Home Blog Page 58

Emkay akan lancar 3,680 rumah mampu milik di Cyberjaya

0

CYBERJAYA — Kumpulan Emkay akan melancarkan pembangunan projek rumah mampu milik dengan nilai pembangunan kasar RM500 juta dalam tempoh terdekat, kata pengerusinya, Tan Sri Mustapha Kamal.

Beliau berkata, menerusi projek itu sebanyak 3,680 unit rumah akan dibangunkan untuk memberi peluang kepada semua lapisan rakyat tinggal di Cyberjaya.

“Dalam dua tiga minggu lagi kita akan lancar dan rumah jenis pangsapuri itu akan dijual dengan harga bermula RM120,000, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti pusat dialisis, masjid serta tanah perkuburan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan taklimat mengenai perkembangan pembangunan Cyberjaya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mustapha berkata, melalui projek tersebut konsep rakyat didahulukan dapat dipraktikan sekali gus memastikan sasaran peningkatan penduduk kepada 100,000 orang menjelang 2016 mampu dicapai.

“Projek berkenaan diunjurkan akan dimulakan secara fizikal pada pertengahan tahun ini,” katanya. — BERNAMA

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia ditentukan bank

0

IPOH 12 Jan. – Bermula tahun ini, semua kelayakan permohonan untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) akan ditentukan melalui empat panel bank yang dipilih Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Pengerusi SPNB, Datuk Ir. Idris Haron berkata, proses terbaru itu bakal menyaksikan hanya individu yang memiliki sejarah pengurusan kewangan bersih layak memohon program tersebut dan tertakluk kepada polisi Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata, empat bank berkenaan yang telah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan SPNB ialah CIMB Bank, Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat.

“Tahun ini sedikit berbeza apabila kita menggunakan institusi kewangan dan bank-bank perdagangan untuk membiayai pembinaan projek RMR1M. Namun, kita masih berpegang kepada syarat lama seperti pemohon perlu memiliki tanah, mempunyai tanggungan dan pendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan.

“Proses baru ini bukan lebih menyukarkan, tetapi agak cerewet kerana pemohon hendaklah mempunyai sejarah kewangan peribadi yang bersih, maknanya tiada rekod dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) dan agensi rujukan kredit, Credit Tip Of Service Sdn. Bhd. (CTOS).

“Bank telah meletakkan kriteria (pendapatan) daripada RM750 ke RM3,000. Kalau dahulu ia bawah RM750, kita boleh terima lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Rakyat Bersama SPNB di Parlimen Tambun di sini hari ini.

Majlis yang disempurnakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah itu turut dihadiri Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail.

Program RMR1M yang diwujudkan SPNB bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang, tetapi memiliki tanah untuk membina kediaman sendiri.

Berharga RM65,000, RMR1M mendapat subsidi kerajaan kerajaan sebanyak RM20,000 seunit termasuk subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak dua peratus.

Difahamkan, pengenalan prosedur baru melibatkan permohonan menggunakan panel bank itu adalah bagi mengatasi kadar hutang tidak berbayar (NPL) dalam kalangan pemohon.

Dalam pada itu, Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata, pihaknya menyasarkan pembinaan 21,000 lagi unit RMR1M yang dijangka siap dalam tempoh 3 tahun.

RM2 juta melalui TP1M bagi penyelenggaraan 15 projek perumahan

0

NUSAJAYA 11 Dis. – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) memperuntukkan sejumlah RM2 juta melalui Tabung Penyelengaraan 1Malaysia (TP1M) bagi kerja-kerja penyelenggaraan 15 projek perumahan di negeri ini bagi tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, kos keseluruhan projek itu ialah sebanyak RM2,086,451.80 dengan RM1,746,391.62 ditampung TP1M dan baki RM340,060.18 ditanggung persatuan penduduk dan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Beliau berkata, kerja-kerja penyelenggaraan itu melibatkan tiga pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dengan dua projek, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan 12 projek dan satu projek di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

“Kerja-kerja penyelenggaraan ini melibatkan kerja-kerja mengecat sahaja dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Januari 2013 manakala projek di kawasan seliaan MBJB akan dimulakan pada awal tahun depan,” katanya sebagai menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Sapian (BN-Nusajaya) dalam sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Ahmad Zahri berkata, TP1M merupakan inisiatif KWPKB yang dilancarkan pada 31 Januari 2010 bagi membaik pulih dan menyelenggara perumahan bertingkat kos rendah swasta berharga RM42,000 ke bawah dan sederhana rendah swasta berharga RM42,001 hingga RM80,000 di bandar-bandar utama seluruh negara.

