Home Blog Page 40

Maybank sedia RM2 Bilion Untuk Skim Pembiayaan Akhir Khas PR1MA

0

PR1MALanjutan dari pengumuman atau juga dikenali sebagai Skim Pembiayaan Akhir “Step-up” pada Bajet 2017 yang lepas, Maybank yang mana merupakan salah satu pembiaya yang mengambil bahagian di dalam skim ini telah mengumumkan untuk menyediakan dana sebanyak RM2.0B bagi tujuan pembelian rumah PR1MA di bawah skim ini.

Menurut portal berita Malaysia Gazzette, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datauk Farid Alias berkata “Maybank berbangga menjadi sebahagian skim pembiayaan bagi program PR1MA dan kami akan memperuntukkan kemudahan sehingga RM2 bilion kepada pembeli rumah PR1MA layak menyertai skim ini”.

Melalui skim khas itu, pembiayaan untuk pembelian rumah di bawah program PR1MA akan lebih mudah dan boleh akses kepada pembeli dengan pinjaman sehingga 100 peratus dan seterusnya kadar penolakan pinjaman akan berkurangan secara drastik.

Proses permohonan skim ini akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2017, yang merupakan hasil kerjasama antara kerajaan, Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan empat bank tempatan.

Empat bank yang terlibat di dalam skim ini ialah Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

Diharapkan dengan adanya kemudahan ini lebih ramai pembeli rumah pertama akan terus mendaftar untuk membeli rumah pertama mereka melalui PR1MA dan memohon skim pembiayaan akhir di bawah skim khas ini.

Untuk memohon rumah di bawah PR1MA, klik link berikut:-

Budget 2017’s Impact on Property Sector

0

malaysia-budget-originalCH Williams, Talhar & Wong (WTW) sees the 2017 Budget’s impact on the property sector as relatively neutral as funds allocation, cost and taxes proposed were focused more on alleviating the home buying woes of first time buyer.

WTW noted that the stamp duty waived for the acquisition of homes priced up to RM300,000 by first time buyers will lower the initial cash requirement and provide positive message that said houses should be priced within the range.

However, it believes that the four percent increase in property transaction more than RM1 million may dampen market activity next year.

WTW considers the proposed East Coast Rail as the most significant infrastructure project in the 2017 Budget that could generate new development opportunities in Terengganu, Kelantan and Pahang.

It also notes the government’s plan to allocate RM300 million for repair and refurbishment of existing government apartment that had fallen into disprepair as well as common facilities and areas that had not been maintained properly as residents defaulted in paying service charges.

According to WTW, it prefer some allocation for educating owners on the management of the properties, otherwise, said properties would end up in the same state of disrepair.

The proposed two-step housing loan for PR1MA homes should also be considered carefully as it would increase the financial costs to home owners. To be done in collaboration with Bank Negara Malaysia and several banks, the scheme will see banks taking into account the increase in applicant’s income in the future.

WTW said the hike in foreign direct investment up until the first half of 2016 implied that the industrial sector is still vibrant, presenting opportunities for industrial property investments.

Meanwhile, the government’s plan to rebuild 120 destitute schools across the country using the industrialized building systems (IBS) at around RM570 million is a positive start that could lead to wider use of the technology in housing projects, particularly of low cost and affordable homes, it said.

Pembiayaan akhir step-up tidak naikkan hutang

0

image-1KUALA LUMPUR 24 Okt. – Skim pembiayaan akhir step-up khas bagi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) tidak dibimbangi menjadi penyebab kepada peningkatan hutang isi rumah.

Ketua Setiausaha Per­bendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, ini kerana rumah adalah hartanah asas dan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) ketika ini adalah pada tahap yang rendah.

Katanya, isi rumah yang menghadapi ma­salah untuk mendapatkan pinjaman boleh menggunakan skim ini dengan satu struktur pembiayaan akan dibentuk supaya golongan ini dapat membuat pinjaman yang mampu dibayar oleh mereka.

“Sudah tentu mereka perlu membayar pinjaman ini. Apa yang boleh dibuat adalah jumlah bayaran pembiayaan boleh dikurangkan pada beberapa tahun pertama dan kemudian naik sedikit demi sedikit. Inilah yang dipanggil skim pembiayaan akhir step-up.

