Home Blog Page 51

Lebih banyak pelaburan masuk Iskandar Malaysia

0

JOHOR BAHARU: Iskandar Malaysia kini mungkin melalui tempoh perlahan, namun tidak menimbulkan sebarang masalah berdasarkan momentum pesat yang dialami oleh wilayah ekonomi itu sejak lapan tahun lalu.

Hartanah hanya adalah satu sub bidang sektor yang mengalami kelembapan manakala sektor lain masih bergerak pada kadar konsisten seperti yang dirancang. Ini semua adalah hasil daripada cerita kejayaan ‘menjual impian’ di peringkat domestik dan antarabangsa pada peringkat awal penubuhannya, yang kini bukan lagi sekadar ‘mimpi’ berdasarkan pelbagai tawaran dan peluang yang disediakan.

Sambil memperakui bahawa usaha memperkenal Iskandar Malaysia pada peringkat awal sangat sukar, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim, berkata kejayaan mengetengahkan daya tarikan Iskandar Malaysia dengan pelbagai elemen kepada pelbagai peringkat adalah usaha yang sangat penting bagi IRDA.

“Sepanjang sembilan tahun lalu, kami dapat simpulkan bahawa Iskandar Malaysia telah berkembang secara konsisten dan berkualiti. Itulah yang sangat penting kepada kami.

“Konsisten dan kualiti menunjukkan Iskandar Malaysia terus kompetitif dengan hakikat bahawa kami dapat mengetengahkan Iskandar Malaysia daripada pelbagai elemen yang menjadikan rantau ini wilayah menarik untuk pelaburan, bekerja serta tempat kediaman,” katanya dalam temu bual baru-baru ini.

Menyentuh mengenai cabaran dalam membangunkan Iskandar Malaysia, Ismail berkata mengimbangi antara pembangunan dan mengekalkan agenda mesra alam dan kelestarian adalah tugas yang sukar buat IRDA.

“Pada peringkat awal, cabarannya banyak membabitkan usaha untuk memenangi hati dan minda orang ramai dan komuniti perniagaan bahawa Iskandar Malaysia sangat penting untuk mereka… dan kami sudah melepasi fasa itu.

“Cabaran hari ini pula berkisar kepada sejauh mana kami dapat meyakinkan masyarakat apa yang akan ditawarkan di Iskandar Malaysia (dan) apa lagi yang akan dibangunkan oleh kerajaan dari segi ekosistem yang menjadikan Iskandar Malaysia lebih kompetitif serta peluang yang tersedia,” katanya.

Dengan itu, mereka akan mendapat akses kepada pasaran, peluang untuk wujudkan aktiviti ekonomi dalam kelompok itu, bentuk kualiti hidup yang akan disediakan di situ bagi membolehkan penghuninya bukan sahaja dapat menikmati tahap pendapatan yang tinggi malah kualiti hidup yang sama baik.

Bagi sektor ekonomi, Ismail berkata sebahagiannya sudah pun bergerak mengikut rentak masing-masing, ada yang ketinggalan, dan menilai kembali perkembangan lain sebelum memulakan projek. “Sektor yang tumbuh secara konsisten ialah bidang pelancongan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan.

Kami kini hampir memenuhi fasa kedua pelan pembangunan Iskandar Malaysia “Kini sudah mula menyaksikan, mungkin tiga atau lebih sektor, bertapak – kreatif, logistik dan minyak serta oleokimia dalam tempoh satu hingga dua tahun,” katanya. Tiga lagi bidang, elektrik dan elektronik, makanan dan pemprosesan makanan serta perkhidmatan perbankan – menjadikan semua sembilan sektor dalam pelan induk Iskandar Malaysia, mungkin dimulakan lewat sedikit.

Sambil menjawab kritikal bahawa kewujudan Iskandar Malaysia mengalih’ atau menjejaskan peranan Kuala Lumpur, Ismail berkata wilayah ekonomi itu membolehkan penerokaan bidang baharu serta menyediakan alternatif untuk komuniti perniagaan. Mengenai pelaburan baharu tahun ini, Ismail berkata sasarannya ialah untuk meraih RM30 bilion, dengan kira-kira RM5 bilion menerusi logistik, selain sektor perkilangan.

