Sementara’ kerana pemilik sebenar masih lagi kerajaan negeri sebagaimana termaktub di dalam Kanun Tanah Negara… dan bukannya pemegang lesen berkenaan.

Semoga sedikit coretan ini membantu.  Sekian.

PD Condo Resorts.. dilelong serendah RM21,400

1

[Update] Lelongan ini akan diadakan pada 29 April 2011, 3pm.

Anda pernah ke Port Dickson? Menarik kan pantai di sana… mungkin anda juga perasan terdapat banyak kondominium dan apartment di sana yang disewakan kepada pelancong serendah beberapa puluh RM sehinggalah beberapa ratus RM semalam..

Jika anda terfikir untuk memiliki satu unit apartment di sana.. saya nak maklumkan kepada anda mungkin ini satu peluang kepada anda untuk memiliki apartment atau kondominium di Port Dickson pada harga yang tersangat rendah… serendah RM21,400 seunit!

Oklah.. terus terang.. unit-unit apartment dan kondominium yang akan dilelong ini tidaklah sebagus Bayu Beach, Tanjung Tuan ataupun Tiara Beach.. tapi anda tidak perlu membayar ratusan ribu untuk memiliki apartment ini berbanding yang saya sebutkan tadi.. dan ianya sangat sesuai jika anda merancang untuk membelinya untuk kegunaan sendiri atau juga untuk pelaburan.  Berikut adalah antara apartment dan condo yang akan dilelong pada bulan April nanti..

1. Cocobay Resorts

Cocobay Resorts, PD

Cocobay adalah antara resorts yang kini kembali mendapat sambutan setelah pihak pengurusan mula membaik pulih kawasan umum, kemudahan seperti kolam renang dll (klik di sini untuk lihat kemudahan yang terdapat di sini) serta semakin banyak pemilik-pemilik baru yang membuat renovation kepada unit-unit mereka.  Ini merupakan antara apartment yang terbaik yang anda boleh beli pada harga rezab serendah RM45,300 untuk saiz apartment sebesar 905 kaki persegi.

2. Kemang Indah Resorts
Kemang Indah Condo Kemang Indah Condo Kemang Indah Condo, PD - Pool
Kemang Indah adalah resorts yang boleh saya katakan terbaik yang akan dilelong nanti.  Pada masa ini hanya tinggal 4 unit sahaja di Kemang Indah dan hanya 1 unit sahaja yang bakal dilelong dalam lelongan akan datang pada harga rezab RM30,000 untuk saiz 750 kaki persegi.  Untuk pengetahuan anda, bagi unit apartment 2 bilik yang dilengkapi dengan perabut, anda boleh menyewakannya sehingga RM250 semalam dan pada harga serendah RM30,000 – ianya merupakan suatu pelaburan yang sangat-sangat berbaloi… Unit yang akan dilelong nanti adalah terletak di tingkat 3, Block C3.

3. Laguna Condo Resort
Laguna Resorts, PD

1 unit terjual pada lelongan terakhir dan ini menunjukkan Laguna Condo Resorts mempunyai tarikannya tersendiri.  Dalam lelongan akan datang, 2 unit lagi akan dilelong pada harga rezab serendah RM21,400 (610 k.p) dan RM32,400 (924 k.p).  Untuk melihat lebih banyak gambar dan mengetahui potensi bakal pelaburan anda ini, anda boleh melihat lebih lanjut di website >Laguna Condo Resort<.  Sememangnya pelaburan yang berbaloi pada harga serendah ini!

4. Ocean View Resort
Ocean View Resorts, PD
Tidak banyak gambar dalam dan maklumat yang saya miliki untuk Ocean View Resort.  Tetapi berdasarkan carian internet saya dapati sewaan semalam untuk unit fully furnished bersaiz 1,050 k.p mencapai harga sehingga RM200 semalam.  Ini juga bagi saya merupakan satu pulangan yang menarik untuk sebuah resort home yang boleh anda miliki dengan harga rezab serendah RM21,900 untuk unit bersaiz 623 k.p.  Untuk lelongan akan datang hanya 1 unit sahaja yang akan dilelong dan jika mendapat sambutan, kemungkinan besar kami akan melelong lebih lagi unit – sudah tentu pada harga yang lebih tinggi lagi.

//

Lain-lain apartment dan kondominium yang bakal dilelong adalah yang terdapat di PD World Marina Resort seperti di bawah:-

Marina View Villas
Marina View Condo, PD Marina Resorts Marina View Condo, PD Marina Resorts
Harga Rezab RM33,900 (966 k.p) – Block A

Marina Terrace
Marina Terrace Condo, PD Marina Resorts Marina Terrace - Pool View from Marina Terrace
Harga Rezab RM34,300 (883 k.p) – Block A & RM71,600 untuk Block B (1,843 k.p)

Straits View Villas
Straits View Villas, PD Marina
Harga Rezab RM36,036 (693 k.p) – Block C

Bay View Villas
Bay View Condo, PD Marina Resorts
Harga Rezab dari RM25,200 (720 k.p) – 5 unit bakal dilelong

Tis Lagoon
Tis Lagoon Condo, PD Marina Resorts
Harga Rezab RM29,600 (703 k.p) – Block A

Sekiranya anda berminat dengan mana-mana unit dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui BORANG PERTANYAAN.