Beliau berkata, peruntukan yang diberikan adalah mengikut geran sepadan 90:10 bagi rumah bertingkat kos rendah swasta iaitu 90 peratus dibiayai melalui TP1M dan 10 peratus ditanggung persatuan penduduk atau JMB.

Bagi kategori rumah bertingkat kos sederhana, beliau berkata, peruntukan yang diberikan adalah dengan nisbah 70:30.

“Kerajaan mengambil pendekatan ini bagi membantu persatuan penduduk atau badan pengurusan kos rendah dan sederhana rendah yang gagal menyelenggara harta bersama dalam kawasan kediaman mereka akibat kekurangan dana.

“Masalah ini dapat kita lihat keadaan rumah pangsa yang uzur dengan cat yang luntur, pelbagai kerosakan seperti tangga, lif, sistem sanitari dan bumbung yang sekali gus menjejaskan kualiti kehidupan penduduk,” katanya.

Pendaftaran Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Dibuka

0

Permohonan untuk Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telahpun dibuka sejak diumumkan beberapa bulan yang lepas.  Berbanding pendaftaran sebelum ini secara manual (PR1MA di Putrajaya) semua permohonan untuk Perumahan Rakyat 1Malaysia akan dilakukan secara online untuk memudahkan pemohon mendaftar.  Selain itu pendaftaran akan menjadi lebih lancar dan telus di mana pemohon akan diberi nombor pendaftaran unik PR1MA untuk tujuan cabutan undi.

Proses pendaftaran juga adalah ringkas di mana pemohon hanya perlu mengikuti beberapa langkah berikut dalam proses pendaftaran secara online.

Klik Untuk Rajah Lebih Besar

Kelayakan dan Syarat:

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  • Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  • Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

Nota:

Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian yang terbuka. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA. Pemilik mesti mendiami rumah PR1MA tersebut.

Lokasi Pembangunan PR1MA.
Pada masa ini lokasi yang telah dimaklumkan oleh PR1MA terletak di Pulau Pinang, Seremban Utara, Seremban 2, Rasah dan Senawang.  Lokasi lain akan dimaklumkan pada masa akan datang.

Dokumen Yang Diperlukan. 
Maklumat dan dokumen yang diperlukan sebagai pemohon boleh dirujuk DI SINI.

Pendaftaran secara online boleh dilakukan di http://register.pr1ma.my/Account/Register

20,000 unit rumah PR1MA dan monorel untuk rakyat Pulau Pinang

1

20,000 unit rumah PR1MA dan monorel untuk rakyat Pulau Pinang: Najib

GEORGE TOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.

Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

“Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 saja,” katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.

Lebih 20,000 orang termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menghadiri majlis itu.

Najib berkata, pakatan pembangkang yang mengambil alih pemerintahan di Pulau Pinang gagal menyelesaikan masalah rakyat malah tidak membina rumah mampu milik dan rumah kos rendah di negeri ini. – BERNAMA

Haruskah Pengurusan Bangunan Di Liberalisasikan?

1

Isu pertikaian mengenai pengurusan bangunan ini sebenarnya telah lama bermula dan dalam usaha melindungi kepentingan pemilik bangunan strata, satu jawatankuasa yang dianggotai pihak berkepentingan telah dijemput untuk memberikan maklumbalas dalam penyediaan akta baru iaitu Akta Pengurusan Strata 2012 bagi menggantikan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663).

Dalam usaha untuk memartabatkan profesion pengurusan harta dan melindungi kepentingan pemilik dan penduduk bangunan strata, Tips Hartanah dengan ini menyokong penuh bahawa profesion pengurusan hartanah dan pengurusan bangunan di kawalselia sepenuhnya di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah dan bukannya dibuka kepada mana-mana pihak yang tidak bertauliah yang mana membolehkan sesiapa saja tanpa kelayakan yang sepatutnya.