“Kerajaan juga akan menawarkan bantuan kewangan bagi sebahagian daripada pembiayaan pada peringkat awal jika pembeli tidak mampu,” katanya da­lam Dialog Selepas Bajet 2017 anjuran Per­sa­tuan Ekonomi Malaysia (MEA) di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden MEA, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim.

Pada Bajet 2017 Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan skim pembiayaan akhir step-up khas baharu bagi pembelian rumah PR1MA dengan usaha sama Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bank-bank.

Mengenai bajet pendidikan tinggi yang dikurangkan, Mohd. Irwan Serigar berkata, pihaknya tidak memotong bajet sesebuah agensi sebaliknya mengurangkan perbelanjaan dari bahagian-bahagian yang boleh dikurangkan.

Beliau berkata, bagi pendidikan tinggi, sesetengah universiti mempunyai pendapatan mereka sendiri yang juga boleh digunakan untuk kos operasi mereka.

“Jadi kita tidak potong. Kita tengok universiti mana yang ada pendapatan sendiri dan yang mana tidak ada. Jadi secara ke­seluruhan kita tidak potong bajet tapi melakukan penjimatan yang banyak,” ujarnya.

Sementara itu, beliau juga mengambil contoh usaha kerajaan dengan mengubah Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Kita tak perlu bina bangunan IPG baharu. Satu bangunan baharu mengambil kos kira-kira RM200 juta tapi kita ambil sembilan bangunan untuk TVET dan menyediakan wang untuk pe­ngubahsuaian dan membeli peralatan yang seterusnya menjadikan kos lebih rendah,” jelasnya.

Naikkan pengecualian duti setem kepada RM500,000 – REHDA

0
KUALA LUMPUR 22 OCTOBER 2016. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendengar penerangan dari Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri FD Iskandar (kanan) mengenai pembangunan yang dilakukan oleh syarikat pemaju hartanah, Glomac ketika melawat pameran selepas melancarkan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC), Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD
KUALA LUMPUR 22 OCTOBER 2016. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendengar penerangan dari Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri FD Iskandar (kanan) mengenai pembangunan yang dilakukan oleh syarikat pemaju hartanah, Glomac ketika melawat pameran selepas melancarkan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC), Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) meminta kerajaan menilai semula pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan daripada RM300,000 yang diumumkan dalam Bajet 2017 kepada RM500,000.

Presidennya, Datuk Seri FD Iskandar, berkata ia bagi memastikan pembeli kediaman pertama yang berkelayakan, memperoleh pinjaman dan berupaya membayar balik, khususnya di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang serta Johor.

“REDHA meminta kerajaan menilai semula jumlah pengecualian duti setem sehingga RM500,000,” katanya pada sidang media selepas perasmian Ekspo Hartanah dan Perumahan Malaysia 2016, di sini, hari ini.

Perasmian ekspo disempurnakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar. Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, semalam mengumumkan pengecualian duti setem dinaikkan 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan bagi membantu mengurangkan kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50 peratus ketika ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, layanan pengecualian itu terhad kepada nilai rumah sehingga RM300,000 bagi pembelian kediaman pertama di antara tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018.

Skim Pembiayaan Akhir “tambahan” Khas untuk Pembeli PR1MA

0

Bajet 2017Antara pengumuman yang menarik berkaitan isu perumahan yang diumumkan dalam Bajet 2017 adalah skim Pembiayaan Akhir (“End Financing“) tambahan khas atau kini dikenali juga sebagai Skim Pembiayaan Akhir “Step-up”.

Seperti sebelum ini, skim baru yang diperkenalkan akan diperhalusi lanjut oleh pihak berkenaan dalam kes ini ianya adalah di antara PR1MA, Bank Negara Malaysia, KWSP dan beberapa bank tempatan (Maybank, CIMB, RHB dan Ambank) .

Tidak jelas bagaimana ianya akan dilaksanakan kelak tetapi secara kasarnya, skim ini akan membolehkan pembeli rumah di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang tidak layak mendapatkan pinjaman tinggi daripada bank boleh memohon pembiayaan tambahan sehingga 90%-100% daripada harga pembelian rumah PR1MA.

Sebagai contoh, jika sebelum ini pembeli yang mempunyai pendapatan RM3,000 sebulan hanya layak memohon pinjaman sekitar RM187,000, dengan adanya kemudahan pembiayaan akhir khas ini, pembeli akan layak mendapatkan pinjaman sehingga RM295,000.

