Home Blog Page 56

80,000 unit PR1MA di Lembah Klang

0

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam menjelaskan, rakyat yang memiliki rumah mampu milik menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bukan saja menambah aset, malah dapat meningkatkan nilai kekayaan peribadi.

Perdana Menteri berkata, keuntungan hasil pemilikan kediaman PR1MA terbukti apabila harga ditawarkan dalam lingkungan mampu dibeli kumpulan sasar yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM7,000 sebulan iaitu sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah berbanding harga di pasaran.

Program hasil kekayaan

“Pelaksanaan projek berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai projek untuk memiliki rumah semata-mata, sebaliknya ia boleh dianggap sebagai program menghasilkan kekayaan.

“Jarang ada projek seperti ini. Kalau kita beli kereta hari ini, esok nilainya akan susut, tetapi jika kita dapat rumah PR1MA hari ini, mungkin esok kita bakal mendapat untung 20 hingga 30 peratus. Sebab itu projek ini mendapat sambutan yang cukup hangat,” katanya pada majlis pelancaran Rumah PR1MA Lembah Klang dan PR1MA Alam Damai di Bandar Tun Razak, Cheras, semalam.

Setakat ini, lebih 100,000 unit rumah PR1MA dilancarkan untuk manfaat rakyat berusia lebih 21 tahun, berpendapatan antara RM2,500 hingga RM7,000 dan memiliki sebuah rumah, sama ada bujang atau berkeluarga.

Jumlah berkenaan membabitkan 25,000 di Johor, 11,000 (Negeri Sembilan), 10,000 (Pulau Pinang), 10,000 (Melaka) dan terbaru diumumkan sebanyak 50,000 rumah PR1MA akan dibina di sekitar Lembah Klang.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik; Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis; Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat.

Perdana Menteri turut mengumumkan pembinaan 80,000 unit rumah mampu milik bagi warga kota berpendapatan sederhana di sekitar Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan.

Sedia kemudahan

Katanya, daripada jumlah itu, 50,000 unit akan dibina di Lembah Klang menerusi PR1MA, manakala baki 30,000 unit lagi adalah komitmen Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di Wilayah Persekutuan, termasuk Putrajaya dan Labuan.

Mengenai PR1MA Alam Damai, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, projek itu terletak di lokasi strategik kerana boleh diakses dari Lebuh Raya Cheras-Kajang, Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan bakal mempunyai tiga stesen My Rapid Transit (MRT).

Beliau berkata, projek di PR1MA Alam Damai membabitkan 2,078 unit akan dibangunkan secara usaha sama antara PR1MA, Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) dan pemaju swasta iaitu Transgreen Sdn Bhd.

PR1MA homes for TNB staff

0

EASING BURDEN: Scheme open to those earning between RM2,000 and RM7,500

TENAGA Nasional Berhad (TNB) staff will be able to purchase homes at an affordable price under the “Program Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia” (PR1MA) project.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak made this announcement yesterday to some 3,000 TNB staff during his working visit to its headquarters in Jalan Pantai.

Earlier, he witnessed the signing of a memorandum of understanding (MoU) between TNB and PR1MA.

Construction of the 80,000 house units will commence later this year.

Najib said the scheme, is open to all TNB staff with an income ranging between RM2,000 and RM7,500.

“Not only is it affordable but it would also help ease TNB staff’s burden in purchasing homes.”

He said the proposed project will be developed on a 3.2 hectare land in Kajang belonging to the utility company and will be located near a proposed Mass Rapid Transit station.

“The tie-up will also help realise the government’s National Transformation Policy (NTP) aim.

“The house prices will be lower than those of the market price.”

He said once both the projects were completed, TNB staff would reap benefits in terms of improved standards of living as well as reduced travelling cost.

About 50,000 units would be built under the MoU, while the remaining 30,000 units will be constructed via a tie-up with a private developer.

TNB chairman, Tan Sri Leo Moggie said the effort is part of the company’s commitment towards providing better welfare and benefits for its staff.

“The initiative is actually a brainchild of the prime minister,” he said.
Source: NSTP

Permohonan Skim Rumah Pertama Rakyat 1Malaysia (R1R1M)

1
Bagi mereka yang ingin memiliki rumah di bawah skim Rumah Pertama Rakyat 1Malaysia (R1R1M) bolehlah segera memohon secara online.  Pada masa ini 2 projek baru telah dilancarkan iaitu R1R1M Alam Prima (Fasa 2), Shah Alam dan Laguna Biru (Fasa 2) di Sungai Buloh.
Syarat-syarat kelayakan untuk mereka yang ingin memohon adalah sama seperti Skim Rumah Pertamaku (SRP) dan pastikan jika anda memenuhi syarat tersebut sahaja baru anda memohon skim perumahan ini.