Graduan-graduan lepasan unversiti dengan kelayakan pengurusan hartanah seperti di UiTM, UTM, UM, UTHM yang sedang dan telah mengikuti kursus pengajian ini juga akan terjejas jika kerajaan membenarkan profesion ini dibuka kepada sesiapa sahaja sebagaimana yang disyorkan oleh Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia (BMAM).  Sekiranya ini berlaku pengurusan bangunan berisiko diambil alih oleh sesiapa sahaja walaupun mereka tidak pernah mengikuti pengajian dalam pengurusan hartanah/bangunan dan tidak memiliki pengalaman berkenaan.  Ini sudah tentunya memberikan impak negatif ke atas pengguna dan pemilik bangunan strata sedia ada.

Untuk pengetahuan, kursus pengurusan harta tanah di universiti-universiti yang diiktiraf di atas juga telah disusun berdasarkan negara-negara maju seperti UK dan Australia dan mendapat pengiktirafan antarabangsa dari Royal Institution of Chartered Surveyor (RICS)[*], iaitu badan bebas antarabangsa yang mengawal selia profesion juru ukur dan hartanah di United Kingdom dan negara-negara komanwel.  Ini bermaksud, graduan-graduan lepasan universiti-universiti ini sudahpun diajar dan dilatih dengan standard industri berkaitan berbanding pakcik atau makcik atau sesiapa sahaja yang tidak mengikuti kursus hartanah ini.

Oleh itu sekali lagi Tips Hartanah ingin menyatakan bahawa profesion dan tanggungjawab untuk menjalankan profesion pengurus harta tanah dan bangunan ini seharusnya DIKEKALKAN di bawah kawalseliaan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah dan tidak harus dipinda kepada pihak lain sebagaimana yang disyorkan di dalam pindaan akhir Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012.

Tips Hartanah juga sekali lagi menyatakan sokongan penuh kepada Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia sebagai pihak berwajib di bawah Akta untuk mengawal selia profesion ini dan menjemput mereka yang terlibat untuk turut sama memberi sokongan mereka kepada draf asal Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012.

Sekian.

Untuk bacaan lanjut artikel dalam Bahasa Inggeris, sila baca di bawah:-

BUILDING MANAGEMENT: Move will ruin profession

WE refer to the attempt by the Building Management Association of Malaysia (BMAM) to liberalise the property management industry.

The proposal has dire consequences on six public universities or institutions of higher learning which are stakeholders in property management education and profession.

The concerned parties are Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Tunku Abdul Rahman College (TARC) and Institut Penilaian Negara (Inspen).

BMAM has proposed to the Ministry of Housing and Local Government to set up a Board of Building Managers to allow shopping complex managers, engineers, architects and anyone else to become a professional to manage strata properties. BMAM is also offering courses in building management through a local open university.

Both the proposal and courses offered by BMAM are detrimental to the advancement of higher education in property management and the profession here.

The “education route” that BMAM offers is through the executive MBA in building and facilities management and executive diploma in building and facilities management.

We are aware that there are no full-time staff with the relevant academic and professional qualifications in property or estate management at the said university.

We have doubts about the quality and standards of these programmes, which are new and obtainable in 15 months and where classes run once a week only.

This is in contrast to the full-time degree in property management offered by UTM, degree in real estate management offered by UTHM and degree in estate management offered by UiTM and UM which take up to four years.

Undergraduates have to attend 14 weeks of lectures and tutorials every semester, undergo practical training, sit examinations for six to eight semesters, undertake a final-year research project and take part in co-curriculum activities to develop soft skills.

To ensure the relevance of the course to the industry, the universities have engaged external examiners from the industry, members of professional bodies and foreign visiting professors to provide input into the degree syllabus on a continuous basis.

To obtain international recognition of our local professional degrees, overseas professional bodies, such as the Royal Institution of Chartered Surveyors, have been invited for accreditation and we had obtained such recognition.

Do BMAM courses have such quality assurance measures? Are BMAM courses recognised by any professional bodies? Are the BMAM programmes, which are run on a fast-track, part-time and weekend basis, of comparable quality?

How could executive qualifications be equivalent to a professional degree? It is a shame to make such a claim.