Skim ini diperkenalkan berikutan ramai pemohon yang layak untuk membeli unit rumah PR1MA terpaksa menolak tawaran disebabkan gagal mendapatkan margin pinjaman tinggi daripada bank, contohnya margin pinjaman hanya sehingga 80% dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar perbezaan pembiayaan dan harga belian.

Walau bagaimanapun skim ini hanya dikhaskan untuk pembelian rumah di bawah projek PR1MA sahaja.

Hanya Pembelian Rumah PR1MA sahaja layak untuk Pembiayaan Akhir khas.
Hanya Pembelian Rumah PR1MA sahaja layak untuk Pembiayaan Akhir khas.

Kenyataan awal juga menyatakan secara amnya proses yang mungkin terlibat adalah pembiayaan tambahan adalah daripada akaun KWSP pembeli dan juga dari pembiayaan step-up daripada bank-bank berkenaan. Jika pemohon memilih untuk skim ini, pengeluaran untuk tujuan lain seperti pendaftaran haji, kesihatan, pelajaran dan sebagainya melalui akaun 2 KWSP tidak akan dibenarkan sehingga jumlah pembiayaan tambahan yang dikeluarkan dari KWSP digantikan semula melalui caruman baru KWSP pembeli berkenaan.

Pembeli rumah PR1MA yang telah terpilih boleh mula memohon untuk skim ini dan keputusan akan diumumkan bermula pada Januari 2017.

 

Bajet 2017: Intipati berkaitan Isu Perumahan dan berkaitan

0

bajet2017Alhamdulillah.. selesai sudah pembentangan Bajet 2017.  Banyak perkara menarik yang boleh dibincangkan mengenainya tapi saya akan lebih menyentuh kepada isu berkaitan perumahan sahaja.

Seperti yang dijangkakan, Bajet 2017 akan lebih memfokuskan kepada golongan B40 dan M40.. dan dalam isu perumahan pastinya pembeli rumah pertama menjadi tumpuan dalam usaha kerajaan membantu golongan ini untuk memiliki rumah dengan lebih mudah.

Antara perkara yang diharapkan diimplementasikan atau diperkenalkan kerajaan yg menjadi topik perbincangan sebelum ini seperti DIBS dan had pengeluaran KWSP dinaikkan tidak menjadi kenyataan. Namun begitu terdapat beberapa pengumuman menarik dan insentif yang mungkin boleh menarik lebih ramai bakal pembeli rumah pertama.

Berikut adalah intipati Bajet 2017 yang berkaitan isu perumahan yang mungkin menjadi topik perbincangan selepas ini.

Penjawat Awam

  1. Peningkatan had pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM200,000 dan RM750,000 daripada RM120,000 dan RM600,000.
  2. Menyiapkan sebanyak 30,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Ia akan dijual pada harga RM90,000 hingga RM300,000, iaitu 20% di bawah harga pasaran.

Ini pastinya memberikan lebih keceriaan kepada penjawat awam terutamanya golongan B40 dan M40 di mana rumah PP1AM akan dapat dibeli dengan lebih mudah apabila had kelayakan dinaikkan.

Sektor Perumahan, Rumah Mampu Milik dan Pembeli Rumah Pertama

Isu perumahan merupakan antara 2 isu utama di bawah Bajet tahunan dan tidak terkecuali untuk Bajet 2017. Dalam menangani isu perumahan, perkara berikut telah diumumkan untuk membantu meningkatkan pembeli rumah pertama:-