Menurut laman web R1R1M (spnb.com.my), kriteria kelayakan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli Rumah Pertama
  • Individu Berumur Sehingga 35 Tahun
  • Pendapatan Kasar Tidak Melebihi RM5,000 (Perseorangan) /Pendapatan Kasar Tidak Melebihi RM10,000 (Isi Rumah)

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.spnb.com.my

Untuk permohonan R1R1M Alam Prima Fasa Dua dan Laguna Biru Fasa Dua seperti berikut:

1) Maklumat lanjut mengenai Projek Perumahan Laguna Biru Di sini.  Anda boleh membuat pendaftaran dengan mengisi Borang Pendaftaran di Sini.

2) Projek R1R1M Alam Prima Fasa 1 telah habis di jual. Untuk Fasa 2, pendaftaran atas talian masih belum boleh dibuat. Walau bagaimanapun pendaftaran untuk R1R1M boleh dibuat di sini.

R1R1M Laguna Biru SUngai Buloh
R1R1M Laguna Biru Sungai Buloh
Berita lanjut mengenai pelancaran perumahan baru R1R1M ini seperti dibawah.

Pendaftaran atas talian R1R1M dilancar

KUALA LUMPUR: Pendaftaran atas talian Program Rumah Pertama Rakyat 1Malaysia (R1R1M) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dilancar.Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, ia salah satu usaha meningkat pemilikan rumah mampu milik di kalangan golongan muda yang baru bekerja.

“Kita beri tumpuan di Lembah Klang selain pinggir bandar selepas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.”

“Ia usaha melihat golongan sasar mendapat rumah sendiri dengan harga berpatutan sekali gus mengurangkan beban mereka yang tinggal di bandar,” katanya semasa melancarkan pendaftaran atas talian R1R1M Alam Prima Fasa Dua dan Laguna Biru Fasa Dua.

Turut hadir, ahli lembaga pengarah SPNB, Datuk Shuib Md Yusop dan Datuk Abdullah Thalith Md Thani.

R1R1M sebelum ini dikenali Program Rumah Pertama Rakyat Mampu Milik.

Kata Idris, R1R1M yang terletak di Rawang dan Damansara itu berharga dalam lingkungan RM145,000 sehingga RM190,000.

Tahun lepas, SPNB telah melancar pra pendaftaran Program Pertama Rakyat Laguna Biru Sungai Buloh Fasa Dua dan Alam Prima, Shah Alam Fasa Dua.

Sehingga kini, seramai 6,445 pemohon berdaftar bagi kedua projek berkenaan selain maklumat lanjut projek boleh diperolehi di laman sesawang www.spnb.com.my.

SPNB setakat ini sudah membina 29 projek dengan jumlah 22,964 unit R1R1 di seluruh negara – Astro Awani

TP1M Baik pulih pangsapuri usang

0

Kuala Lumpur: Sejumlah RM6.3 juta daripada Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) disalurkan untuk kerja membaik pulih dan menyelenggara perumahan bertingkat kos rendah serta kos sederhana rendah swasta di kawasan Parlimen Setiawangsa.

Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, pihaknya turut memberi sumbangan tambahan menerusi projek Nadi Kasih Yayasan 1Malaysia Development Berhad (IMDB).

Manakala bakinya disumbangkan menerusi kutipan daripada penduduk.

 “Hari ini (semalam), RM888,000 diperuntukkan untuk kerja mengecat lima blok Apartmen Mahsuri. Ini projek keempat menerusi TP1M untuk Parlimen Setiawangsa dan akan diteruskan kepada perumahan bertingkat lain selepas ini,” katanya selepas pelancaran Program Mengecat, TP1M peringkat Parlimen Setiawangsa di sini, semalam.

Majlis disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut meluangkan masa mengecat dinding blok Apartmen Mahsuri di Taman Setiawangsa di sini.

Pangsapuri siap dibina pada 1987 itu memiliki 320 unit kediaman dan menempatkan lebih 2,500 penduduk.

Terdahulu, Muhyiddin mengadakan perjumpaan tertutup dengan Barisan Nasional (BN) Parlimen Setiawangsa.

Zulhasnan berkata, program TP1M bagi Parlimen Setiawangsa membabitkan kerja mengecat enam blok pangsapuri kos rendah dan empat blok pangsapuri kos sederhana rendah, selain meliputi kerja menyelenggara lif serta membaiki bumbung Menara Rajawali di AU3, di sini. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Apartmen Mahsuri, Mat Nasir Baba, 56, melahirkan rasa syukur terhadap bantuan kerajaan dalam mengubah wajah pangsapuri yang berusia lebih 20 tahun itu.

