Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) memudahkan pengguna..

0
278

Baru-baru ni saya mengambil kesempatan untuk mencuba sendiri laluan Duta-Ulu Kelang Expressway yang baru dibuka kepada orang ramai untuk mengetahui kelebihannya… Lebuhraya ini dibahagikan kepada 3 seksyen iaitu Seksyen 1, dari Jalan Duta ke Sentul, Seksyen 2 dari Sentul ke Greenwood (berhampiran Batu Caves), dan Seksyen 3 dari Sentul ke Hillview (Ulu Klang), benar-benar menjimatkan masa terutamanya bagi pemandu yang perlu membuat perjalanan dari Batu Caves/Jalan Kuching ke Ampang/Pusat Bandaraya.

Saya telah mencuba melalui interchange Greenwood dan keluar di Wangsa Maju.. dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit.. yang mana saya rasa hanya 1/3 jika saya terpaksa menggunakan MRR2 dan naik semula ke Wangsa Maju melalui Wangsa Melawati.

Pada ketika saya mencuba lebuhraya ini, laluan ke Jalan Kuching dari arah Setiawangsa masih belum lagi dibuka dan saya fikir ianya pasti memudahkan anda yang ingin terus naik ke PLUS melalui DUKE jika anda tinggal di kawasan Ampang/Setapak untuk ke arah utara semenanjuang melalui PLUS.

Buat masa ini, lebuhraya sepanjang 18km, yang mana 40% daripadanya adalah bertingkat masih lagi dibuka kepada pengguna untuk dilalui secara percuma selama sebulan bermula daripada pembukaannya pada 10 Jan lepas. Kadar tol yang akan dikenakan adalah RM2 yang mana saya fikir munasabah berbanding laluan yang panjang dan sesak jika anda mengambil laluan lain yang mungkin menyebabkan kos yang lebih tinggi dan masa yang lebih lama. Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed menjangkakan lebih kurang 120,000 kenderaan akan menggunakan DUKE setiap hari yang mana mempunyai sistem tol terbuka dan sepanjang 46% daripada laluannya adalah bebas tol.

Lebuhraya ini benar-benar menyelesaikan masalah pengguna terutamanya yang tinggal dari arah utara seperti Rawang, Selayang, Kepong dan Batu Caves dan ingin menuju ke arah pusat bandaraya, ulu kelang atau setapak dan sebaliknya dalam masa yang lebih singkat dan kurang sesak.

Bagi anda yang masih belum menggunakannya, ambil peluang sebulan percuma ini untuk mengetahuinya terutama jika anda merupakan pengguna tetap laluan Jalan Duta, Jalan Kuching atau MRR2.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here