Menceritakan aspirasi masa depan Iskandar Malaysia, beliau berkata wilayah ekonomi itu matang dalam tempoh 10 tahun, dan rakyat akan menjadi penerima manfaat terbesar. “Ia seperti papan pemuka, banyak butang yang perlu akan pantau, sama seperti juruterbang yang menerbangkan kapal terbang, beliau tidak boleh hanya melihat satu butang sahaja. “Anda perlu memandang banyak butang bagi memastikan pesawat terbang lancar ke destinasinya. “Ini samalah dengan Iskandar Malaysia. Itu sebab saya selalu kata Iskandar Malaysia adalahn sebuah perjalanan.

“Pelepasan pada 2005, pendaratan pada 2025, dan di sepanjang jalan, kami perlu memantau papan pemuka bagi memastikan kami tidak terbang separuh kosong, pastikan bahan api sentiasa ada, sistem penyaman udara berfungsi, penumpang selesa… banyak benda yang kami nak buat.” Apa sahaja yang berlaku pada masa depan, Iskandar Malaysia pastinya menjanjikan masa depan yang cerah. – BERNAMA

Mohamad jumpa Najib bincang MVV 10 Julai

0

SEREMBAN 1 Julai – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan pelaksanaan pembangunan wilayah ekonomi baharu, Malaysia Vision Valley (MVV) di kawasan barat negeri ini pada 10 Julai ini.

Katanya, pertemuan itu untuk membincangkan terma dan syarat bagi membangunkan wilayah ekonomi baharu itu di kawasan seluas 108,000 hektar yang bakal melengkapkan pembangunan Lembah Kelang.

“Pertemuan itu akan membincangkan sama ada perlu ditubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu atau pun mewujudkan satu pihak berkuasa yang menguruskan pembangunan di situ sebagaimana koridor-koridor pembangunan lain,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Kata Mohamad, hal itu akan diputuskan bersama Perdana Menteri supaya pelaksanaan MVV dapat berjalan lancar sebaik sahaja Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bermula tahun hadapan.

“Konsepnya tidak seperti koridor wilayah yang lain, tetapi MVV ini dilakukan dengan pemacu swasta yang mengumpulkan beberapa pemilik tanah, ladang mahupun estet dan diadakan pelan induk untuk satu pembangunan bandar yang besar,” ujarnya.

Mohamad berkata, di bawah MVV ini, Kerajaan Pusat akan membantu untuk membangunkan infrastruktur.

Kata beliau, antara perancangan yang akan dibentangkan kepada Perdana Menteri termasuklah usaha menarik pelabur baharu dalam konsep menyediakan industri berasaskan kampus.

“Karektor pelabur selalu berubah dan bagi syarikat multinasional dan antarabangsa, mereka lebih berminat membina pelan industri lengkap dengan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), kompleks latihan, asrama dan sebagainya dalam tapak industri yang dibangunkan.

“Itu juga yang akan diadunkan dalam pakej pembangunan MVV ini,” katanya.

Jelasnya, selepas kerajaan negeri memperkenalkan Dasar Perumahan Negeri 2015 bagi rumah mampu milik, pihaknya akan perkenalkan pula skim kedai mampu milik dan diikuti industri mampu milik.

“Dalam kawasan MVV itu, terdapat 2,630.457 hektar yang akan dijadikan tapak industri, di mana dalamnya akan dicadangkan juga untuk diwujudkan kawasan industri mampu milik khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memberi peluang golongan itu memiliki industri sendiri atau lot tanah yang ditawarkan,” katanya.

Mengenai Central Park di bawah pakej pembangunan MVV itu, Mohamad memberitahu, memang dinyatakan bahawa satu taman riadah dan rekreasi perlu diwujudkan sekurang-kurangnya berkeluasan 404.686 hektar.

“Taman itu akan ditanam pokok besar, ada trek joging dan kawasan rehat yang nyaman. Namun begitu di beberapa kawasan pembangunan lain di bawah pakej MVV itu, akan ada juga kawasan hijau untuk kegunaan rakyat,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, pembangunan wilayah ekonomi baharu MVV itu adalah juga dalam radar pembangunan Negeri Sembilan yang mana ia dikenali sebagai Pelan Pembangunan dan Pemodenan Negeri Sembilan 30 Tahun, bermula 2015 hingga 2045.