  1. Penyediaan tanah kosong Kerajaan di lokasi-lokasi strategik untuk GLC dan PR1MA untuk membina lebih daripada 30,000 unit rumah mampu milik dengan harga jualan antara RM150,000 hingga RM300,000, jauh lebih rendah berbanding sekarang di antara harga RM250,000 hingga RM450,000.
  2. Membina sekitar 10,000 buah rumah di kawasan bandar untuk disewa kepada belia yang layak, dengan pekerjaan tetap termasuk graduan muda yang memasuki pasaran buruh.
  3. Membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR), dengan Kerajaan memberi subsidi sehingga RM20,000 seunit. Sebanyak RM200 juta akan diperuntukkan kepada SPNB.
  4. Memperkenalkan skim baru khas “penambahan” pembiayaan akhir (end financing) untuk program PR1MA, di mana 12,000 unit bernilai RM3 bilion telah ditempah. Pembiayaan akan menjadi lebih mudah untuk pembeli dengan jumlah pinjaman sehingga 90% kepada 100%, dengan kadar penolakan pinjaman akan dikurangkan secara drastik. Sebagai contoh, pemohon yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000, kini layak untuk meminjam lebih daripada RM187,000, akan dapat pinjaman sebanyak RM295,000.
  5. Pengecualian duti setem akan ditingkatkan kepada 100% ke atas instrumen pemindahan dan pinjaman perumahan (instruments of transfer and housing loan instruments), untuk membantu kurangkan kos pemilikan rumah pertama. Pengecualian ini adalah terhad kepada rumah dengan nilai sehingga RM300,000 untuk pembeli rumah pertama untuk tempoh 1 Jan 2017 ini hingga 31 Disember 2018.
  6. Pembinaan Rumah Generasi Ke-2 FELDA dan pembangunan infrastruktur, sejumlah RM200 juta diperuntukkan kepada Felda, RM100 juta untuk Felcra, dan RM100 juta untuk Risda.

Projek Mesra Rakyat dan Program Perumahan Rakyat (PPR)

Dalam usaha membantu golongan B40, beberapa cadangan dan peruntukan telah diumumkan:

  1. Kerajaan akan melaksanakan MyBeautiful New Home, terutamanya bagi kumpulan B40 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.  Pada peringkat awal, sebanyak 5,000 unit akan dibina dengan harga antara RM40,000 hingga RM50,000 seunit. Kerajaan akan membiayai RM20,000, manakala baki akan dibayar secara ansuran oleh setiap pemilik.
  2. Membina sebanyak 9,850 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan sebanyak RM134 juta.
  3. Pada masa ini sebanyak 11,250 rumah PPR sedang dibina dengan peruntukan sebanyak RM576 juta. Rumah-rumah PPR itu akan dijual pada harga antara RM35,000 dan RM42,000.

Ulasan lanjut berkaitan pembentangan Bajet 2017 ini akan saya lakukan dalam masa terdekat.

Permudah pinjaman beli rumah

0

TIMBUL pelbagai rungutan dalam kalangan masyarakat mengenai kesukaran memiliki rumah disebabkan harga yang melambung tinggi dan kesukaran mendapatkan kelulusan pinjaman untuk membelinya.Penolakan pinjaman untuk membeli rumah juga dikatakan menjadi antara sebab utama jumlah transaksi hartanah menjadi rendah dan kelembapan sektor berkenaan.

bsn-1Bank Simpanan Nasional  (BSN) antara institusi perbankan yang  dilihat  serius dalam membantu golongan muda  dengan menawarkan pembiayaan  beli rumah  melalui skim tertentu.

UTUSAN: Apakah bentuk bantuan pembiayaan yang disediakan BSN yang di­khaskan kepada rumah-rumah mampu milik yang disediakan kerajaan.
AKHSAN:
Terdapat beberapa skim pembiayaan disediakan BSN kepada orang ramai dalam usaha untuk memastikan semua rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri khususnya rumah pertama.
Menerusi usahasama baik antara pihak kerajaan dan pemaju hartanah, BSN cuba menyediakan ruang kepada orang ramai dalam membantu untuk memiliki rumah sendiri.
Antara skim yang disediakan termasuk Skim Perumahan Belia (SPB), Skim Perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Perincikan sedikit mengenai skim yang ditawarkan.
Bagi Skim Perumahan Belia, tawaran yang ditetapkan adalah meliputi 100 peratus pembiayaan untuk rumah dan tambahan lima peratus bagi tujuan pembiayaan Insurans Bertempoh Mengurangkan Pinjaman atau insurans MRTA. Namun, kadar harga rumah untuk skim itu adalah antara RM100,000 hingga RM500,000.
Manakala, Skim Perumahan PPR DBKL dan MTEN pula me­nawarkan kadar pembiayaan sebanyak 110 peratus iaitu 100 peratus meliputi harga rumah, lima peratus untuk insurans MRTA dan lima pe­ratus lagi adalah untuk kos guaman dan lain-lain kos yang berkenaan.
Sementara itu, Skim PPR pula menawarkan 100 peratus pinjaman iaitu 92 peratus adalah untuk pinjaman rumah tersebut dan 5 peratus untuk insurans MRTA serta 3 peratus adalah insu­rans ke­bakaran pe­milik rumah.