Katanya, ini memandangkan penduduk yang rata-rata terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menyelenggara kediaman yang agak usang itu.

“Jika tidak ada bantuan kerajaan menerusi TP1M, kami tidak mampu menyediakan peruntukan besar untuk mengecat apartmen ini,” katanya Bagi penduduk lama pangsapuri itu Norashid Waharudin, 52, program TP1M bukti kerajaan sentiasa mendengar masalah golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di bandar besar.

“Kami terharu apabila Timbalan Perdana Menteri sendiri turun padang untuk sama-sama mengecat bangunan pangsapuri kami.
“ Selepas ini, kurang rasa segan sekiranya ada saudara-mara datang berkunjung. Setidak-tidaknya, blok kediaman ini meskipun agak berusia, molek pada pandangan mata,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Discount for Seremban Sentral buyers

1

SEREMBAN: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak envisions Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral as affordable city living for middle-income earners.

Najib said the project would stimulate economic growth and turn Seremban into a modern city.

The project will offer 5,000 apartment units — ranging from 500 to 1,250 sq ft per unit — within the high-rise blocks of the RM2.5 billion Seremban Sentral, set to be an integrated hub for transport, commercial and retail activities.

Buyers will receive at least 20 per cent discount per unit.

Residents will have access to rail, light rail transit (LRT) and bus services.

Adjacent to the homes will be commercial offices, a retail mall, health and medical facilities, an education campus, parks and gardens, and a hotel.

Najib, who launched the PR1MA housing project along with Seremban Sentral yesterday, said work on both projects was expected to start this year.

Seremban Sentral will be built on the KTMB Seremban station, with a total land area of 30ha.

“We realise that the price of housing in the Klang Valley, especially in Kuala Lumpur, is too expensive for middle-income earners and since the National Transformation Policy is inclusive of all Malaysians, we decided to introduce PR1MA for this group who are not eligible for the low-cost houses or expensive homes,” Najib said at the launch.

It is estimated that more than 90,000 Seremban residents commute on a daily basis to the Klang Valley via the KTM Komuter service and major highways, such as Lekas and PLUS.

Negri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said PR1MA and Seremban Sentral were proof that Barisan Nasional knows how to transform the economy to benefit the people and still look after their social and community needs.

In Port Dickson later, Najib launched the “Programme to Change the Destiny of Malaysian Indian Children”.

“Under this programme, we are allocating 1,600 places for Indian students with at least three credits in Sijil Pelajaran Malaysia to undertake pre-diploma courses at 20 polytechnics in the country.”

On another note, Najib said 2,000 pairs of spectacles would be handed to people here by 1Malaysia Bhd.

“The recipients can see clearly and will know who to vote for in the next general election,” he said.

Source: NSTP

 

Improved property sentiment in Malaysia

0

PETALING JAYA: In its industry survey on the second half of 2012, Real Estate Housing Developers Association (Rehda) has found that two-thirds of the developers responding intended to launch their residential properties below the RM500,000 price mark in the first half of this year.

The survey also found that the average residential selling prices nationwide are expected to range between RM250,000 and RM350,000, with Kuala Lumpur property selling in the range of RM500,000 to RM1mil and Negri Sembilan and Kelantan selling at the cheapest end at RM100,001 to RM250,000.

In Peninsular Malaysia, Selangor and Penang can expect the most expensive residential launches going at above RM1.5mil. Selangor, however, will also have property sold within the RM350,001 to RM500,000 range.

The survey also showed improved property market sentiment and outlook for the first half of this year.

Speaking at a briefing on the survey, Rehda president Datuk Seri Michael Yam said that one of the key trends among buyers now were green features and good branding.

“Buyers are now more discerning of brands, design concept and how they can build the lifestyle they want around their homes,” he said, noting that the young demographics in Malaysia was important.

While the secondary property market continues to do well, Yam believes there is more capital appreciation potential buying into the primary market.

“The potential of upside is better if you buy a new unit (because) the primary market is not delivering as many units as the market wants,” he said, estimating the shortage of new units to be around 100,000.

Malaysia’s homebuyer profile was largely domestic buyers for owner occupation, Rehda pointed out.

On the outlook for the first half of 2013, Rehda national treasurer Datuk N.K. Tong said there was an upward trend in future launches, as 60% of respondent developers planned to launch projects in the first half of this year compared to 48% in the previous six-month period.