MVV akan dipacu seiring pelaksanaannya sehingga tahun 2045 dengan nilai pembangunan kasar (GDV) adalah RM641 bilion, yang juga akan menyaksikan penambahan sebanyak 3.5 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Sumber: Utusan Online

SPNB sasar bina 15,000 lagi rumah aspirasi rakyat

0
KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina baki 15,000 lagi Rumah Aspirasi Rakyat (RAR) di seluruh negara tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Aspirasi, Datuk Ahmad Azizi Ali. Katanya, SPNB telah memeterai perjanjian dengan beberapa rakan kongsi dan pihak pemaju bagi merealisasikan pembinaan itu bagi memenuhi sasaran pembinaan keseluruhan RAR tahun ini sebanyak 20,000 unit. Beliau berkata, setakat kini 5,000 unit RAR sedang dibina di beberapa negeri seperti Johor, Selangor, Kedah dan Perak.
“Pembangunan setakat ini (5,000 unit) adalah pada 50 hingga 70 peratus dan dijangka siap tahun depan,” katanya pada sidang media selepas mengagihkan bubur lambuk di ibu pejabat SPNB di sini. Menurut Ahmad Azizi, rumah-rumah itu adalah produk utama SPNB dan projek itu paling penting menyasarkan golongan muda berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah sendiri pada harga lebih murah dari harga pasaran. Namun harga rumah berkenaan sedikit berubah mengikuti lokasi.
“Aspek kualiti tetap menjadi keutamaan pihak kami. Kita (SPNB) akan bina lebih banyak rumah mampu milik pada masa hadapan bagi memenuhi keperluan dan permintaan,” katanya. Kira-kira 1,400 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai pada majlis itu yang julung kali diadakan sempena Ramadan. – BERNAMA

Pasaran hartanah mendatar pada 2015

0
KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah dijangka mendatar sepanjang tahun ini disebabkan sentimen belian yang lemah, kata Presiden Institut Ejen-ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Siva Shanker. “Kini pasaran pada tahap sederhana, dengan pembeli enggan memasuki pasaran dan mengekalkan pendekatan berhati-hati,” katanya. Beliau berkata, pasaran dijangka tidak memperlihatkan peningkatan dari segi jumlah transaksi, namun harga dijangka naik. “Ini bukan disebabkan oleh GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) kerana dengan atau tanpa GST, harga akan terus meningkat berikutan kos pembinaan, bangunan dan tanah terus meningkat,” katanya selepas Forum Pengurusan Pelaburan Affin Hwang Asset 2015 di sini hari ini.

Tahun depan, katanya pasaran dijangka menyaksikan peningkatan lima hingga enam peratus, terutama hartanah kediaman. “Selari dengan unjuran perkembangan pasaran pada 2018, dipacu oleh bekalan, permintaan dan lokasi hartanah, mereka yang merancang membeli rumah, perlu melakukannya sekarang disebabkan lebih lama anda menunggu, anda perlu membayar harga yang lebih tinggi,” katanya. Pada forum itu, beliau berkata mereka yang mencari hartanah, terutama pembeli kali pertama, wajar membeli rumah mampu milik dan menaik tarafnya kemudian. “Ada yang lazimnya mahu membeli hartanah yang tidak mampu mereka beli sekarang dan menyimpan wang untuk tujuan itu. Namun apabila sudah mampu, harganya kian meningkat. “Adalah lebih baik membeli hartanah pada kos yang lebih rendah dan menjualnya dan membeli hartanah yang lebih besar dan baik kemudian,” katanya. – BERNAMA

Malaysia Vision Valley bakal lonjak ekonomi

0

Selepas Iskandar Malaysia, Koridor Utara (NCER) dan Koridor Pantai Timur (ECER)… kini akan dibangunkan sebuah lagi wilayah pembangunan ekonomi di Malaysia yang akan dikenali sebagai Malaysia Vision Valley (MVV).  MVV ini akan dibangunkan di kawasan barat Negeri Sembilan sebagai pemangkin di kawasan pantai barat dan pelengkap kepada pembangunan Lembah Kelang.

Pembangunan MVV akan meliputi kawasan seluas 108,000 hektar / 1,080 km persegi.  Sebagai perbandingan, Iskandar Malaysia adalah seluas 221,700 hektar/2,217 km persegi, NCER (1,781,600 hektar/17,816 km persegi), ECER (6,673,600 hektar/66,736 km persegi).

Tidak banyak fakta tentang MVV yang telah dimaklumkan atau diputuskan setakat ini sehingga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan pada 10 Julai ini.

Walau bagaimanapun, antara yang menarik yang akan terkandung di dalam pembangunan MVV ini nanti adalah pembinaan bukan sahaja rumah mampu milik tetapi juga kedai dan industri mampu milik yang pastinya dinantikan oleh mereka yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.