Apakah syarat-syarat yang diperlukan di bawah Skim Perumahan Belia.
Syarat yang dikenakan adalah merujuk kepada belia yang sudah berkahwin berusia di antara 25 hingga 40 tahun, permohonan untuk hartanah pertama bagi kedua-dua pemohon, memiliki pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan, pembiayaan minimum dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000, pengeluaran wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) mengikut syarat yang ditetapkan serta menerima bantuan kewang­an daripada  kerajaan sebanyak RM200 setiap bulan untuk tempoh 2 tahun.
Skim ini adalah usaha kerajaan membantu golongan sasar khususnya belia yang baharu berkahwin untuk mendapatkan rumah sendiri dengan kerjasama BSN dengan menawarkan bantuan pembiayaan.
Namun, sejak dilancarkan pada Julai 2015, hanya 1,500 permohonan berjaya diluluskan daripada jumlah permohonan hanya seramai hampir 3,000 pemohon berbanding sebanyak 20,000 unit yang ditawarkan menerusi skim ini.

Golongan muda banyak menanggung bebanan  ke­wangan se­perti pinjaman pendidikan, hutang kad kredit dan kos ha­rian. Adakah BSN mempunyai mekanisme ter­tentu bagi membantu golongan ini membeli kediaman sendiri.
Berdasarkan kajian yang dilakukan mendapati bahawa go­longan muda sememangnya me­merlukan bantuan dalam pe­milikan kediaman sendiri ter­­utama mereka yang sudah berkahwin dan berusia antara 25 hingga 40 tahun.
Mereka berkelayakan untuk memiliki rumah sendiri tetapi tidak mampu menyediakan wang sebanyak 10 peratus deposit dan lain-lain kos guaman.
Oleh itu, pelbagai skim telah diwujudkan dengan fokus untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan seperti ini.
Dengan adanya kemudahan itu, ia secara tidak langsung dapat merancakkan lagi pasaran hartanah dan membolehkan lebih ramai rakyat di negara ini memiliki rumah sendiri.

Usaha yang diambil BSN dalam menangani situasi tersebut?
BSN sentiasa bekerja rapat dengan pihak kerajaan bersama-sama pemaju perumahan.
Antaranya, bekerjasama de­ngan pihak pemaju perumahan sekiranya mereka melancarkan projek perumahan yang bersesuaian dengan skim yang ditawarkan pihak kami.
Langkah itu hasil kerjasama antara BSN dan kerajaan untuk membantu golongan belia dan  mereka yang berpendapatan rendah.

Adakah status Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) akan menyebabkan permohonan pinjaman perumahan ditolak oleh institusi perbankan?
Tanggapan bahawa individu yang dikenakan CCRIS akan menyebabkan permohonan pinjaman akan ditolak perlu diperbetulkan kerana tindakan itu bukan bersifat mandatori kerana asas meluluskan pinjaman tidak hanya bergantung kepada bacaan CCRIS sahaja.
Sebaliknya ia memainkan pe­ranan yang penting untuk mendidik pengguna supaya lebih berhati-hati dalam pengurusan kewangan.
Bagaimanapun, institusi kewa­ng­­an yang menawarkan pem­biayaan kepada individu itu sudah pasti akan melakukan penilaian terhadapnya menerusi bacaan CCRIS selain kriteria pe-minjam yang dinilai berdasarkan ketepatan bayaran balik pinjaman terdahulu.
Ini kerana tabiat pembayaran balik itu adalah salah satu kriteria terpenting bagi sesebuah institusi kewangan untuk ‘mengenali’ bakal peminjam tersebut.

Nasihat kepada mereka yang merancang untuk membeli rumah pada masa ini.
Sebelum membeli sebarang aset yang mempunyai kos pengeluaran jangka masa panjang seperti rumah, seseorang perlu mempertimbangkan dan melakukan perancangan rapi mengenai pendapatan dan pengeluaran sedia ada.
Pastikan belanjawan diri dan keluarga telah dilakukan bagi memastikan keupayaan kewa­ng­an setimpal dengan komitmen hartanah yang bakal dibuat. Oleh kerana ini adalah komitmen jangka masa panjang, jadi kemam­puan membuat bayaran balik adalah sangat penting.
Skim pembiayaan pilihan perlu mengambil kira ciri-ciri skim termasuk kadar caj sampingan yang dikenakan.