We, associate professors of property management from the four public universities, would like to denounce the credibility of such executive programmes in building management and of any claims that such courses are the equivalent of a professional degree in property or estate management.

The public is advised to check the quality and standard of such courses before enrolment.

The higher education system for property management has evolved since 1967. Today, a prospective student can choose to pursue education in property management at the certificate, diploma, degree, masters and PhD levels at any of the four public universities.

The government has spent millions of ringgit to build up this comprehensive higher education system in property management, which has produced 8,000 trained human capital in the area.

How would BMAM and the proposed Board of Building Managers ensure sufficient number of qualified personnel to meet the demand to manage strata properties?

By recruiting fresh members who are developers, engineers, architects, illegal property managers, complex managers, chargemen, security officers, supervisors of cleaners, uncles and aunts who have completed the fast-track programmes?

On the one hand, BMAM claims building or property management is not a profession and, on the other hand, it wants to set up a Board of Building Managers for regulation of its members.

About 130 full-time lecturers in property management are currently employed in the public universities. With the proposed liberalisation of property management, we lecturers are concerned that our property management graduates will become unemployed in the near future if the profession is liberalised.

The attempt to usurp the power of the Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia will ruin the property management profession.

We find BMAM’s attempt to claim building management as a separate discipline from property management is misleading the public. The building management of common property entails the same scope of work as property management.

This is a mischievous use of nomenclature to confuse the public. Hence, the proposed Board of Building Managers is overlapping or rather duplicates the functions of the current Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents.

We support the proposed registry of property managers by the Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia, which is the right solution to the issue of property management. On a worldwide basis, professionals who manage real estate are known as property managers and not building managers.

It is a regressive move to call property managers building managers. Such a move is detrimental to the efforts by the ministry to promote Malaysia as a regional higher education hub.

Public universities have been offering property management programmes since 1967 and we have no confidence in the new framework proposed by BMAM. We do not want taxpayer funds to be wasted in reinventing the wheel for property management education by creating a separate building management education system.

What right does BMAM, an organisation established two years ago, has to destroy the higher education framework for property management built from scratch after 45 years of effort and the regulated property management profession which has been in existence for the past 31 years?

We urge the higher education minister to look into the potential issue of unemployed graduates with degrees, diplomas and certificates in property management if the property management industry is deregulated.

  • Assoc Prof Dr Ting Kien Hwa,head, Centre for Real Estate Research (CORE), Faculty of Architecture, Planning & SurveyingUniversiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor
  • Assoc Prof Dr Noor Rosly Hanif,dean, Faculty of Built EnvironmentUniversity of Malaya,Kuala Lumpur
  • Assoc Prof Dr Hishamuddin Mohd Ali, deputy dean (academic), Faculty of Geoinformation and Real Estate, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai, Johor
  • Assoc Prof Dr David Martin @ Daud Juanil, dean, Faculty of Technology Management and Business, University Tun Hussein Onn Malaysia, Kuala Lumpur
Artikel berkenaan lain :
[1] Amended Bill may lead to illegal property managers
[2] Strata Management Bill abetting illegal property managers
[3] Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012
 

Rumah Projek Perumahan Rakyat RM35,000 sebuah

0

PUTRAJAYA 31 Okt. – Kerajaan bersetuju menjual rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara pada harga RM35,000 sebuah kepada mana-mana individu layak.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Hueng berkata, langkah itu sejajar dengan keputusan Kabinet baru-baru ini yang mahu penjualan rumah PPR memberi lebih banyak kebaikan kepada golongan yang layak.

‘‘Kabinet berpendapat rumah yang dibina di bawah program PPR akan memberi lebih banyak kebaikan kepada rakyat, kita boleh menjual pada harga RM35,000 seunit.

‘‘Ia ada satu paras harga sahaja walaupun kos untuk membina sebuah rumah PPR melebihi RM100,000 dan ditambah pula, lokasinya adalah di kawasan strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di sini hari ini.