Kredit: n9kini.com
Kredit: n9kini.com

Baca berita lanjut di bawah:-

Malaysia Vision Valley bakal lonjak ekonomi

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pembentukan wilayah pembangunan ekonomi, Malaysia Vision Valley di bahagian barat Negeri Sembilan bakal melonjakkan pertumbuhan ekonomi pesat yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kedudukan wilayah ekonomi itu cukup strategik dan bakal menarik pelbagai pelaburan swasta.

“Dengan pelbagai pembangunan Wilayah Ekonomi di seluruh negara, kita merasakan ada satu koridor di tengah-tengah negara yang belum dicungkil sepenuhnya potensi iaitu kawasan selatan Lembah Klang.

“Kalau kita melihat kedudukan tempat seperti Port Dickson hanya sejauh kira-kira 30 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sekiranya kita dapat bangunkan lagi infrastruktur, kita dapat meningkatkan pertumbuhan bersama kawasan industri di Nilai dan Seremban,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 hari ini mengumumkan pembentukan Malaysia Vision Valley di kawasan seluas 108,000 hektar yang bakal melengkapkan pembangunan di Lembah Klang.

Dalam pada itu, Abdul Wahid berkata, peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM260 bilion dalam RMK-11 merupakan peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding peruntukan RM230 bilion dalam RMK-10.

“Sudah tentu sekiranya kita hendak memenuhi setiap permintaan negeri-negeri dan pelbagai kementerian, peruntukan itu tidak akan mencukupi namun kita akan mengoptimumkan apa yang kita belanjakan.

“Oleh itu, kita telah memperkenalkan satu kayu pengukur baharu iaitu Indeks Kreativiti untuk mengukur manfaat yang diperoleh daripada sesebuah projek dengan tidak hanya mengambil kira peruntukan dikeluarkan,” katanya.

Sumber: Utusan Online

Sewaan ke atas unit komersial tiada GST

0

KUALA LUMPUR – Pembekalan bagi sewaan ke atas unit komersial tidak akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika tidak mencapai had RM500,000 setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memutuskan supaya bekalan perkhidmatan bagi semua jenis rumah kediaman berstrata meliputi kos rendah, sederhana dan mewah dikecualikan daripada GST.

Katanya, melalui subseksyen 18 (2) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, perkhidmatan kepada pemilik perumahan kos rendah dan pertengahan rendah di bawah hak milik strata dikategorikan sebagai bekalan dikecualikan.

“Ia diperluaskan untuk meliputi semua kategori perumahan kediaman dipegang di bawah hak milik strata.

“Ini bermaksud, apa-apa fi yang dikenakan oleh perbadanan pengurusan dan badan pengurusan bersama (JMB) ke atas penyelenggaraan serta pengurusan termasuk dana luar jangka adalah dikecualikan CBP,” katanya yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis yang diedarkan di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) yang ingin tahu sama ada GST perlu dikenakan ke atas apa-apa fi penyelenggaraan, pengurusan dan dana luar jangka oleh JMB dan badan pengurusan terhadap unit-unit komersial.

GST bakal dilaksanakan pada 1 April ini pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Bagaimanapun, Najib memberitahu jika pihak JMB atau perbadanan pengurusan membuat pembekalan bercukai seperti sewaan ke atas unit-unit komersial dan nilai had tahunan pembekalan tersebut mencapai RM500,000 setahun, maka pembekalan tersebut perlu dikenakan GST.

Pada 28 November lepas, beberapa agensi berkaitan hartanah telah mengemukakan petisyen meminta perubahan dibuat terhadap klasifikasi daripada penawaran kadar cukai standard kepada sifar bagi bayaran penyelenggaraan, dana luar jangka dan semua bayaran lain berkaitan yang dibayar oleh pemilik.

Kementerian Kewangan pada 5 Jan 2015 telah memberi maklum balas positif terhadap petisyen itu dengan persetujuan kerajaan menambah senarai pengecualian GST daripada kos rendah dan sederhana kepada hartanah kediaman berstrata. – Bernama

GST bakal naik harga rumah

0

PELAKSANAAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula April 2015 akan memberi impak negatif ke atas industri hartanah, sekali gus memberi kesan terhadap kenaikan harga rumah terutama kepada pembeli rumah mampu milik.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Seri Michael KC Yam berkata, selain pelaksanaan GST, kenaikan harga rumah juga didorong oleh beberapa faktor iaitu kesukaran pemaju mendapatkan pekerja selain soal gaji dan kekurangan pekerja.