Industri hartanah ke arah transformasi

0

18102016INDUSTRI hartanah perlu berusaha untuk mencapai pertumbuhan produktiviti dan meraih bahagian pasaran berdasarkan kualiti produk dan perkhidmatan, inovasi, kreativiti dan keusahawanan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, hal ini sejajar dengan langkah progresif Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi, berikutan daya saing yang dicapai dengan menggunakan sumber dan buruh kos rendah tidak lagi mapan.

“Saya percaya industri hartanah mempunyai potensi untuk menyumbang kepada transformasi ekonomi Malaysia,” katanya.

Menurutnya, industri itu mempunyai kesan berganda dengan lebih 120 industri lain bergantung kepada pembinaan untuk pertumbuhan dan kemampanan.

Industri tersebut turut menyediakan peluang pekerjaan dengan tenaga kerja berdaftar sebanyak 1.2 juta, mewakili 9.5 peratus daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia.

Katanya, sektor pembinaan terdiri daripada industri hartanah dan infrastruktur antara pemacu pembangunan ekonomi Malaysia yang berjaya.

“Walaupun sektor pembinaan hanya menyumbang kira-kira empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 atau RM42 bilion, ia mempunyai hubungan dengan ekonomi secara keseluruhan, terutamanya sektor pembuatan dan perkhidmatan, yang menyumbang sebahagian besar daripada bahagian ekonomi, kira-kira 74 peratus daripada KDNK,” katanya.

Sementara itu, katanya, pasaran perumahan Malaysia tidak sekata dengan permintaan melebihi penawaran terutamanya segmen rumah mampu milik yang berharga di bawah RM250,000.

“Hanya 21 peratus daripada perumahan baharu di Malaysia berharga di bawah RM250,000 pada 2014 susulan lebihan penawaran hartanah bernilai tinggi yang berharga lebih RM500,000,” katanya.

Johari berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan rumah mampu milik yang berkualiti disediakan untuk rakyat terutamanya untuk pembeli rumah kali pertama.

Antara inisiatif itu ialah 170,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima) yang akan dijual 20 peratus di bawah harga pasaran.

“Sebanyak 10,000 unit dijangka siap pada 2017,” katanya.

Menurutnya, inisiatif lain termasuklah 10,000 Rumah Mesra Rakyat yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Nasional Bhd (SPNB) dengan subsidi sebanyak RM20,000 untuk setiap rumah.

Katanya, bagi menangani isu tersebut memerlukan bukan sahaja komitmen daripada kerajaan tetapi juga sokongan daripada sektor swasta termasuk golongan hartanah.

Isu pembelian rumah dalam Bajet 2017

ISU pembelian rumah dalam kalangan generasi muda dijangka menjadi antara keutamaan dalam Bajet 2017 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 21 Oktober ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz berkata, isu ini perlu diberi perhatian berikutan ramai golongan muda tidak dapat memiliki rumah disebabkan harga yang tinggi.

“Ramai golongan muda tidak dapat membeli rumah disebabkan harganya yang mahal selain tidak mampu dari segi pendapatan.

“Perkara ini perlu dilihat dengan mencari kaedah untuk menangani ‘lompang’ yang wujud disebabkan komitmen kewangan lain seperti pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), kereta, sewa rumah dan sebagainya yang menyebabkan mereka tidak layak meminjam,” katanya.

Beliau yakin Bajet 2017 akan berupaya meneruskan pembangunan ekonomi negara dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa.

Usaha kurangkan kos pembinaan

KERAJAAN Negeri Sembilan akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) dalam masa terdekat ini untuk mengenal pasti kaedah mengurangkan kos pembinaan, sekali gus menurunkan harga hartanah berkaitan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dia telah meminta Rehda mengemukakan cadangan termasuk membabitkan kelonggaran syarat-syarat tanpa berkompromi aspek keselamatan.

“Kerajaan negeri akan berbincang dengan Rehda untuk melihat aspek pembangunan yang boleh dikecualikan bagi mengurangkan kos pembinaan dan harga.
“Misalnya jika ada syarat mengenai tangga kedua, kita akan melihat apa perlunya pembinaannya yang melibatkan perbelanjaan lebih tinggi serta mengurangkan ruang,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, aspek lain yang diteliti adalah proses kelulusan sesebuah projek perumahan.

