Hujung minggu yang agak panjang..
Sebenarnya sekadar nak berkongsi pandangan ini di Facebook tetapi memandangkan ianya menjadi status yg agak panjang… maka saya ubah menjadi posting di Blog TipsHartanah supaya mudah dibaca.
Dalam keadaan krisis harga minyak yg berlaku sekarang tak semuanya akan bermasalah… pastinya ada peluang utk mereka yg mencari dan berusaha.. begitu juga dalam mencari rumah ketika ini.. dalam ketika kita mengatakan harga rumah mahal.. pasti disebabkan krisis yang berlaku sekarang akan adanya rumah yang murah atau dijual lebih rendah di bawah harga pasaran.. cuma jangan mengharapkan harga yang tidak masuk akal..
Pengalaman saya.. ketika krisis.. akan ada rumah dijual serendah sekitar 80% dr harga pasaran..dan ia bukan sahaja di dalam lelongan.. maksudnya jika harga pasaran 300K, mgkin ada pemilik yg ingin menjual pada harga sekitar RM240K-300K.. namun begitu jgn terlalu mengharapkn pengurangan harga keterlaluan.
Mengapa ini terjadi… faktor utama biasanya adalah “distressed seller” atau “motivated seller” yg terpaksa ‘melepaskan’ hartanah mereka kerana tidak mampu menanggung komitmen hartanah tersebut.. biasanya mereka yg mempunyai beberapa hartanah yg tidak dpt disewakan atau disewaka pd harga jauh lebih rendah dr ansuran bulanan yg mereka byr. Penjual jenis ini biasanya mengalami tekanan kewangan sama ada pengurangan pendapatan atau lebih teruk lg kehilangan pendapatan…. walaupun harga yg ingin dilepaskan kelihatan lebih rendah dari nilai pasaran semasa namun sebenarnya peningkatan harga berbanding pembelian mereka dahulu masih membolehkan mereka memperoleh keuntungan walaupun mungkin tidak setinggi berbanding jika dijual pada harga pasaran.
“Motivated Seller” biasanya lebih terbuka untuk berunding tentang pengurangan tawaran harga jualan berbanding sebelumnya. Ini disebabkan tekanan kewangan yang dialami disamping tawaran atau persaingan yang wujud di dalam pasaran untuk menjual hartanah. Pada ketika semakin ramai yang ingin menjual dan ditambah bekalan sedia ada yang wujud, penjual sebegini lebih mudah berunding dan menerima tawaran lebih rendah.
Faktor proses pindahmilik hartanah yang panjang di negara ini juga merupakan salah satu penyebab penjual sebegini tidak mempunyai banyak pilihan dalam melepaskan hartanah mereka. Secara purata tempoh pindahmilik hartanah mengambil masa sekitar 3-6 bulan namun jangan terkejut jika ada yang melebihi tempoh setahun atas sebab-sebab diluar kawalan terutamanya jika ianya melibatkan hakmilik pegangan pajakan (leasehold). Oleh itu “Distressed Seller” yang terkesan dengan teruk akibat krisis yang berlaku biasanya tidak dapat menunggu tempoh yang lebih lama untuk menjual pada harga yang tinggi untuk mengelakkan komitmen yang terus meningkat dan kebarangkalian rekod kewangan buruk di dalam CCRIS ataupun CTOS.
Sekiranya anda merupakan salah seorang yang terlibat di dalam krisis sekarang dan memerlukan khidmat nasihat Tips Hartanah, sila hubungi kami untuk berbincang mengenai situasi anda.
Untuk anda yang masih mencari hartanah sama ada rumah pertama, atau kedua.. atau berminat membeli rumah di pasaran sekunder ataupun lelongan juga bolehlah Hubungi Tips Hartanah.
Sekian… selamat berhujung minggu!