“Among those who are launching in the first half, 61% anticipate to sell above 40% of their total units within the period,” he said of the 21,409 units planned for launch.

Residential property would still be the anchor of the industry, dominating 96% or 20,074 units in the forecast period.

Among the 172 respondents, 67% had projects with unsold units after six months from the date of launch. And within that group, 4% had more than 50% unsold units. More than half of these units were above the RM500,000 price range.

Elaborating on the survey, Tong said the main reasons for unsold units were the increasing number of unreleased bumiputra lots and low demand for higher-end property.

“The number of unreleased bumi units have grown from 39% in the first half to 47% in the second half of the year,” he said, adding that developers from Selangor, Johor and Penang had higher unreleased bumi units.

To this, Yam said there needed to be a revision in the policy for bumi lots to ensure that bumi titles were properly catered to those eligible.

“Likewise, low-cost housing schemes need to be reviewed, as the demand for low-cost housing is also not as strong anymore as people have stigmatised it,” he said.

According to the survey, most developers revealed that the cost of doing business had also increased by between 10% and 20% as compared to the first half of 2012, with labour shortage being cited as the biggest challenge.

Source: The Star

BN akan bina lebih banyak rumah mampu milik di Kedah

0

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) akan membina lebih banyak rumah mampu milik di Kedah, terutama kos rendah, dan meneruskan projek perumahan yang gagal dilaksanakan kerajaan negeri yang diterajui PAS.

Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata BN bukan saja mampu membangun semula projek itu malah akan melaksanakannya dengan lebih baik berbanding kerajaan sedia ada, yang mengambil alih pentadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

 Beliau berkata, BN Kedah mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga projek perumahan yang dilancar kerajaan negeri pada 2010 tetapi belum menunjukkan sebarang kemajuan iaitu di Yan, Bandar Sejahtera Pokok Sena dan Taman Tunku Sarina, Jitra.

“Biasanya, projek negeri ini dibuat atas tanah kerajaan negeri, jadi sudah semestinya ia tidak akan menimbulkan banyak masalah jika kami (BN) mengambil alih pemerintahan daripada PAS.

“Kita akan siapkan projek itu dan kita akan cari jalan untuk memenuhi lebih banyak permintaan untuk memiliki rumah daripada rakyat Kedah,” katanya kepada pemberita selepas program Prihatin 1Malaysia anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Flet Seri Gemilang, Mergong hari ini.

Ahmad Bashah berkata, tapak projek yang dilancar kerajaan negeri itu kini ditumbuhi lalang kerana tidak dibangunkan, sehingga menyebabkan semakin banyak permohonan rakyat untuk memiliki rumah berkenaan tidak dapat dipenuhi.

Beliau berkata, pemimpin PAS negeri suka menuding jari kepada kerajaan pusat berikutan kegagalan mereka dalam isu perumahan rakyat di Kedah, sedangkan kerajaan pusat banyak membantu mereka melaksanakan pelbagai projek perumahan rakyat walaupun negeri ini ditadbir PAS.
“Projek yang mereka lancarkan adalah di bawah tanggungjawab mereka dan tidak perlu menuding jari kepada kerajaan pusat jika ia gagal.

“Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab dengan apa yang mereka kata, dan mereka sudah lancarkan tiga projek perumahan yang kini hanya ditumbuhi lalang,” katanya.

Ahmad Bashah turut mempertikai sikap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang suka membantah apa sahaja projek pembalakan ketika menjadi pembangkang, namun bertindak lebih rakus ketika mengetuai pentadbiran negeri.

“Ketika menjadi pembangkang, beliau adalah orang yang paling lantang membantah projek pembalakan, antaranya projek pembalakan dalam Tasik Pedu dan projek pembalakan penuaian heli, yang akhirnya tidak diteruskan kerajaan negeri BN sebelum ini kerana menerima nasihat daripada jabatan dan agensi terbabit.

“Namun kini kita lihat Azizan, yang dahulu tentang habis-habisan, kini lebih rakus (tebang balak) bila berkuasa,” katanya.

Sumber: Berita Harian

SPNB bina 19,000 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) tahun ini

0
KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bakal membina 19,000 lagi Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di seluruh negara tahun ini.Ketua Pegawai Teknikal SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali, berkata SPNB membina sebanyak 19,700 unit RMR1M dengan subsidi kerajaan sebanyak RM20,000 setiap unit sejak program RMR diperkenalkan pada 2002.

“Kos sebenar sebuah RMR1M ialah RM65,000 dan kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20,000 setiap unit supaya pembeli tidak dibebankan dengan kos yang tinggi, mereka hanya menanggung kos RM45,000 seunit,” katanya selepas merasmikan Program Hari SPNB bersama Media 2013 di sini, hari ini.