“Kita mahu melihat langkah untuk mempercepatkan proses kelulusan. Jika terlalu lama, ia hanya menambah kos kepada pemaju yang perlu membuat bayaran faedah kepada bank,” katanya.

Sementara itu, Mapex 2016 selama tiga hari di Seremban Prima yang bermula hari ini, menawarkan sebanyak 2,190 unit kediaman dan hartanah komersial bernilai RM1.98 bilion.

Seramai 18 pemaju perumahan dan sebuah bank tempatan menyertai ekspo bertemakan, Pemilikan Rumah Menerusi Pembiayaan Pintar.

Harta pusaka orang Islam tidak dituntut RM60 bilion

0

harta-pusaka

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Harta orang Islam meliputi rumah dan tanah yang tidak dituntut di Malaysia mencecah sebanyak RM60 bilion berbanding RM6.6 bilion berbentuk wang simpanan sehingga Februari 2016 berdasarkan rekod Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Tanah dan Galian.

faraid-harta-pusakaPemahaman dan kesedaran umat Islam tentang kepenting­an mengurus harta sebelum kematian sangat rendah menyebabkan banyak harta pusaka masih belum dituntut. Ia juga didorong oleh faktor kurang pemahaman dan pengetahuan tentang proses pembahagian pusaka dari segi hukum dan undang-undang.
Apabila waris tidak tahu cara untuk mengurus harta si mati, akhirnya harta pusaka tersebut terbiar begitu sahaja tanpa dituntut. Selain itu, pertikaian keluarga atau wa­­ris berebut harta pusaka me­nyum­bang kepada faktor urusan pembahagian pusaka tergendala.

Harta adalah satu elemen pen­ting dalam kehidupan manusia dan umat Islam seharusnya meng­urus dan me­rancang harta dengan baik dan sempurna supaya ia tidak dibazirkan dan dapat diguna dengan cara yang mengikut syarak.

Usaha memastikan harta pusaka ditadbir dengan baik selepas seseorang individu me­ninggal dunia adalah penting supaya segala perkara khususnya melibatkan hutang dapat diselesaikan selain kebaji­­­­­k­an anak-anak terjamin.

Melalui perancangan harta yang lengkap dan sempurna, kita dapat memastikan harta yang dikumpul semasa hidup dibahagikan kepada waris-wa­ris tersa­yang.

 

Waspada kadar tinggi penipuan jual beli rumah

0

index Kes penipuan jual beli rumah yang mencatatkan peningkatan dalam tempoh kebelakangan ini, melibatkan kerugian puluhan ribu ringgit memerlukan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa membeli hartanah.

Nasihat kami ialah mendapatkan khid­mat yang pakar untuk membantu mereka membuat carian hartanah, cukai pintu dan cukai tanah.
Tanpa ilmu pengetahuan pembelian hartanah, usaha untuk membeli rumah melalui lelongan awam juga boleh mendatangkan masalah dan menye­babkan pembida yang berjaya akhirnya terpaksa mengeluarkan wang lebih banyak.

Bagi rumah dilelong, peguam atau ejen hartanah boleh membantu orang ramai membuat semakan dengan pihak pemaju mengenai latar belakang rumah berkenaan termasuk jumlah bayaran pe­nyenggaran yang tertunggak sekiranya ada.

Walau bagaimanapun, orang ramai tidak seharus­nya menyerah­-
kan bulat-bulat sebaliknya perlu juga mengambil tahu berkenaan prosedur jual beli rumah berkenaan.

Semua dokumen yang ditandatangani akan mengikat diri anda. Alasan bahawa anda tidak memahami apa yang ditandatangani, tidak tahu, tidak baca, atau disuruh tandatangan oleh pihak ketiga, sukar diterima daripada sudut undang-undang melainkan wujud unsur paksaan.

Pelantikan peguam dalam transaksi jual beli melibatkan kos dan jumlah bayaran yang dikenakan adalah berbeza berdasarkan nilai transaksi dan duti setem atas pindah milik.

Lebih besar nilai transaksi, lebih besar jumlah wang yang pembeli perlu peruntukkan untuk maksud tersebut.