Pasaran Hartanah dan Minyak Dalam tempoh 25 tahun

0
591

Harga minyak terus menjunam… Bajet 2016 yang berdasarkan harga pasaran minyak Brent pada USD48 per barrel juga akan disemak semula memandangkan harga minyak dunia sekarang sudahpun di paras USD30 per barrel, terendah sejak 12 tahun lalu.  Ini membuatkan saya tiba-tiba terfikir dan sekadar ingin tahu bagaimana pasaran hartanah di Malaysia berbanding harga minyak dunia… adakah ia mempunyai impak secara langsung, tidak langsung atau bagaimanakan korelasi antara keduanya.

Jadi saya ambil data harga minyak pasaran dunia untuk tempoh lebih kurang 25 tahun terakhir (sejak 1990) dan membandingkannya dengan pasaran hartanah Malaysia dari segi bilangan dan amaun transaksi juga untuk tempoh sama.

Berikut gambarannya sebagai perkongsian dengan semua pembaca..

Gambarajah 1 : Bilangan dan Nilai Pindah Milik Hartanah Malaysia (1990-2014)

*Data untuk tahun 2015 belum dikeluarkan secara rasmi, oleh itu data transaksi hartanah ditunjukkan sehingga tahun 2014 sahaja.

Gambarajah 2: Harga Petroleum Brent Dunia (1990-2015)

harga-minyak-1990-2015

Jadi dari gambaran di atas, bolehlah kita nampak… ada sedikit persamaan terutamanya pada titik di mana harga minyak menjunam jatuh… di mana pasaran hartanah Malaysia juga secara TIDAK LANGSUNG mengalami sedikit kesan daripada apa yang berlaku.  Contohnya pada tahun 1997-1998 di mana harga minyak menjunam dan juga ketika 2008. Namun pada 2008 pasaran hartanah Malaysia tidak begitu terkesan dengan apa yang berlaku di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat disebabkan keadaan ekonomi Malaysia pada ketika itu agak kukuh.

Oleh itu pasaran hartanah Malaysia sebenarnya terkesan daripada keadaan ekonomi yang mana mempunyai kesan daripada harga minyak dunia terutamanya kepada negara yang bergantung kepada pengeluaran minyak seperti apa yang di alami Malaysia sekarang ini. Ketika harga minyak jatuh, banyak syarikat-syarikat minyak dan gas (O&G) mula melaksakan langkah kawalan dan penjimatan.  Kawalan perbelanjaan untuk syarikat-syarikat berkaitan O&G juga melibatkan sesetengah kakitangan diberhentikan, perbelanjaan domestik dikurangkan atau ditangguhkan terutamanya perbelanjaan besar seperti pembelian rumah.  Kerajaan yang mempunyai pergantungan yang agak tinggi pada minyak (cukai) juga terpaksa melaksanakan langkah kawalan dan penjimatan untuk menangani pengurangan pendapatan negara sebagaimana semakan yang akan dilakukan kepada Bajet 2016.

Akibat daripada keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, pembeli-pembeli rumah terutamanya pelabur mula berhati-hati dengan pembelian rumah sebagai pelaburan.  Namun begitu mereka yang membeli rumah untuk tinggal sendiri biasanya akan meneruskan pembelian mereka dan sebenarnya inilah waktu yang mungkin sesuai untuk pembeli-pembeli rumah tunggu dan lihat serta ‘menyambar’ peluang pembelian di dalam pasaran jika harga yang ditawarkan adalah munasabah atau mungkin di bawah harga pasaran.

imagesBagi pembeli rumah untuk tinggal sendiri, sama ada pembeli rumah pertama ataupun untuk ‘upgrade’, saya syorkan untuk memberi tumpuan yang lebih kepada pasaran sekunder kerana mungkin akan terdapat ‘tekanan pasaran’ yang menyebabkan harga hartanah menurun (mungkin susah untuk berlaku) atau setidak-tidaknya dijual pada harga yang lebih rendah dari nilai pasaran.

auction-propertyBilangan pinjaman tidak berbayar (NPL) juga dijangkakan akan meningkat jika syarikat-syarikat mula mengambil langkah mengurangkan pekerja.  Ini seterusnya akan menampakkan pertambahan bilangan hartanah lelong di masa akan datang – mungkin bukan pada awal tahun 2016.

Untuk pembelian hartanah baru, cuba untuk tidak membuat belian terdesak – elakkan faktor emosi mengambil peranan utama dalam membuat keputusan.  Pada ketika ini terlalu banyak unit-unit hartanah baru di dalam pasaran dan ini bermaksud ianya adalah ‘pasaran pembeli’.. Sebagai pembeli anda lebih mempunyai kuasa untuk membuat pilihan dan mendapatkan tawaran yang terbaik pada pembelian anda.  Sesetengah pemaju mungkin sanggup untuk memberikan diskaun tambahan berbanding harga asal walaupun selepas diskaun bumiputera.  Yang penting jangan malu untuk bertanya… mana tahu… rezeki anda untuk dapat tambahan diskaun.

Ok la.. itu saja yang saya fikir nak kongsikan di sini..  sekali lagi saya nak nyatakan.. gambaran pasaran minyak dunia dan transaksi hartanah Malaysia di atas sebagai pandangan saya yang bukan penganalisis ekonomi.  Oleh itu, harap jangan gunakan ia sebagai pembuat keputusan anda dalam sebarang keputusan berkaitan pelaburan anda.

Sekiranya ada pertanyaan lanjut, sila ajukan melalui Borang Pertanyaan yang disediakan….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here