*Anda dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai unit yang ingin anda beli dan melawatinya sebelum membuat keputusan untuk membeli.  Memandangkan ini merupakan hartanah lelong, terdapat kemungkinan ianya telah ditinggalkan untuk tempoh yang lama dan memerlukan kos pembaikan yang agak tinggi (subjektif).   Memandangkan harga jualan juga adalah rendah, kemungkinan besar anda tidak boleh memperolehi pembiayaan untuk pembelian ini tetapi sebagai alternatif boleh membelinya secara tunai atau mendapatkan pinjaman peribadi.

[Review Tips Hartanah] Skim Rumah Pertamaku (SRP)

0

Sejak pengumuman SRP dibuat oleh kerajaan pada minggu lepas, begitu banyak sekali pertanyaan, komen dan luahan peribadi yang saya terima daripada pembaca Tips Hartanah mengenainya.  Banyak sekali yang tidak berpuashati dengan syarat-syarat yang sedia ada yang dikenakan untuk memohon dan antara yang paling menjadi perhatian adalah had gaji hanya dihadkan kepada RM3,000 dan supaya had harga rumah dari RM100,000 hingga RM220,000 dinaikkan.  Selain itu ada juga yang menyatakan mereka tidak berpuashati kerana tidak layak disebabkan mereka berkerja sendiri sedangkan pendapatan mereka kurang dari RM3,000 sebulan.

Bagi anda yang masih belum membaca lebih lanjut mengenai syarat-syarat dan penerangan lain mengenai Skim Rumah Pertamaku (SRP) bolehlah membacanya dahulu di http://www.srp.com.my/

Berdasarkan komen-komen yang saya terima tersebut, berikut adalah apa yang boleh saya ulaskan selepas melihat dari pelbagai sudut:-

  • Pendapatan maksima – saya mengesyorkan ianya dinaikkan kepada RM4,000 untuk pemohon yang berada di Lembah Klang (Kuala Lumpur & sebahagian Selangor) serta Pulau Pinang memandangkan kos sara hidup yang tinggi di bandar-bandar ini.  Pendapatan RM3,000 pada masa sekarang hanya sekadar cukup untuk keperluan asas dan masih lagi berat untuk membuat bayaran ansuran rumah.  Dengan kenaikan ini, lebih ramai yang boleh memohon kerana didapati mereka yang berpendapatan sehingga RM4,000 juga masih mengalami masalah untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi serta komitmen lain.
  • Had harga rumah – Harga yang ditetapkan pada masa ini pada RM100K-RM220K mungkin perlu dikaji semula kepada RM100K – RM300,000.  Ini mungkin juga boleh dihadkan kepada kawasan bandar seperti yang dinyatakan di atas kerana didapati rumah apartment di Kuala Lumpur pada masa ini sudahpun berharga di sekitar RM200K+.    Walau bagaimanapun, dalam meluluskan permohonan pembelian melebihi RM220K, bank/pembiaya perlulah melihat terlebih dahulu komitmen pembeli sebelum memberikan kelulusan untuk mengelakkan masalah untuk membuat pembayaran pada masa hadapan.  Harus diingat, lebih tinggi harga yang anda beli maka lebih tinggi komitmen bulanan anda dan ini akan menganggu perbelanjaan anda yang lain termasuklah saraan bulanan biasa dan boleh membebankan.  Dengan memohon SRP, anda terpaksa menanggung pinjaman sekurang-kurangnya 10% yang lebih tinggi berbanding peminjam lain.  Ini akan menyebabkan pemabayaran bulanan anda turut meningkat dan boleh memberi kesan kepada kewangan anda.  Tambahan 10% yang dijamin Cagamas bukanlah percuma tetapi masih perlu dibayar dengan kadar faedah sama dengan pinjaman 90% anda.

Walaupun saya dapati ciri-ciri sedia ada SRP ini adalah rasional tetapi ianya perlukan sedikit ‘adjustment’ untuk kawasan/golongan tertentu dan tidak boleh digunapakai sama rata untuk setiap kawasan kerana kos sara hidup yang berbeza dan harga rumah yang turut jauh berbeza untuk kawasan bandar besar dan kawasan lain.

*saya terpaksa mengolah posting ini sehingga 3 kali untuk cuba ‘memihak’ kepada bakal pembeli pertama tetapi setelah melihat dari pelbagai aspek saya akhirnya mendapati secara amnya syarat yang dikenakan adalah rasional cuma memerlukan sedikit perubahan seperti yang saya nyatakan di atas.

Bagi anda yang masih mendapati ianya masih perlu diperbaiki, sila berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah untuk perbincangan bersama.

Skim Rumah Pertamaku (SRP) Dilancarkan

10

Akhirnya Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan bakal pembeli rumah pertama dilancarkan semalam sejak ianya diumumkan pada Bajet 2011 tahun lepas.  Melalui SRP, kerajaan melalui Cagamas akan memberikan jaminan terhadap 10% daripada pembelian berharga RM100,000 sehingga RM220,000 yang mana membolehkan pembeli mendapatkan pinjaman 100% melalui institusi-institusi kewangan yang berkenaan seperti yang dimaklumkan di bawah.

Bagi anda yang menantikan peluang ini, saya syorkan anda terus ke insitusi kewangan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi sebelum itu pastikan anda menepati syarat untuk memohon yang mana antaranya adalah anda membeli untuk kali pertama, pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 serta bekerja dalam sektor swasta.

//
//

Berita Lanjut seperti di bawah:-