Selain memberi subsidi kepada pembinaan RMR1M, kerajaan juga menanggung kos tambahan yang diperlukan untuk kerja ambil alih dan menyiapkan projek perumahan yang terbengkalai.

“Kerajaan tidak mahu membebankan rakyat, oleh itu SPNB tidak dibenarkan menaikkan harga rumah yang terbengkalai, sebaliknya kami menyiapkan rumah tersebut dan kos tambahan ditanggung sepenuhnya kerajaan,” katanya.

Program bersama media yang bertemakan “Selamatkan Gaza” itu diadakan di Kem Isi Rimba, Hulu Kemensah di sini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti riadah dan penyerahan sumbangan RM2,300 oleh pekerja SPNB untuk Tabung Gaza.

Azizi berkata, SPNB juga kini giat menyiapkan dua projek perumahan yang terbengkalai lebih 10 tahun di Batu Pahat dan Tangkak, Johor.
“Taman Jasa Amir di Batu Pahat membabitkan 50 unit rumah manakala terdapat 60 unit rumah terbengkalai di Taman Tangkak Emas, Tangkak dan ia membabitkan kos lebih RM20juta,” katanya.

Sementara itu, Azizi berkata, SPNB juga memulakan pembinaan fasa kedua rumah mampu milik di Laguna Biru, Rawang yang mempunyai 1,200 unit rumah berharga antara RM160,000 ke RM170,000 dan dijangka siap Januari 2015.

– BERNAMA

50 lokasi PR1MA

0

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) mengenal pasti 50 lokasi strategik di kawasan bandar seluruh negara bagi pembangunan perumahan mampu milik untuk tempoh lima tahun akan datang. Lokasi yang dikenal pasti adalah sekitar Lembah Klang, Johor, Negeri Sembilan, Pulau
Pinang, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Persekitaran kondusif
Ketua Pegawai Eksekutif PRIMA, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata pihaknya sentiasa berusaha mengenalpasti dan mendapatkan lokasi bersesuaian bagi mewujudkan persekitaran perumahan dan masyarakat yang kondusif. “Lokasinya secara terperinci akan dimaklumkan melalui
pengumuman dari semasa ke semasa apabila pembangunan berkenaan sedia untuk dilancarkan.
“Harga rumah dibangunkan PRIMA adalah antara RM100,000 hingga RM400.000 seunit, bergantung kepada lokasi dan pembangunan sekitar
kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Katanya, harga rumah PRIMA adalah 20 peratus lebih rendah berbanding rumah dalam kelas dan sekitar lokasi sama.

Kerjasama swasta
“Projek perumahan mampu milik ini akan disiapkan dengan kerjasama sektor swasta dengan tempoh jangkaan siapnya akan diumumkan selepas projek dilancarkan,” katanya. Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 25,500 unit rumah akan dibina di Johor dalam tempoh tiga tahun hingga 2015. Pemohon yang layak membeli rumah, yang akan dibangunkan di kawasan seluas 200 hektar dalam wilayah Iskandar Malaysia itu akan turut menerima diskaun RM51,000 iaitu daripada RM250,000 kepada RM199,000 seunit.

Johor wants developers to build affordable homes

0

JOHOR BARU: Johor has come up with a policy for developers to include affordable homes in their housing projects, Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said.

Under the policy, developers must build houses priced around RM80,000, RM100,000 and RM220,000.

“The state government previously had a policy for developers to build low-cost homes.

“We have changed this to ‘affordable housing’ that includes properties that are bigger and catering also to the medium-income groups,” he said in his annual address to Johor civil service officials at the Pusat Islam Iskandar here yesterday.

Abdul Ghani announced another 10,000 units of affordable houses would be built in the state.

This is on top of the 25,500 affordable homes to be built in Iskandar Malaysia by Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) over the next three years.

Abdul Ghani said the state government had noticed a spike in property prices in Johor, especially in the Iskandar Malaysia region.

“This (revised policy) is one way for us to ensure that the people will still be able to purchase affordable homes in prime areas,” he said, adding that the price of normal terrace houses had reached to about RM700,000 to RM800,000 and the issue needed to be addressed.

Regarding the development in Iskandar Malaysia, the mentri besar said that more than 1.2 million jobs would be generated there by 2020.

“With increased investments and new projects in Iskandar, we expect higher-paying skilled jobs to be offered to the people,” he said, adding that previously the bulk of jobs available to locals was related to the electronics or manufacturing line.

Source : The Star