Berdasarkan pertanyaan kami dengan Jabatan Pengurusan Perumahan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, unit-unit untuk jualan ini hanya dibuka kepada PENYEWA SEDIA ADA dan syarat-syarat adalah sama sebagaimana permohonan untuk menyewa PPR yang boleh dirujuk di SINI. Untuk PPR di negeri lain, pertanyaan bolehlah dibuat ke Bahagian Perumahan yang berkenaan.
Oleh itu, bagi mereka yang baru ingin memohon untuk pembelian PPR kemungkinan terpaksa menunggu sehingga semua penyewa yang sedia ada tidak berminat dan terdapat kekosongan di PPR berkenaan dan menepati syarat kelayakan yang ditetapkan.

Government to build more homes under PR1MA

0

THE Federal Government is looking at some undeveloped government land where it can build affordable homes under the 1Malaysia people’s housing programme (PR1MA).

Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk S.K. Devamany said several plots had been identified in the Klang Valley, Sungai Buloh, Kajang and Semenyih for the purpose.

“We are confident of building more affordable housing units in the Klang Valley,” he told Dr Dzulkefly Ahmad (PAS – Kuala Selangor) during question time.

Devamany said the planned affordable housing projects would complement other affordable housing schemes close to the public transport system in the Klang Valley.

Source: TheStar.com.my

PM: Govt looking at defraying costs in building affordable homes

0

KUALA LUMPUR: The Government is considering a model to help pay for infrastructure costs so that developers can sell houses below the market price, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib said developers interested in building affordable homes could approach the 1Malaysia people’s housing programme (PR1MA) to work out such an arrangement.

“We can come up with a government allocation to defray the infrastructure costs,” he said during an interview on Chinese radio station Melody FM’s “Morning Boss” show.

Najib said RM500mil had been allocated under Budget 2013 to build 18,000 affordable homes at “major locations.”

He added that PR1MA would be given unutilised government land to build the homes.

The announcers of the station had asked Najib on a number of current issues, including the expensive property prices.

Other issues that were discussed during the special one-hour live interview were Budget 2013, sports development, living costs, Chinese education and crime.

Najib has made several radio appearances since become prime minister in 2009, and Melody FM was his fourth visit to Astro Radio.

Cukai RPGT naik tak jejas industri

0

Kuala Lumpur: Kenaikan cukai keuntungan hartanah (RPGT) yang diumumkan dalam Bajet 2013 tidak akan menjejaskan industri itu di Malaysia, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Bendahari Kebangsaannya, NK Tong berkata, kenaikan kadar RPGT lebih menggalakkan pembeli hartanah untuk mengambil pendekatan jangka panjang dan tidak menjual hartanah mereka dengan segera.

 “Jika pembeli mahu membeli hartanah, mereka tidak akan menjualnya pada tahun-tahun terdekat. Lebih lama pembeli menyimpan hartanah mereka, lebih tinggi nilai hartanah itu,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 2012 di Kuala Lumpur, semalam.

Bajet 2013 mencadangkan RPGT dinaikkan kepada 15 peratus daripada 10 peratus untuk hartanah yang dijual dalam tempoh dua tahun pertama dan kepada 10 peratus daripada lima peratus bagi hartanah yang dijual selepas tiga hingga lima tahun.

Bagaimanapun, RPGT tidak dikenakan ke atas keuntungan daripada penjualan harta perumahan pertama, pindah milik berasaskan kasih sayang antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak serta antara datuk nenek dan cucu.

Sementara itu, bekas Presiden REHDA, Datuk Ng Seing Liong berkata Malaysia agak terasing daripada masalah ekonomi di zon Euro.

“Dasar kita agak berhemat. Mengikut statistik, kita sekarang mempunyai cukup rumah untuk semua dan setiap tahun kita memerlukan 100,000 hingga 200,000 (unit rumah baru),” katanya.
Bertemakan ‘Di rumah dan Di Luar Negara’, siri akhir Mapex Lembah Kelang 2012 akan diadakan mulai 19 Oktober hingga 21 Oktober di Pusat Pameran Mid Valley.

Siri akhir Mapex tarik 50,000 pelawat

“Kami menjangkakan menerima lebih 50,000 pelawat di acara itu. Kami juga menjangkakan mencapai jualan RM500 juta sepanjang Mapex 2012,” kata Ng.
Acara itu dijadual dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.

Lebih 70 pemaju hartanah tempatan dan satu pemaju hartanah asing telah mendaftar untuk pameran itu sementara 12 institusi kewangan akan mengambil bahagian. – BERNAMA