“Faktor kedua adalah disebabkan kenaikan harga dan kekurangan bekalan bahan binaan utama seperti simen, bar keluli, pasir dan batu-bata.

“Pemain industri merasakan adalah perlu untuk melanjutkan penarafan cukai sifar ke atas bahan binaan utama ini bagi membantu menguruskan aliran tunai dengan lebih baik,” katanya selepas mengumumkan Laporan Kajian Industri Hartanah Rehda, di Kelana Jaya, semalam.

Menurutnya, pelaksanaan GST akan menyebabkan tambahan kos lain yang mana pemaju juga berdepan cukai sedia ada iaitu setem duti, cukai keuntungan harta tanah, levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan cukai perkhidmatan.

“Kami juga mahu agar kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk menaikkan setem duti kepada empat peratus dan mengekalkan kadar maksimum tiga peratus seperti dinikmati sektor hartanah sekarang,” katanya.

Sementara itu, hasil kajian laporan itu ke atas 150 pemaju dari 12 negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati jumlah pelancaran unit perumahan bagi tahun kedua 2013, menurun berbanding tahun sama sebelumnya.

“Prestasi jualan turut mencatat penurunan 20 peratus berbanding separuh tahun pertama 2013. Bagaimanapun pembeli tempatan masih mendominasi pasaran hartanah dan pembelian adalah bagi tujuan kediaman sendiri,” katanya.

Property agents say oversupply will leave speculators out in the cold

0

KUALA LUMPUR, Feb 24 — Speculators looking to make quick profits by flipping newly built properties are likely to be disappointed this year, the Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA) said today.

The ample supply of properties coming into the market this year and next will help temper prices, giving genuine buyers the advantage after years of hefty property price gains.

MIEA president Siva Shanker said many Malaysians had previously rushed to buy new properties from developers, thanks to incentives such as interest-free loans during the construction period along with waivers on legal fees and stamp duty.

“Now we are going to start seeing the effect of this unabated speculation in the past three to four years,” he told reporters here.

With most of these properties scheduled for completion in 2014 and 2015, the primary market will be flooded and depress prices, he said.

The oversupply — especially in hotspots like Kuala Lumpur, Penang and Johor — will be so great that the prices of newly completed properties are unlikely to rise by 20 to 30 per cent as in previous years, he added.

Asking prices will start falling, reaching levels at which developers had sold them off-plan, he said.

Unable to get the desired prices for their brand new houses, the owners will be forced to rent them out, depressing rental rates.

Siva also said property buyers will start looking at houses in the secondary market which would cost 30 per cent to 40 per cent lower than brand new houses, with renewed focus on more established areas such as Bangsar, Cheras and Damansara Heights.

He attributed this partly to the removal of incentives to buy new property, such as the scrapping of the Developers Interest Bearing Scheme (DIBS) in which the developer pays the interest payments for the buyers’ housing loans during the construction period.

MIEA, which represents 20,000 real estate agents nationwide, today also hoped the federal government would consult it before deciding on measures against property investors clubs to curb speculation.

Stopping short of calling for property investors clubs to be declared illegal, Siva suggested that the government step in to regulate such activities.

Genuine house buyers would be impacted by the fluctuating prices and supply of homes compared to such clubs that were able to buy “what they cannot afford” and do not need, he said.

Urban Well-being, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan has said his ministry will soon announce a new plan to curb speculation.

Abdul Rahman said property developers who want to sell more than four units to bulk buyers would need to get the Controller of Housing’s nod under the expected new condition, though talks between the government and the Real Estate and Housing Developers’ Association of Malaysia (Rehda) are still ongoing.

Under the Budget 2014 tabled last October, the government announced a hike in the real property gains tax (RPGT) to discourage speculation.

To curb property flipping, the tax was doubled to 30 per cent for properties disposed within three years of acquisition, 20 per cent within the fourth year, and 15 per cent on the fifth year.

– Source: MalayMail

Pelaksanaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor perlu dipercepatkan – Shahrir

0

JOHOR BAHRU: Pelaksanaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 perlu dipercepatkan bagi memberi peluang lebih ramai warga negeri ini untuk membeli rumah mampu milik.

Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, enakmen yang sudah diluluskan pada Jun 2014 itu, masih perlu juga diperjelaskan, bagi membolehkan rakyat mengetahui apakah faedah dan peluang bagi memiliki hartanah mampu milik. “Memang akan ada lebih banyak rumah mampu milik akan didirikan terutama di kawasan Iskandar Malaysia, contohnya di atas tanah yang dimiliki oleh agensi kerajaan. Namun kita masih berharap pelaksanaan LPHJ 2014 dipercepatkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai bakal pembeli,” kata beliau kepada pemberita ketika merasmikan Rakan Kembara Malaysia Johor di Plaza Angsana, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai bagaimana LPHJ boleh membantu orang ramai dalam memiliki rumah mampu milik terutamanya di Iskandar Malaysia.

Enakmen LPHJ yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Johor itu, bakal melibatkan penyediaan dasar, pelaksanaan, penyelarasan serta perancangan pembangunan sektor perumahan dan hartanah di negeri itu.

Shahrir, yang juga Anggota Majlis Penasihat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), turut menjelaskan pemilikan rumah mampu milik itu turut akan disokong program lain seperti program sewa beli dan bantuan daripada Baitulmal untuk rakyat termiskin, dalam usaha memastikan segenap lapisan masyarakat berpeluang memiliki rumah.

Ketika ditanya mengenai sama ada Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) boleh dimiliki oleh mereka yang belum berkahwin, beliau menjelaskan permohonan dari kumpulan ini masih diterima.

“Bagaimanapun, keutamaan mungkin diberi kepada golongan yang sudah berkahwin. Apabila bekalan rumah semakin banyak, peluang kepada mereka yang belum berkahwin akan lebih terbuka,” kata Shahrir.

Mengenai program Rakan Kembara Malaysia Johor, beliau berkata ia dilihat dapat memberi banyak manfaat kepada golongan belia kerana ia membabitkan pengembaraan dengan pelbagai program pengisian termasuk misi bantuan kemanusiaan.

Beliau, yang juga Rakan Eksekutif Rakan Kembara Malaysia Johor, turut mengalu-alukan penyertaan lebih ramai belia kepada program ini, yang kini mempunyai keanggotaan sebanyak 4,300 seluruh Malaysia termasuk lebih kurang 1,000 anggota di Johor.

Selain dapat menyertai aktiviti berbentuk pengembaraan, anggotanya juga akan memperolehi perlindungan insurans nyawa dan kecacatan kekal serta potongan harga jika berurusan dengan rakan strategik Rakan Kembara Malaysia, kata Shahrir. – BERNAMA

Tribunal Pengurusan Strata atasi masalah penduduk

0

Kerajaan akan mewujudkan Tribunal Pengurusan Strata selaras dengan penguatkuasaan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang bakal diumumkan oleh Menteri Kesejahteraaan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak lama lagi.

Menurut kementerian berkenaan dalam satu kenyataan di sini hari ini, melalui tribunal tersebut, segala masalah atau pertikaian yang timbul dalam kalangan penghuni serta pihak-pihak berkepentingan akan dapat diselesaikan dengan mudah, cepat dan murah.

Kata kenyataan itu, secara ke­seluruhannya penguatkuasaan akta tersebut mampu memberi kesan positif dan signifikan kepada jutaan penduduk yang tinggal di bangun­an berstrata.

“Sebagaimana kita sedia maklum, sebahagian besar penduduk di bandar-bandar utama di negara ini tinggal di bangunan berstrata. Komuniti yang tinggal di bangunan berstrata membentuk 30 peratus daripada populasi kadar utama negara kita.

“Untuk menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup mereka, pengurusan bangunan berstrata mestilah mencapai tahap yang tinggi seperti ditetapkan kerajaan. Bagi tujuan penambahbaikan kerajaan turut memperkenalkan Akta Pengurusan Strata 2013,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-69 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta dihadiri Abdul Rahman; Timbalannya, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Arpah Abdul Razak.

Menurut kenyataan tersebut, akta itu lebih komprehensif selain berperanan menggantikan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007.

Dalam pada itu, ujar kenyataan tersebut, mesyuarat hari ini telah bersetuju beberapa perkara antaranya termasuk penetapan tarikh kuat kuasa akta yang baharu itu dan juga keperluan resolusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, anggota tribunal, pegawai serta kakitangan tribunal berkenaan.

Turut diputuskan, kata kenyataan berkenaan adalah pemakaian Malaysian Private Entities Reporting Standards (MPERS) sebagai asas penyediaan penyata kewangan Pihak Pengurusan Bangunan Berstrata di negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sumber: Utusan Online